17 November 2007

Menghitung Detik

Mulai hari ini, genap seminggu lagi kami akan singgah ke Taman Budaya Kuala Lumpur, untuk mementaskan siri jelajah yang terakhir bagi Devian Dogma. Aku lampirkan untuk kalian foto yang diambil oleh jurukamera profesional.






Datanglah menyokong teater Malaysia.
24 November 2007 (Sabtu)
8.30 malam
Percuma

09 November 2007

Bunga Telur

Seumur hidup kalian, aku sangat pasti kalian mesti pernah pergi makan kenduri. Setidak-tidaknya sekali sepanjang jantung kalian masih berdegup. Tidak, rumah terbuka tidak di kira kenduri. Bohsia yang jadi hadiah pertaruhan lumba haram mat rempit pun tidak dikira kenduri. Maksud aku, kenduri kahwin dan aku khususkan pada kaum Melayu.

Kalau kalian kata tak pernah, maka berhentilah baca entri ini.

Baik. Kecilkan fokus. Aku tidak mahu bercakap bab mentara. Tempat lain aku tak tahu kalian panggil apa. Tapi kalau sebelah utara ni, mentara adalah sukarelawan yang datang tolong masak, cuci pinggan, angkat talam lauk pauk nasi dan sebagainya. Upahnya cumalah lauk pauk yang ada, rokok dan juga jaminan bahawa tuan rumah pula akan menolong mereka bila sampai giliran mereka kelak untuk berkenduri.

Aku nak bercakap tentang budaya bunga telur yang kalian mungkin tidak sedar signifikannya di dalam budaya Melayu. Biasanya, selain daripada pengapit, pengantin juga akan diapit oleh sejumlah bunga telur yang cantik-cantik yang biasanya akan diberikan kepada tetamu rapat tuan rumah. Bagi yang hadir menjamu selera sahaja, biasanya mereka akan diberikan juga telur walaupun bukan dalam bentuk bunga telur. Mungkin diletakkan dalam kotak, plastik, seramik, rotan dan sebagainya.

Tapi apakah kalian sedar sebab telur dipilih sebagai saguhati kepada tetamu yang sudi hadir? Sebenarnya, telur ini secara metaforanya merupakan satu harapan bahawa pengantin ini akan mendapat zuriat. Telur adalah lambang kesuburan. Tetamu yang menerima saguhati telur atau bunga telur berkenaan secara tidak langsung mendoakan kesuburan pasangan pengantin berkenaan.

Selain daripada itu, telur juga sebagai simbol peribadi tuan rumah. Telur yang bersih, di masak dengan elok, tidak separuh masak, lembik dan sebagainya, akan dinilai oleh orang tetamu yang menerimanya. Gopohkah, cermatkah, tergesa-gesakah, kedekutkah.

Aku rasa, tidak ramai yang sedar tentang perkara ini, meskipun keluarga pengantin dan pengantin itu sendiri. Pemberian bunga telur ini cuma dianggap merupakan amalan turun temurun dan digunapakai oleh keluarga Melayu yang membuat kenduri. Mungkin benar, tapi mungkin juga sebab musabab itu sekadar satu telahan kosong sahaja. Aku cuma ingin membuktikan bahawa Melayu ini kaya dengan budaya, yang ramai pandang remeh dan tidak ambil tahu.


Sekarang ini, bunga telur mungkin masih ada, tapi telur untuk tetamu biasa sudah diganti dengan gula-gula. Kian masa berubah, budaya pun berubah mengikut peredaran masa. Mungkin masa akan datang, orang akan berkata pula gula-gula berkenaan diberi sebagai tanda kenangan manis tetamu yang datang. Siapa tahu?

01 November 2007

Beroang

Hari ini, mola bolan.

Ya! Genap tega minggu kita akan beroang.

Semoa orang soka orang beroang.

29 October 2007

Nak Gelak Atau Tidak?

Kalian nak gelak atau tidak? Bila di sebuah warung makan tepi jalan.

Sahabat kalian berbahasa Inggeris dan berkata, "Come on, lets continue the table" [Mari, kita sambung meja]

Kalian nak gelak atau tidak?

23 October 2007

Lorong Yang Panjang Tapi Lurus.

Apakah kau dianggap merayau-rayau?

Jika kau hanya berjalan di lorong yang panjang dan lurus........

19 October 2007

Balik Dapat Datuk

Berenang Selat Orang Putih!
Balik dapat datuk.

Kembara ke tanah gersang yang sejuk beku!
Balik dapat datuk.

Pusing dunia pakai kapal!
Balik dapat datuk.

