27 December 2005

Nietzsche Is Dead - Ulasan Yang Terpulas


Aku menerima senaskhah skrip dari seorang rakan aku, tujuh86, yang kini sekadar menjadi helang, terbang bebas sambil memerhatikan seantero dunia teater. Nietzsche Is Dead. Apa kejadahnya Nietzsche tu?

Bagi aku yang daif dan naif seni ni, Nietzsche adalah satu kosa kata yang baru. Mungkin tidak jauh beza dengan Vulcan dan Klingon yang diagung-agungkan Gene Roddenberry. Jadinya, daripada memikirkan apa atau siapa itu Nietzsche, baik aku baca dulu.

Baca.... baca.... baca.....

Habis!

Dan aku kagum. Kerana skripnya mudah, dan menjurus kepada aliran fitrah Nordin Hassan. Cuma Cikgu Nordin mungkin lebih suka berkias-kias dan berlambang-lambang, tapi rakan aku ni lebih lurus dan mudah sampai ke lokasi yang nak dituju (mungkin bagi skrip ini sahaja).

Persoalan jiwa dan iman menjadi akar utama naskhah ini. Bagaimana Guy telah mengabaikan tanggungjawabnya kepada Tuhan bertitik tolak daripada pengabaian bapanya terhadap dirinya yang cacat. Bagaimana cahaya hidayah memancar di atas ubun-ubun Jeff yang jatuh cinta pada gadis Melayu. (Jeff Cina, gadis Melayu tu Ira, Muslim semestinya). Dan bagaimana Zaha sekadar menjadi monosodium glutamate di dalam cerita ini.

Tapi konflik utama ialah antara Guy dan bapanya, yang pada aku bancuh dengan menarik oleh penulis. Skrip ini memang sesuai dipentaskan dalam apa jua aliran, dengan minimalis sebagai nilai tambah. Tak perlu banyak exaggerated movement, tak perlu set yang mewah, tak perlu terlalu kaya dengan nilai estetika. Kerana skrip itu sendiri sudah mendukung maksud, mendukung cerita, mendukung watak; dan jika didokong oleh pemain yang berdaya saing, maka impaknya akan menikam dan menikam dan menghempap dan memulas jiwa Muslim yang menontonnya.

Bagaimanapun, semua bergantung……

Aku sangat berharap kalian boleh membaca dan menghayati Nietzsche Is Dead. Tapi kenalah minta izin pada
tujuh86 dahulu.

Oh… hampir aku terlupa. Fredrich Nietzsche merupakan salah seorang tokoh awal existentialist dari Jerman, yang percaya kepada kehidupan dan realiti hidup, daripada dunia lain. Pendek kata, si Nietzsche ni menolak agamalah… yada… yada… yada… Malas nak cerita…… bacalah….
http://plato.stanford.edu/entries/nietzsche/ atau mana-mana laman lain.

Emm… lagi satu…. Skrip ni dalam bahasa Ingggeris… cepat cari kamus!

10 comments:

jiGOMorrison said...

Pegawai,

Bagus kalau kau boleh mainkan skrip aku tu di aras yang lain. Maksud aku bukan sekadar jadi bahan bacaan, tapi juga bahan tontonan (dan kritikan). Cubalah!

Aku ni bias kalau aku sendiri yang arahkan. (Lagipun, aku tak punya kaki dan kabel). Jadi lebih baik, aku serahkan pada kau atau Art saja untuk uruskan hal-hal pementasan.

Kejadah apa pula "Nietzsche is dead"? Ini adalah terbalikan dari kata-kata Nietzsche: "God is dead".

Ironinya, yang dikatakan sudah mati, tidak mati, tapi akhirnya dia sendiri yang mati.

Tapi dari sudut lain, bertolak dari maksud kata-kata Nietzsche, "jika Tuhan sudah mati, secara logiknya, manusia juga mesti mati!"

Kan aku sudah beritahu tadi, aku memang bias!

Apa-apa pun, terima kerana mengulas. Bisa buat aku terpulas.

Hah!

artisticklytouch said...

Wah good review nampaknya. Aku dah baca skrip kau sikit (2 scene) setakat nih aku setuju dgn pegawai, kau str8 2 the point. Rasanya sebab ada info lain yg kau ingin sampaikan - ini telahan aku la - dan memang menarik untuk dipentaskan hmmm... nk kena check jadual dulu ni...

Pegawai Khalwat said...

Tak semestinya bias bang.

Aku banyak juga buat skrip sendiri dan sendiri mengarah. Bukan syok sendiri tapi kekadang kita lebih tahu apa yang nak kita sampaikan pada penonton.

Aku selalu berkata, skrip adalah hak penulis, dan pementasan teater adalah hak pengarah.

Adalah menjadi tanggungjawab pengarah menanya itu ini pada penulis (jika dapat ditemui penulis itu dan jika penulis masih hidup), agar tidak terpesong hasrat penulis.

