23 August 2011

Sleep No More - A Site Specific Theatre



Di Malaysia, aku cuma tahu ada dua pementasan teater site specific Oedipus oleh Fasyali Fadzly atau Vitamin di ruang depan Stor Teater DBP dan River Meets Light di Prangin Canal (dan beberapa lokasi sungai lain pada persembahan sebelumnya). Selain dari itu, mungkin tidak sampai ke pengetahuan aku.



 Tapi Sleep No More memang menarik minat aku. Aku terbaca artikel mengenainya di The Straits Times. Di pentaskan (aku tak tahu sesuai tak guna dipentaskan kerana bukan ada pentas pun) di tiga buah gudang yang digabungkan menjadi sebuah hotel 100 bilik 5 tingkat. Persembahan ini (mungkin lebih sesuai sebagai persembahan) adalah mash-up (rojak, pasembor, gado-gado, mash potato, apa saja. Maksudnya campur aduk) drama Shakespeare dengan mood noir Alfred Hitchcock dan Stanley Kubrick.



Penonton yang hadir, tidak dibenarkan bercakap sesama sendiri sepanjang persembahan, dan mereka dibekalkan dengan topeng untuk dipakai. Mereka akan bergerak dari site ke site tertentu, seolah-olah mereka sendiri berada di dalam cerita itu. Penonton juga bebas untuk memeriksa surat, buku dan apa saja yang berkenaan supaya mereka dapat merasa semua perincian. Seolah-olah kita ini halimunan yang hadir melihat perbuatan orang lain.


Nak tahu lebih terperinci cuba lawat di sini atau di sini atau di sini. Atau tanya En. Google.

11 August 2011

03 August 2011

River Meets Light - Ulasan Yang Terpulas

Di Pulau Pinang, sebenarnya banyak persembahan-persembahan yang unik dan menarik di adakan sepanjang tahun. Yang kurangnya mungkin cuma teater Melayu. Tapi teater Cina, teater Inggeris dan persembahan seperti River Meets Light ini memang kerap diadakan, cuma perlu tahu bila dan di mana melalui saluran yang tepat. Sinopsisnya di sini, aku petik dari FB mereka.

JULY 29 & 30, 2011 - Appalled by the deteriorating state of our rivers in Malaysia, The River Art Project presents River Meets Light, a mixed media performance to advocate the need to revive our river heritage. Encompassing light design, dance, music, poetry and visuals, this site-specific work invites the public to join in an evening of experiential showcase to trace the past, present and future relationship between our rivers and communities.

A collaborative effort by Professor of Ethnomusicology, University Sains Malaysia, Dr. Tan Sooi Beng with Independent Artist, Lisa Foo and Dancer & Choreographer, Aida Redza, The River Art Project is based on the artists’ investigation into the history and issues related to the rivers of Malaysia.

The first workshop presentation was held at Sungai Pinang in conjunction with International Day of Action for Rivers on March 12th. For the premiere performance during the George Town Festival on 29th & 30th July, River Meets Light will transform Prangin Canal into a stage to connect the significant economic, cultural, and environmental impact the space has played in Penang’s early beginnings and through its development.

The premier performance, RIVER MEETS LIGHT at George Town Festival will be directed by Theater Director & Visual Artist, Chee Sek Thim and produced by Ombak-ombak ArtStudio. As a sequence of The River Art Project, an exhibition will be conducted at MAP@Publika in Kuala Lumpur on August 15-28 to raise awareness of the unfortunate state of our rivers and the need for their revitalization.

Incorporating the ebb and flow of creative expressions along the rivers, the artists hope to prove that through new art and culture, we can still progress while protecting the environment.

Special feature: A.Samad Said, National Poet of Malaysia, and his son, AZ Samad

Creative team: Hasnul J. Saidon, Yasunari, Ng Chor Guan
Uniknya persembahan ini kerana ia merupakan site specific performance, yang memerlukan ia dipersembahkan di tapak yang paling sesuai dengan keseluruhan cerita dan konsepnya. Jadi bercerita tentang sungai, maka Prangin Canal adalah antara tapak yang paling sesuai. Cerita bagaimana sungai yang dahulunya bersih, dan boleh mandi-manda, kini dah jadi sungai mati. Cerita masyarakat majmuk suatu masa dulu yang hidup harmoni dan menggunakan sungai berkenaan, kini cuma boleh menceritakan pengalaman mereka.

