tag:blogger.com,1999:blog-6571877.post7214261748542346648..comments2023-11-05T16:40:15.434+08:00Comments on Arts for life!: Ulasan Yang Terpulas - Bangsawan Alang Buana & Qum : Kebangkitan (Mimos)Pegawai Khalwathttp://www.blogger.com/profile/17777790943451763869noreply@blogger.comBlogger5125tag:blogger.com,1999:blog-6571877.post-79806417126399970802011-06-16T09:07:55.211+08:002011-06-16T09:07:55.211+08:00Aloy
Ruginya aku tak dapat dengar kritikan hang.Aloy
Ruginya aku tak dapat dengar kritikan hang.Pegawai Khalwathttps://www.blogger.com/profile/17777790943451763869noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6571877.post-49178243780933919712011-06-15T23:05:36.375+08:002011-06-15T23:05:36.375+08:00aku kecewa dan terus tak menulis kritikan.....aku kecewa dan terus tak menulis kritikan.....Aloy Paradokshttps://www.blogger.com/profile/08347552123011158130noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6571877.post-36719627638679076572011-06-15T13:00:28.664+08:002011-06-15T13:00:28.664+08:00Vitamin
Tak apa. Secara keseluruhan aku setuju den...Vitamin
Tak apa. Secara keseluruhan aku setuju dengan apa yang hang kata.

Mungkin sifat aku ini agak liberal dan sentiasa cuba melihat yang baik di dalam serba-serbi yang tidak kena itu.

Aku juga kerap melihat jam, cuma mungkin aku sudah imun dengan persembahan sebegini. Aku tetap puji usaha mereka. Moga akan datang, akan lebih baik lagi.

Sekali lagi, aku setuju dengan semua yang hang komen. Cuma aku tak reti nak perincikan lagi.

Harap-harap point ini boleh digunapakai di dalam Projek Anti-Rutin hang nanti.

Lepas ni harapnya komen lagi.Pegawai Khalwathttps://www.blogger.com/profile/17777790943451763869noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6571877.post-46091465906864983882011-06-15T12:38:38.205+08:002011-06-15T12:38:38.205+08:00Teater kedua adalah mime bertajuk Debu Cinta. Lako...Teater kedua adalah mime bertajuk Debu Cinta. Lakonan mime bukanlah suatu bentuk lakonan yang mudah. Pengolahan tubuh adalah yang paling utama sekali. Kedua, imaginasi. Pelakon-pelakon mime sepatutnya mengenali tubuh mereka betul2. Kaji anatomi badan betul2 sebelum membuat aksi-aksi. Jika tubuh pelakon sudah dikaji dengan baik, sudah dikenali tulang ni bersambung dengan tulang mana, otot ni namanya apa dan sendi ni berpusing bagaimana, barulah seseorang actor itu berjaya mengolah tubuhnya dengan baik. Senang cerita, pelakon mime perlu memahami teknik.

Tapi persembahan ini juga hancur kerana kedua-dua pelakon ini tidak punya teknik yang betul. boleh bereksperimen dengan unsur tempatan tetapi perlu ada asasnya dahulu sebelum kita nak eksperimen. Jika tak tahu asas, kita pun tak tahu apa benda yang nak dieksperimenkan. Pengolahan tubuh mereka tidak begitu jelas. Tiada tenaga dalam setiap gerakan yang dibuat. Semuanya nampak longgar. Imaginasi mereka juga longgar. Tidak kuat supaya penonton dapat menerima apa yang mereka bayangkan.

Katakan ini, mereka duduk di hadapan meja makan. Mereka perlu membayangkan meja tersebut tinggi mana, apa yang ada di atas meja tersebut, sudu berapa banyak, garfu berapa banyak, ada bunga ke tak dan dan dan. Imaginasi ini perlu dijelaskan kerana mereka Cuma menggambarkan tapi menggunakan props sebenar. Jadi di sinilah kekuatan seorang pelakon mime menunjukkan kekuatan imaginasinya. Kata mime. Maka semua kena mime lah. Buat betul-betul.

Setelah dua kali aku melihat jam di telefon bimbit, aku ambil keputusan untuk keluar hisap rokok semasa persembahan tengah berlangsung. Aku melangkah keluar berjalan menjauhi stor teater. Lantas aku ambil keputusan, untuk terus balik ke rumah sebab aku tak mahu menyeksa diri berada di dalam panggung itu lagi.