Terbang hingga ke exosfera!
Balik nanti rasanya dapat datuk jugak.

Kita yang tak masuk tivi ni, tunggulah anak kita kahwin, dapat anak.
Baru dapat datuk.
Itupun bukan kita yang dapat datuk, cucu kita la yang dapat datuk.

Sain pun tak laku, setakat sain borang keluar duit kat bank
Nak bagi nasihat pun orang tak dengar, setakat nasihat adik beradik dan kawan-kawan.

Tapi siapa yang pedulikan? Kan? Kan?

17 October 2007

Ayam Putih

Balik raya baru ni, aku pulang ke kampung halaman sendiri, kemudian ke rumah mentua. Setelah aku dan kereta aku dilenjan hingga lembik untuk berhari raya rumah adik beradik, maka tibalah di destinasi terakhir. Bapa dan ibu saudara aku yang punya kebolehan mengurut.

Maka aku pun dengarlah mentua aku bersembang dengan abangnya dengan mesra sekali.

Mentua : Abang selalu kalau mengurut, apa pengeras dia?

Bapa Saudara : Ikut keadaanlah aku tengok teruk ka kena urut tu. Tapi biasanya aku suruh cari tiga ekor ayam putih.

Mentua : Ayam putih? Mana nak cari tu? Susah jugak sekali sekala nak jumpa ayam putih tu.

Bapa saudara aku ketawa.

Bapa Saudara : Hangpa ni la. Kalau dah kata tu, yang tulah, tak boleh ubah. Kalau ayam selasih, kot la susah. Ni ayam putih, pi market la.

Aku : Market?

Bapa Saudara : Ayam daginglah. Hangpa ingat ayam kampung saja ka yang bulu putih?

Ketawa makin rancak.

08 October 2007

Laskar Mana Baik?

Biasanya dekat raya ni orang buat entri pasal raya. Tapi aku tidak. Entahlah, saja nak tunggu waktu kecederaaan agaknya. Semalam tadi aku menonton Stealth. Filem yang keluar selepas Jamie Foxx terkenal dengan filem Ray. Terus diaorang pasarkan nama Jamie Fozz sedangkan mamat tu cuba pelakon pembantu.

Itu bukan persoalan utama, tapi persoalan yang ingin aku timbulkan ialah isu yang dibangkitkan dalam cerita ini.

Laskar Kepintaran Buatan lawan Laskar Manusia.

Ceritanya tentang sebuah pesawat yang amat canggih dipandu oleh Kepintaran Buatan yang digelar EDI, dan tiga buah lagi pesawat yang canggih, dipandu oleh manusia yang cekap. Dikatakan Kepintaran Buatan itu akan menggantikan manusia di dalam peperangan.

Aku bukanlah penyokong peperangan. Malah aku benci peperangan. Tapi bak kata M.Nasir dalam lagunya, ‘perang tak boleh dielakkan hari ini atau esok pasti berlaku, maksudmu perang yang lagi satu’. Pendek kata, perang ini tetap akan berlaku dalam diri manusia.

Balik kepada persoalan.

Kata hero dalam cerita itu, perang masih memerlukan manusia, yang mempunyai keupayaan berfikir, menaakul, emosi, pertimbangan, belas kasihan dan lain-lain lagi.

Kata ketua hero dalam cerita itu, apakah dia lebih suka jika perang nanti membawa pulang mayat-mayat dalam beg plastik, dalam keranda. Dan terpaksa menerangkan pula perkara itu kepada ibu bapa yang kesedihan.

Secara akal logiknya, kedua-duanya ada kebenaran. Mana satu yang jadi pilihan, aku sendiri belum dapat membuatnya. Lainlah kalau dunia kita ini aman.

Aku membayangkan, kalaulah di zaman kita masih memerangi pengganas komunis. Kita hantar laskar drone Kepintaran Buatan yang kerjanya memusnahkan musuh. Yang ditemuinya pengganas komunis yang mengandung, dan tanpa belas kasihan dia membunuh pengganas itu.

Aku membayangkan pula, kalau kita hantar laskar manusia kita, dan manusia laskar kita pula dengan belas kasihan melepaskan pengganas komunis yang mengandung itu, tapi pengganas itu mengambil kesempatan belas kasihan itu, membunuh pula laskar manusia kita itu. Maka bertambah mayat untuk di bawa pulang.

Mana yang lebih baik?