Tapi bila nak atau dah dipentaskan, maka itu hak pengarah dan itulah acuan pengarah. Jika dia tidak menurut hasrat penulis, pengarah itu cuma gagal dari satu tahap, tapi jika dia berjaya menarik perhatian audien, maka pengarah itu sudah dikira berjaya.

Tengok... kan aku dah melalut.

Aku ni, melihat dari banyak sudut. Ada juga skrip yang aku rasa boleh dipentaskan, tapi kalau ada nilai tambah maka akan lebih sedap. Ada skrip tak perlu langsung ada nilai tambah.

Kerana pada aku, tidak ada skrip yang tidak layak dipentaskan. Cuma bergantung kepada ketereran pengarah itu untuk mencorakkan pentasnya.

Alah... macam kau dapat kain batik yang telah dililinkan dengan canting. Ada lukisan yang cantik, ada yang tak. Tapi terpulanglah pada pelukis atau pewarna yang akan mewarnakannya. Kalau terer dia mewarna, mencantumkan kaler, cantiklah. Kalau tidak.... humm...

Tengok... aku dah melalut lagi.

Kau ada skrip lain? Atau skrip-skrip kawan2 yang lain?

jiGOMorrison said...

Apasal senyum aku tiba-tiba menjadi kelat, bila kau bertanyakan skrip yang lain?

Ha ha! "Nietzsche is dead" tidak cukup bagus untuk dipentaskan?

Ya! Aku bersetuju juga dengan kau. Kalau nak sampaikan dari kepala terus ke pentas, aku kena tulis skrip dan arahkan sendiri.

Tapi dari satu sudut, aku hanya bagus bila menulis. (Tapi sebenarnya, tak cukup bagus, kerana aku menulis tanpa mengendahkan aras ilmu pembaca).

Oleh yang demikian, aku secara rasminya mahu lantik kau dan Art sebagai pengarah. Buatlah apa yang kau suka. Tambahlah kalau perlu, atau pancung mana dialog yang boleh membuat orang pening. Terlalu banyak bayang, mungkin tak sesuai untuk khalayak.

Sebarang rujukan pada Richard III, Doestoesky, Kafka, Camus, dsbnya yang kau tak faham, potong!!

Aku mencadangkan kau terjemah ke Melayu. Tajuknya? NIETZSCHE SUDAH MAMPUS

Aku percaya, kau sudah nampak apa yang aku nak sampaikan. Tapi carilah jalannya, macam mana nak sampaikan pada penonton.

Kalau kau bersetuju untuk mengarah dan perlu sebarang info, boleh hubungi aku lagi. Aku boleh bagitau lebih lanjut segala perlambangan yang aku 'tanam'kan di skrip itu.

Skrip yang lain? Aku akan usahakan. Tapi pena kreativiti aku sendiri sudah tumpul.

Hah!

abdullahjones said...

cina cinta melayu boring. buat la cina cinta keling ke, orang asli ke.

Pegawai Khalwat said...

Hah... itu kena tanya penulis la. Apa pendapat kau tujuh86? Aku setuju juga. Mungkin penangan Sepet kot.

Aku tak kata kau stereotaip. Sebab kau tulis tu dah lama dari Yasmin Ahmad.

Humm..... betul juga kata Vulgar ni. Kebanyakan cinta interracial kita adalah Melayu dan Cina.

Kenapa ye?

jiGOMorrison said...

India cinta Melayu? Aku ok saja. Aku harap bukan sekadar inter-racial / inter-faith saja tapi yang paling penting mesejnya sampai!

Bercakap pasal stereotaip Cina cinta Melayu, sebenarnya itupun yang banyak berlaku di sekeliling kita.

Entahlah, aku berpendapat, kalau selalu sangat nak tulis pasal marginalized society pun kadang-kadang tak masuk akal juga.

Entah?! Tapi mungkin di ruang yang lain, sangat-sangat sesuai untuk diterokai dengan lebih mendalam.

artisticklytouch said...

hmmm.... aku suka Nietzsche Sudah Mampos sounds ganas and black hehehehe anyway 786, art, anytime je mengarah citer ko nih, hehehehe frame dah ada dlm kepala hehehehe ok chorpe ini alasan seterusnya untuk aku tidak menyiapkan skrip aku hehehe

p/s : cina cinta melayu? sentuhanseni taste melayu jer

Pegawai Khalwat said...

Hahh tu akai nak lari dari buat skrip la tu.

Pandai2 hang la Art, kira ok la tu kalo ada skrip yang hang berkenan.

Sapa nak jadi Jeff? Mark? Atau hang nak bagi Honey? Kuang kuang kuang...

Marginalized society?

Humm.... sound interesting!

Kat sini pun bole cakap pa. Persoalannya kami faham atau tak je.

Pegawai Khalwat said...

I'm not French, neither French Fries nor French Toast.