Aku akui bahawa mereka punya effort. Tetapi effort sahaja tidak cukup. Pementasan ini adalah pementasan berbayar. Sebagai pementasan berbayar tentunya nilai-nilai amatur itu sudah berkurangan kerana aku beranggapan mereka mengenakan tiket untuk menampung kos produksi. Jadi, aku kena anggap bahawa mereka ini adalah golongan amatur separa professional. Jika mereka mahu mengenakan bayaran untuk menonton, pastikan kualiti pementasan berada di tahap yang memberangsangkan.

Jangan pandang rendah pada Stor Teater DBP kerana di situlah banyak karya-karya ‘jahat’ diterbitkan dan dipentaskan. Lebih baik kualitinya berbanding pementasan yang dibuat di IB. Semangat mereka boleh dipuji tetapi kualiti minta maaf lah. Aku dah lama tak rasa menyesal menonton teater dan keluar separuh cerita. Tapi hari Ahad lepas kejadian itu berlaku padaku. Apalah malangnya nasib diriku ini.

maaf komen ini panjang. malas nak tulis dalam blog.Fasyali Fadzlyhttps://www.blogger.com/profile/12740174013752905994noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6571877.post-10284180121873360882011-06-15T12:38:29.461+08:002011-06-15T12:38:29.461+08:00Aku hadir menonton Qum Actors di Stor Teater DBP. ...Aku hadir menonton Qum Actors di Stor Teater DBP. Aku tak mahu tulis dalam blog sebab tak berbaloi.

Aku selalu meletakkan harapan yang tinggi sebelum menonton sesebuah persembahan teater. Aku tahu perkara ini tidak bagus. Tapi apa boleh buat. Hehe.

Nasi Lemak 10sen ditulis telah memenangi anugerah kategori saguhati dalam pertandingan Kakiscript anjuran kakiseni. Kalau dah menang mesti bagus skrip ni. Aku dulu pernah hantar juga untuk yang pertama tapi tak menang, jadi aku jangka karya ini mungkin lebih baik dari karya yang aku hantar dulu untuk Kakiscript. Yelah kalau dah menang (even saguhati pun) dapat juga tempat jugalah di hati juri.

Kedua, aku tonton sebab Qum Actors menjadi promote diri mereka menjalankan bisnes2 performing arts. Menganjurkan bengkel, buat show mime dan sebagainya. Kalau dah buat bisnes, mesti bagus ni. Aku pun tak buat bisnes lagi berdasarkan ilmu teater yang aku pelajari selama 6 tahun di uitm.

Jadi aku tonton dengan harapan yang tinggi. Pementasan pertama Nasi Lemak 10sen. Aku tahu skrip teater ini pendek. Tapi dipanjangkan untuk keperluan pementasan ini. Pada aku, memanjangkan skrip ini adalah sesuatu yang lebih merosakkan mutu skrip itu. Aku tahu skrip itu akan jadi baik kalau dikekalkan kependekannya. Tapi sengaja ditambah-tambah supaya orang dapat menonton dengan lebih lama. So dengan harapan berbaloi la dengan harga tiket yang dikenakan tu. Pementasan ini ada menyuntik elemen eksperimen di dalam persembahan tetapi aku tak nampak directionnya ke mana. Merewang-rewang. Dari segi acting pula buat aku tertunduk-tunduk. Ada sesekali aku menoleh ke tempat lain sebab aku tak rasa aku boleh tonton lakonan yang begitu. Begitu amatur sekali. Aku hairan, bagaimana mereka menjalankan perniagaan menganjurkan kelas lakonan dan sebagainya tetapi lakonan mereka menjadi sebegitu.

Alergori yang cuba disampaikan juga nampak terlalu mengada-ngada. Naskhahnya sekejap bercakap pasal harga barang naik, sekejap cakap pasal MLM, sekejap cakap pasal nafsu, sekejap cakap pasal itu ini. tiba-tiba ada pula di tengah-tengah adegan scene nyanyian yang pada aku tak kena langsung. Merapu gila.

Pada aku persembahan ini lemah dari segala segi. Dari pengarahan, lakonan, konsep persembahan dan skrip. Aku begitu yakin sekali skrip yang digunakan oleh mereka ni telah dipanjangkan dan merasakan bahawa skrip yang asal ada kualitinya.Fasyali Fadzlyhttps://www.blogger.com/profile/12740174013752905994noreply@blogger.com