07 October 2007

Monolog 1.07 - Imejan Terpilih

Pada 6 & 7 Oktober 2007 yang lepas, para pelajar Tahun Akhir Lakonan & Pengarahan Pusat Pengajian Seni USM dengan paksa relanya menjayakan Monolog 1.07. Monolog ini sebahagian daripada penilaian markah mereka semua. Ada empat sessi tapi aku sempat tengok dua sahaja.
Apa yang boleh aku simpulkan, ada yang membuka mata aku, ada yang menyeksa batin aku.
Di bawah ini antara beberapa imejan monolog yang paling cantik (sebab aku pakai kamera cap ayam) yang dapat aku paparkan. Malas nak komen sebab terlalu banyak.

Naskhah Miss Jay


Naskhah Puteri Bongsu


Naskhah Sangkar Emas


Naskhah Maksu & Sarasa


Naskhah In The Name Of Love

Naskhah Laut Lebih Indah Dari Bulan


Naskhah.... err... aku tak ingat.


Naskhah Misi


Naskhah Daud


Naskhah.... yang pun aku tak ingat, cerita sendiri dia buat.

05 October 2007

Pelangi Dua Bercabang

Aku lihat pelangi dua bercabang.

Cantik...........

Tapi cantiknya hanya sementara. Hasil biasan spektrum cahaya.

Nak aku gapai? Atau biar cahayanya pudar?

30 September 2007

Jamuan Berbuka Puasa Bakawalee Produksi Waktu Sesudah Itu

Semalam, produksi Waktu Sesudah Itu dari Bakawalee sama-sama berbuka puasa di Restoran Pen Mutiara, Batu Maung. Saja nak berkongsi dengan kalian.

Muka-muka tak sabar menunggu masa nak membaham.


Menu ikan bawal tiga rasa, sotong goreng tepung, kailan ikan masin, telur dadar, kerabu mangga/mempelam/pauh, kari kepala ikan.


Sessi membaham bermula. Angle yang diambil adalah bahagian orang yang kurang rakus bila makan. Mereka makan dengan mesra, dengan hati dan dan perasaan.


Sessi membaham selesai. Kini tinggal sessi menghabiskan sisa-sisa makanan yang ada. Mujur pinggan dan jag tu tak boleh di makan.


Sengetkan kepala. Bukti kerakusan ahli produksi. Tiada belas kasihan. Tiada kesan yang ditinggalkan. Oh ya, salad itu memang tidak dibaham kerana fungsi asalnya sebagai hiasan.

Terima kasih kepada semua ahli produksi Waktu Sesudah Itu. Inilah saja gaji kalian.

27 September 2007

Penggali Kubur

Hari itu aku sempat pulang ke kampung sekejap. Sempat berterawih dan bertemu kawan-kawan lama di kampung. Maka macam-macam cerita keluar. Antaranya.

Kawan Lama : Eh, hang ada dengaq cerita pasai Pak Leh Tukang Korek Kubuq?

Aku : Aku nak dengaq cerita kampung ni? Balik pun jarang-jarang. Awat pasai pa?

Kawan Lama : Ni lah aku nak cerita. Minggu lepas ada mayat. Jadi Pak Leh macam biasa la. Aku masa tu baru mai ambik moto aku tayar pancit, aku tinggai kat mesjid. Aku nampak dia tengah korek liang.

Aku : Pastu?

Kawan Lama : Aku saja la pi sembang dengan dia. Aku tanya tak letih ka Pak Leh bulan-bulan posa korek liang ni? Dalam pulak tu. Tanah pulak bukan tanah pasiaq, tanah gambut, tanah selut. Habih satu badan.

Aku : Dia kata apa?

Kawan Lama : Dia kata fardu kifayah Man, mana ada orang lain yang sanggup korek liang dah la ni. Dulu ada la dua tiga orang. La dah susah nak dapat. Buat aku sakit demam, sapa la nak ganti.

Aku : Betoi jugak kata dia tu. Buat sekali dia sakit demam terkejut time ada mayat, sapa yang nak korek liang? Benda tu dia buat sat saja aku tengok. Kalau orang tak biasa ntah berjam-jam.

Kawan Lama : Lepas tu aku tanya lagi. Awat Pak Leh korek liang tak pakai kasut? Takut payah pijak ka? Tanah pasiaq senang sikit kot? Hang tau dia jawap apa?

Aku : Apa? Ada petua kot?

Kawan Lama : Dia kata….. mana boleh korek liang pakai kasut. Bila nak terkorek?

Aku : Haa?

Kawan Lama : Aku pun heran mula-mula. Pastu dia kata, orang korek liang pakai cangkui. Pakai kasut pakai tak siap la. Hadoi…. Dan lagi mengena aku tu.

Dan aku pun ketawa berdekah-dekah, tak tahan dek lawak Pak Leh. Siapa kata penggali kubur tak ada sense of humor.