10 February 2011

Iklan - Teater Monodrama 'Manusia Raja 3'


24, 25, & 26 Februari 2011
Panggung Pelenggang Cahaya, Pusat Pengajian Seni, USM
8.30 malam
RM 5.00

Menampilkan 5 buah cerita oleh 2 orang penulis :

Aku Borgeouis - kisah seorang lelaki borjuis yang sedang mengalami krisis kehidupan dan menyalahkan alam, karya Mata Kucing.

Ketawa Sampai Mati - kisah seorang pelawak yang menghadapi dilema, antara berlawak untuk membuat orang ketawa, atau untuk menghibur atau sebaliknya, karya Mata Kucing.

Jamuan - kisah seorang bomoh yang risaukan kariernya kerana wujudnya Akta Jenayah Sihir, karya Dudok.

Tidak Meminta, Tidak Menolak - kisah seorang gaji yang serba salah kerana bekerja di dalam sebuah keluarga yang pincang, karya Dudok

Genggam Di Pinggir - kisah guru silat yang risaukan nasib seni bela diri Melayu atau seni silat yang makin terpinggir, karya Dudok.

07 February 2011

Nyanyi Karaoke

Hari Ahad lepas aku ke majlis kenduri kahwin saudara-mara di sebuah estet. Setupnya lebih kurang macam filem Estet jugak. Yang menariknya, ada acara karaoke semasa majlis kenduri berlangsung. Ada wakil dari pihak pengantin lelaki dan pengantin perempuan.

Yang lebih menariknya, wakil-wakil yang menyanyi itu, menyanyi lebih baik dari sesetengah orang yang menyertai pertandingan nyanyian.

02 February 2011

RON 97 Naik Sekupang

Dia : Celaka betul! RON 97 naik lagi. Hari tu sebelum pilihanraya tak nak pulak naikkan.

Aku : Naik berapa>

Dia : Sekupang!!

Aku : Eh, hang bukan pakai RON 95 saja ka?

Dia : He he he ......