30 November 2005

Pelakon Terbaik - Sebuah Hipotesis


Aku terpanggil untuk mengomel tentang pelakon terbaik. Apa definisi kalian tentang pelakon terbaik? Tidak kisahlah sama ada pelakon itu lelaki atau perempuan atau mix & match. Aku letakkan di lubuk akal kalian untuk memutuskannya. Tapi cuba dengar definisi aku yang entah betul entah sesat.

Satu ketika dahulu, ketika aku masih muda, aku meletakkan pelakon yang versatile sebagai pelakon yang baik dan bagus. Maka muncullah nama-nama dalam kotak otak aku seperti Robin William, Rosyam Nor, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee (semestinya dalam senarai), mendiang Anita Mui……. Dan aku rasa sebahagian besar akan mengakui bahawa lakonan mereka memang bagus.

Tetapi pada suatu ketika, setelah aku menonton teater (penekanan kepada mode lakonan), aku mendapati bahawa lakonan beberapa orang pelakon ini memang mengkagumkan. Sepantas kilat synapse-synapse aku segera berfungsi pada tahap yang ultra pantas.

Hati aku bersuara, “Dia ni baguih, tapi dia tak versatile pun. Takkan takleh nak kata dia tak cukup baguih?”

Dan dengan segera jugalah jantung aku mengepam darah ke bahagian otak agar aku berfikir bak kancil (sejenis haiwan, bukan kereta nasional).

“Al Pacino baguih, Robert De Niro baguih, Nordin Ahmad baguih, Tapi lakonan depa tetap stereotaip. Gaya cakap sama, body language dengan stail lakonan mungkin ada sedikit beza ikut filem. Tapi memang depa baguih. Pasaipa aku kena kata pelakon versatile baru baguih?” data-data dalam tempurung kepala aku berperang.

Kantung ilmu aku mungkin masih lagi tidak cukup, tidak lengkap, tidak sempurna. Dan dengan kantung yang tidak sempurna itulah akhirnya aku telah menghasilkan sebuah hipotesis, yang belum lagi diuji dan dihalalkan keberkesanannya untuk menjadi sebuah teori.

“Al Pacino dalam Dog Day Afternoon cukup berkesan. Dalam Godfather pun macam tu jugak. De Niro dalam Cape Fear memang power. Dalam Meet The Parents pun sama. Walaupun nampak sama saja lakonan depa, tapi aku rasa yang penting adalah keberkesanan lakonan dan impak yang depa bagi.” Nah! Itu hipotesis aku.

Impak pada audien sangat penting bagi aku. Pada aku, pelakon yang bagus akan dapat memberi impak pada audien tiap kali audien menonton lakonan mereka. Ataupun setidak-tidaknya pada sebahagian besar lakonan mereka (ada sesetengah lakonan yang mungkin mustahil memberi impak atas punca yang pelbagai; rakan lakon, skrip, pengarahan…..)

Andai kita dapat merasakan apa yang disampaikan oleh pelakon itu, pada aku, sudah boleh dinobatkan sebagai pelakon yang baik. Dan sudah tentunya pandangan mata kasar, mata hati dan mata jiwa kita tidak sama. Setiap insan punya selera yang berbeza-beza. Tapi andai kata kita dengan satu mata, satu hati, satu jiwa mengakui dan menerima bahawa pelakon itu adalah bagus (bersandarkan hipotesis yang aku keluarkan tadi), maka baguslah dia.

Hipotesis kalian bagaimana…….?

9 comments:

artisticklytouch said...

Ini hipotesis aku...

Pelakon yang baik adalah pelakon yang mampu untuk berlakon dengan orang lain bukan berlakon sendiri dan jika dia mementaskan sebuah monolog atau monodrama sekalipun dia akan berlakon dengan audience. Sekiranya rakan lakonnya, pengarahnya, skrip yang dibawakannya, teknikalnya dan apa sahaja lemah pun dia mampu untuk membuatkan penonton tidak nampak kelemahan-kelemahan itu malah menaikkan mood cerita bersama-sama team produksi yang ada.

Seorang pelakon terbaik pernah memberitahu aku..

"Aku tidak dapat berlakon dengan baik pada hari ini kerana kau tidak menguruskan teknikal (lighting) dengan baik."

Dan kata aku..

"Maknanya kau sememangnya bukan pelakon yang baik sebab kau mengharapkan aku untuk menonjolkan kehebatan kau, bukan diri kau sendiri."

Aku setuju, seorang pelakon yang baik dapat membawakan pelbagai watak yang diperlukan. Tidak kira di pentas, di corong radio atau di layar perak.

Ini antaranya..

Johnny Depp
Allhyarham Tan Sri P. Ramlee
Al Pacino
Robert de Niro
Fauziah Nawi
Azizah Mahzan

Pegawai Khalwat said...

Lain padang lain belalang....

Bila tiada helang, belalang kata akulah helang!

Nasib kaulah belalang.......

Anonymous said...

agree on you that johnny depp is the underated best actor's...look into his roles in many films..haram satu pun tak sama..that's makes a good actor..plus method actor's...like leo, christian bale, mamat main mohican tu dalam the last mohican..byk lagi laa...hehe..

ps: yepp..fauziah nawi is the best in malaysia..

Pegawai Khalwat said...

Wah....

Ah_Zan is talking about actor. Thats a pleasant surprise.

But I agree Johnny Depp is a good actor. He is versatile and giving impact in every film he acted in (well... almost every).

Anonymous said...

see the leg laaaa bang...give space to talk movies n musics..u will be suprise..hehe..not the arty farty world laa please..hehe

ps: my leg can't see the sun..hehe

Anonymous said...

sean penn ..man.....
the word is sean penn...

the maybe...johny depp...
al-pacino-jack nicholson-samuel jackson-balh..blah..

then all the british actors that some claim 'this are the actors can muttered the words "evil' in three sylabuls instead of two.."

good...isn't it?....to be able to pretend we are somebody else..and still call it ...an art!

Moi

Anonymous said...

idup O2 (rivermonk) grunge sket....promote..promote...

Pegawai Khalwat said...

That is what its all about dude, everybody got their own opinion. The point is, either we can agree unanymously (i wonder if it is correct word), that a good actor or actress is somebody who can act in many faces, many characters, winning lots of awards.

Or....

Is it just somebody we keenly said that he/she is good because we want to?

Anonymous said...

pelakon terbaik...

manusia yang berjaya menyelami perasaan watak yang perlu dia bawa, menjadi insan yang berperasaan seperti watak itu.

bukan watak itu meminjam identiti dirinya untuk berada di atas pentas atau layar perak.(macam pelakon-pelakon yang 'popular' sekarang nie)

tidak dinafi, mmg johnny depp contoh terbaik...

benar kata seorang sifu, kepuasan lakonan adalah pada 'momen-momen itu'. kalau jadi, jadilah.

seorang sifu pernah berkata, seni adalah kerja jiwa. bukan sekadar akal.. semakin mengenal seni, semakin dekat kita pada diri..

semuanya berbalik pada nawaitu asal pelakon itu sendiri, mengapa dia berlakon. untuk apa?

glamor?
populariti?
sanjungan?
perhatian?
duit?

ataukah untuk...

memahami manusia?
memahami Dia?

pelakon terbaik? kita semua adalah pelakon sebenarnya... tapi terbaik?