20 January 2006

Fobia Mereka Dalam Bahaya

(Jangan terkeliru hatta terhairan dengan tajuk yang seakan-akan mentadak mentadu lagu KRU dari runut bunyi Silat Lagenda)

Neophobia, Hemophobia, xanthopobia, arachnophobia, lygophobia, agoraphobia dan segala macam fobia lagi, merupakan antara puak fobia dari beribu puak yang lain. Pada tahun 2005, juga telah ditemui satu puak terbaru, iaitu Bush-phobia. Bush? Ya…. Memang Bush itu adalah dari keluarga Bush, bukannya terjemahan daripada semak belukar. Mahukan perincian? Singgahlah ke http://www.freerepublic.com/focus/f-news/1418270/posts.

Berat… berat sekali….. lepas ini aku tak tahu fobia apa pula yang akan muncul. Nagaphobia? Abdullahjonesphobia? Tujuh86phobia? Sentuhanseniphobia? MAKNAphobia? Paklahphobia? Nikazizphobia? Anwarphobia?

Semuanya berakar dari nama orang, dari kebencian, kemeluatan pada makhluk yang bernama manusia yang telah dicop nama padanya oleh mak bapak. Kalau lelabah, ular dan lain-lain binatang telah menjadi mangsa spesies Homo Sapiens (guna istilah ini jika hanya anda pengikut Darwin), kini giliran manusia yang bernama pula.

Sudahlah senarai puak fobia pun tak terakam dek akal, nak ditambah lagi?

(Khabarnya di kalangan keliling aku ada lagi satu fobia; pr***e**phobia! baru saja ditemui, setelah sekian lama menjadi epidemik)

5 comments:

Tok Rimau said...

Aku tahu aku nerakaphobia tapi aku tak layak utk syurga.

Taubat! taubat! Taubat!

zizie ali said...

berapa banyak phobia daa..
greenphobia, lightbluephobia, pinkphobia...

Pegawai Khalwat said...

Tok,

Aku pun neraka fobia jugak. Tapi aku tak fobia syurga... syurga dunia bang.....

Zizie,

Fobia memang banyak. Sebab manusia memang suka fobia, kalau tak mereka tak buat le fear factor kalo orang dah takde fobia....

artisticklytouch said...

aku puterinorasikinphobia

"cik usop..cik usop..saper nak htr saya balik?"

aku likandaqayaqphobia

"Aku ada satu story, hang kena tolong aku chop"

aku watisijurugambarphobia

"Weh hampa..kaih gambaq kaih!"

aku khuzaimahomarphobia

"hmmm...pengarah tak tengok pun kami berlakon!!"

loppiess said...

phobianinekafirin...the most and latest.