30 May 2006

Tut tut tut

Hari itu, aku ke sebuah kawasan menjual barang terpakai dan pelbagai barang lain. Tempat ini agak terkenal di Tanjung. Ada orang jual ubat.

Penjual : Ya tuan-tuan, rapat mari rapat. Saya memang tak cakap bohong punya. Obat yang saya jual ni memang mujarab. Yang kecil boleh besar, yang lembik boleh keras, yang dah naik pasti susah nak turun.

Sambil-sambil dia menunjukkan foto diri sendiri.

Penjual : Saya nak tunjuk kat sini tak boleh tuan-tuan. Tapi ini buktinya. Ada gambar. Tuan tengok, ini muka saya kan? Tengok.

Dia menunjukkan lagi gambar foto-foto itu. Banyak. Bukan muka saja. Tapi seluruh badan.

Penjual : Murah saja tuan-tuan. Takkan rugi kalau beli. Kalau tak berkesan, boleh datang cari lagi saya di sini. Saya tiap-tiap minggu di sini. Ini obat boleh bikin tambah power. Power tak hilang macam tu saja.

Dan tiba-tiba terdengar satu soalan. Seorang budak. Kecil. Muncul mana entah.

Budak : Kalau hilang power, dia ada bunyi 'tut tut tut' tak?

Dan gegak gempitalah alam.

17 comments:

Pandang Dengar Diam said...

kah...kah...kah...so apakah jawapan si penjual ubat itu?

blackpurple @ jowopinter said...

Hehehe. Pandai sungguh budak tu buat lawak...!

tuan tanah said...

:D :D :D
budak tu cool!

Lan Rambai said...

ekekeke.. aramak.. template sama ahh... aisehman...

Sir Mute Key Chicks said...

aku pernah jumpa brother jual ubat itu.dia tunjuk foto tanpa seurat benang pun.bukan foto dia jer.foto orang lain pun banyak.hehe.

psst.. ini email aku..

semutkecik@gmail.com

Rie said...

anak sapa la budak pandai ni. minum susu apa agaknya.

sinaganaga said...

muerekekekekeke...

Anonymous said...

"kalau tambah power, boleh bertukar menjadi gaban dalam masa 0.05 saat tak?" budak.

Pegawai Khalwat said...

Cuaca,
Tak terjawab!

Blackpurple,
Budak tu tak buat lawak. Situasi menjadikannya lawak.

Tuan Tanah,
Amboi, tiga kali senyum hang no.....

Lan Rambai,
Apara template sama.

Semut,
Hah... betoi la tu. Saja la aku tak cerita pasai foto orang lain tu. Hang beli ubat dia ka?

Esis,
Issh.... lupa pulak aku nak tanya.

Naga,
Hu hu.....

Gitar,
Ultraman mana mau tukaq jadi Gaban. Gaban tukaq baju saja laju, tapi Ultraman besaq.

Ha ha ha....

Anonymous said...

"adik dah sunat belum?"

artisticklytouch said...

Hmmm...awat tak habaq nak p

Bunga Rampai said...

Saya gelak baca entri ini. Hilang jua tension sejak tengahari tadi. Terima kasih. Salam.

Pegawai Khalwat said...

Ron,
Err.... phedofilia?

Art,
Tak sengaja ter pi.

Rampai,
Kasihmu diterima. Hu hu....

ontahsapo said...

memang hampeh budak tu, aku dha bersungguh nak tahu cerita seterusnya....

Unknown said...

kwang,kwang,kwang...xpe it's a good lesson to the seller.

kunci hilang said...

haha.. lawak!

moden sungguh budak tu. Penjual obat tak gelak sama?

Pegawai Khalwat said...

Ontahsapo
He he he

Halogamora
Which of which

Ontahsapo
Dia tak terkata.