23 January 2006

My Life Is Like Proton!

Lega rasanya. 3 persembahan 12 am telah selamat di dalam jadual dan di atas pentas. Jumlah audien yang hadir juga memberangsangkan. Persembahan pertama, 80%, kedua (waktu panas lit lit) 50% dan ketiga 80%. Dan ini sudah tentulah termasuk pemegang tiket komplimentari.

Selama aku buat persembahan berbayar di lokasi lain, jumlah tidak pernah mencapai tahap ini (aku ulang, persembahan berbayar. Kalau percuma, air cond tu pun mahu menangis tak larat menghembuskan nafasnya pada haba tubuh manusia yang melebihi kapasiti). Tahniah Art, percaturanmu menjadi walau ‘Percaturan’ asal tak menjadi.

Aku tak ada komen pasal lakonan atau teknik, sebab tak adillah aku mengkritik lakonan aku dan rakan lakon aku sendiri. Biarlah orang lain yang mengkritik. Walaupun ada ketika aku rasa aku boleh buat lebih baik, tapi pada aku, apa yang aku buat dah cukup baik untuk audien yang datang.

Aku menantikan buah tangan terbaru Art. Aku pun tengah sibuk menyiapkan skrip baru. Teringin juga nak buat sesuatu dalam bahasa Inggeris (pasar punya English). Satu persatu…. Aku tak mahu gopoh macam pengantin yang nikah gantung 3 bulan lebih awal.

Terima kasih pada rakan-rakan yang datang menonton, sama ada percuma atau berbayar. Terima kasih pada yang sudi menolong, sama ada ikhlas atau berbayar.

Well….. my life is just like proton..... biasa saja.

1 comment:

artisticklytouch said...

ahaks... habis gak nantikan review aku dlm blog.. tak ada idea lagi ni