07 June 2006

Malas dan Bodoh

Cabaran utama aku dalam memartabatkan seni, khususnya teater ialah;

Pertama kemalasan,

dan kedua kebodohan.

Malas dalam erti kata malas pada diri aku dan rakan penggiat lain dalam menghasilkan karya, menerbitkan produksi, menghadapi seribu macam kerenah dan masalah sewaktu latihan dan pementasan.

Malas juga merujuk kepada orang-orang yang malas datang menonton, malas berfikir, malas membayar duit, malas nak matikan telefon bimbit, ataupun aku mudah simpulkan serba satu malas.

Malas nak melayan kerenah orang yang malas ini juga tergolong dalam malas.

Kebodohan, pada aku yang naif dan daif seni sehinggakan membuatkan orang mungkin rasa bodoh menonton cerita aku, pada rakan-rakan aku yang terus berusaha memartabatkan seni sedangkan hasilnya lebih banyak keluar dari masuk, bodoh kerana rasa seperti diperbodohkan oleh orang yang belajar tentang seni lebih arif dari kami sedangkan mereka langsung tak berkarya.

Bodoh juga pada orang yang rasa diri mereka pandai serba-serbi dalam seni hingga termasuk kategori bodoh sombong, bodoh kerana tak boleh berfikir secara logik jikapun tidak secara manti, bodoh kerana terpaksa diajar satu persatu tapi tak mahu di ajar dan tak mahu pula belajar.

Bodoh juga kerana terpaksa berurusan dengan orang-orang yang bodoh menjadikan aku makin bodoh.

Tapi itulah cabaran, dan aku tak boleh berhenti, dan tak akan berhenti dek dua pokok itu. Pokok itu tak akan tumbang, tapi aku akan cantas ranting dahannya, biar dia bogel sebatang, mudah orang nampak kehodohannya.

Dan orang pun tak buat lagi binatang malas dan bodoh itu.

20 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Syabas Tuan pegawai, anda tidak perlu merasa bodoh atau rasa diper'bodoh'kan oleh mereka2 yang merasa anda bodoh kerana melakukan benda2 bodoh itu.....Apa yang anda lakukan bukan perkara bodoh pun.

Anda tidak bodoh untuk mengingatkan mereka2 yang merasa diri mereka tidak bodoh itu....

Anonymous said...

education is the key for everythings...
plus passion...too bad that u live in the so shallow world of malaysia..that banned a movie because of the title not because of the content..plus..the people who banned it NEVER had the time to watch it..including all the people who critize the movie before they even watch it..so my brother..u have to face all the kebullshitan if u wanna fight for your rights especially the things u adore so much the things call art..so fuck them..let them riot..hehe

artisticklytouch said...

Wah sikit punya marah daaa... pemilihan untuk mengisi kekosongan kerusi itu memang memerlukan yang bodoh-bodoh sahaja. Yang pandai tidak layak. Hal ini demikian seupaya mereka akan terus memanggil BOSS!!! sambil tabik hormat sehingga si BOSS tersenyum puas.

Ha, kan dah free je kena bodoh

Sayuti said...

itulah cabaran dalam memperjuangkan seni. sesungguhnya seni itu indah.

orang seni yang betul2 seni akan melihat keindahan dalam segala sesuatu, termasuklah dalam kemalasan dan kebodohan.

tapi, apalah yang saya tahu. saya bukan orang seni. saya tidak tahu.

p/s: sabar itu seni terhebat. cabaran itu yang mengindahkan karya.

Pandang Dengar Diam said...

seni perkara yang teplaing halus harta dunia..

Unknown said...

satu cabaran yang harus ditempuhi, kan?

Pegawai Khalwat said...

Blackpurple,
Terima kasih!

Azan,
He he he.......

Art,
Sapa la yang pilih tu.

Sayuti,
Seni itu di mana-mana. Berguling juga seni.

Cuaca,
Aik.... macam pernah dengar.

Orichimaru,
Bukan takat satu, tapi dua.

dugongsenyum said...

Siapa agaknya yang membenarkan kebodohan?

-Abdullah Jones

sinaganaga said...

Dude,
Nasihat aku, apabila kau berkarya - kau jangan fikirla tentang 'nak memartabatkan senilah', 'nak tanam moral kat kepala masyarakatlah', etc etc etc!

Kau buat je!!!! Have fun!

Bila free? Meh mai KL. Kita bincang projek2 'onani seni syok sendiri'!

Anonymous said...

post yang menginsafkan. karang terus karang bro! dah tak ramai orang macam hang kat malaysia ni!

Pegawai Khalwat said...

Dugong
Kita semua.

Naga
Ayat mau power bro, propaganda itu penting. Tapi aku memang serius mau memartabatkan teater.

Tapi aku tetap have fun! Mana boleh buat seni tension-tension.

Aku tak turun KL bila free, aku turun bila ada kerja. Sebab aku tau turun KL memang tak 'free' punya. Nak pegi aku habaq kat hang.

Gitar
Ramai lagi yang macam aku bang. Cuma depa tak perasan saja.

Rie said...

berseni. banyak bersabo & jangan kecil hati. bersenilahhh

tuan tanah said...

hmmm...
saya baru pernah sekali menonoton teater.

(ayat penyata)

Bunga Rampai said...

Salam. Faham dengan keadaan itu. Kadang persekitaran menjadikan kita begitu. Diri perlu kuat melawan arus itu, apa tah lagi jika mahu merealisasikan sesuatu.

Teruskan usaha. Moga sukses.

p/s saya kira persembahan teater lebih jujur (berbanding filem), ada jiwa, lebih rasa.

Romantis Selatan said...

berkawan dengan orang-orang yang positif, hasilnya harus positif juga...

+ve darab +ve = +ve
+ve darab -ve = -ve

yang peliknya

-ve darab -ve = +ve

pelik tak?

Pegawai Khalwat said...

Esis
Sabo la ni. Kalo tak sabo... entahlah...

Tuan Tanah
Wuih.... kalau saya kat sana, pasti akan menonton bila ada masa kelapangan.

Bunga Rampai
Dalam apa bidang pun macam tu. Ya benar, teater lebih jujur, walau kadang-kadang terpaksa berbohong.

Romantis
Aku ingat dunia seni saja pelik, dunia logik Matematik pun pelik?

Tok Rimau said...

Aku tak mau teater yang hitam. yang gelap. yang malap.

Aku nak teater yang cerah. Yang lawak macam Raja Lawak.

Macam Abridged Shakespreare. Buat aku gelak guling-guling. Pelakon baling mashmallow ke audien

Macam JUST FOR LAUGH. Canada Comedy festival.

Macam kat Italy. Comedy Del arte. Comedy of Errors. Bila laki dia sampai. Sang isteri sorok lelaki bawah katil.

Ada tak?

Kalau kat Johor ni, yang ada Teater Patriotik Dato Onn je.

Unknown said...

PK! dlm maknanye.

bodoh yg diperbodohkan dan jadi la bodoh sombong.

Pegawai Khalwat said...

Rimau,
Ada teater sebegitu, aku dan kawan-kawan pernah buat. Tapi aku ada tanggungjawab. Mendidik khalayak agar tidak menanggap teater itu 'Senario' (walau tak semestinya lawak itu seperti Senario).

Sleepless,
Makasih.

Halogamora,
Ada orang suka begitu.

Romantis Selatan said...

Pegawai Khalwat

betul-betul dunia Matematik pun pelik...

ada perasaan juga

contohnya ada graf senyum dan graf masam...