Dato' A. Samad Said dan Az Samad dengan puisi Elegi Sungai 

Sebelum persembahan bermula, ada orkestra yang dibikin menggunakan telefon bimbit. Aku terlepas yang ini kerana berpusing-pusing cari tempat letak motosikal. Kemudian sasterawan negara Dato' A. Samad Said dan anak beliau Az Samad mengambil tempat. Mengiringi ayahandanya, Az Samad memetik gitar sambil Dato' A. Samad Said mendeklamasikan puisi Elegi Sungai (kalau tak salah aku).

Pemain/penari berada betul-betul di seberang sungai (sungai kecil saja)

River Meets Light sebagai sebuah seni persembahan, memang avant garde dalam konteks persembahan di Pulau Pinang. Walaupun koreografer Aida Redza telah mengenengahkan bentuk persembahan sebegini sejak beberapa lama dahulu, namun ia jarang berada di martabat yang sepatutnya. Georgetown Festival membantu membuka ruang yang sepatutnya kepada beliau dan rakan-rakan yang lain (yang sebenarnya lebih lama terlibat di dalam seni persembahan di sini berbanding aku. Tabik!).

Seorang penari/pemain keluar dari botol-botol yang diikat dan dipasang lampu 

Aku tidak pasti apakah persembahan ini mendekati idea yang diutarakan oleh Meyerhold iaitu bio-mechanics. Kerana gerakan-gerakan mereka ini walaupun nampak seperti telah dikoreografikan, namun seperti ada sedikit kebebasan dan rawak pada waktu-waktu tertentu. Namun semestinya ia membawa maksud-maksud yang tersendiri seperti yang disarankan oleh Meyerhold.

Pergerakan lain di seberang sungai.

Satu masalah utama aku tentang persembahan ini adalah kawalan orang ramai yang hadir. Kerana yang hadir itu dari pelbagai golongan; peminat seni, kawan-kawan, pelancong, jurufoto, videografer, artis, ahli akademik, ahli keluarga dan ramai lagi. Aku jangka lebih 200 orang yang hadir. Persembahan ini ada lima spot yang berbeza; di seberang sungai, di depan bangunan, di dalam bangunan, di tepi bangunan, dan  perarakan masuk.  Maka oleh kerana audien tidak tahu di mana lokasi spot-spot berkenaan, maka kerap kali audien terpaksa diarahkan oleh kru/marsyal untuk mengalihkan perhatian mereka ke spot-spot berkenaan. Malah ada yang tidak dibenarkan berada di spot berkenaan walaupun mereka pada asalnya telah berada di situ. Ia suatu pengalaman yang baru bagi sesetengah audien kerana mereka perlu mengikut pemain berbanding cuma berada di suatu tempat sahaja. 

Namun yang menjadi masalah utama ialah tiada aras bagi pemain hingga menyebabkan audien di depan terpaksa mencangkung/duduk atas tanah bagi membolehkan audien yang lain di belakang melihat. Bila berubah tempat, audien ini juga yang kerugian kerana terpaksa berasak ke spot lain. Walau bagaimanapun aku tetap merasakan ia suatu pengalaman yang bagus, cuma perlu lebih terkawal dan audien lebih bersedia.

Projeksi videografi temubual dengan masyarakat yang tinggal di tepi sungai 

Instalasi di dalam bekas pasar Sieu Boey, betul-betul bersebelahan sungai

lagi..... 

Intalasi di depan bekas pasar, yang di bawa oleh pemain sewaktu perarakan 

Di tepi bekas pasar/bangunan, aku jauh ke belakang 

Kembali ke tepi sungai 

Finale di depan bangunan/bekas pasar, implikasi ke atas sungai dan manusia

Tak banyak yang boleh aku yang naif dan daif seni ini komen, kerana aku hadir sebagai penonton dan jurufoto. Dan banyak masa aku terpaksa dihabiskan dengan mencari ruang terbaik untuk merakam foto. Maka aku terlepas banyak perkara yang dipersembahkan ketika itu. Pendek kata, aku perlu dapatkan lensa zoom kalau nak dapatkan foto yang lebih baik dan ruang untuk menonton persembahan. Kalau dapat lensa Canon EF 70mm-200mm f/2.8 L IS II USM pun bagus juga.