12 July 2006

Paranoid

Bagaimana agaknya hidup dalam paranoia? Aku bukan pakar psikologi dan aku tak tahu sama ada paranoia itu boleh dirawat.

Sejak peristiwa 9/11, puak ini dijangkiti penyakit paranoia. Semua pintu masuk dikawal dengan amat ketat. Semua yang ber 'bin', ber'muhamad', ber'tudung' akan habis dilondeh atas nama keselematan.

Kemudian bila London dibom pada 7/7, sekali lagi paranoia puak ni menjadi-jadi. Kawalan keselamatan dipertingkatkan dan yang jadi mangsa? Penyakit ini pula berjangkit kepada puak penjajah kita ni. Hingga mereka pula paranoid kepada makhluk yang ber 'bin', ber'muhamad' dan ber'tudung'.

Dan bila semalam keretapi di India dibom, maka menjerit-jerit dan meludah-ludahlah kedua-dua puak ini meningkatkan lagi tahap keselamatan yang entah ada berapa tahap. Dan yang seronoknya, siapa lagi yang akan dipersalahkan kalau dah perbuatan ini berbau keganasan.

Aku tak tahulah paranoid ini bagus atau tidak. Ada orang kata bagus, ada yang kata tidak, ada yang kata ikut keadaan. Bagi aku, kalau paranoid itu menguntungkan diri dan menguntungkan orang lain, itu bagus. Tapi kalau ada salah satu bahagian yang tidak menguntungkan, itu tidak bagus.

Paranoia dalam diri satu-satu individu mungkin mudah ditangani oleh masyarakat. Tapi macam mana kalau paranoia dalam kumpulan? Paranodia mendorong David Koresh dan Branch Davidiannya mempertahankan diri dari serangan ATF dan FBI, akhirnya mengakibatkan kematian 74 orang pengikutnya, 21 daripadanya kanak-kanak.

Paranoid kepada; kononnya akan berlaku diskriminasi terhadap puak kulit putih ni, maka Klu Klux Klan mengambil jalan sendiri dengan membunuh orang kulit hitam, Yahudi, orang asing, Komunis dan ramai lagi.

Dan bila paranoia ini merebak ke kepala politikus, maka hasilnya peluru yang dibuat di bekas tanah Red Indian itu pun sampai ke badan kanak-kanak Iran dan Afghanistan. Sebab itulah dulu aku lebih suka ada satu kuasa komunis yang mengimbangkan kuasa besar dunia. Bila Mother Russia masih berkuasa, paranoia puak ini setakat Perang Dingin saja. Tak berani pula mereka nak jolok halkum beruang tu.

Tapi sekarang, kalau boleh satu dunia nak dibogelkan, nak diramas, dijolok dan dirantai. Kuasa unipolar memang menyusahkan dan memusnahkan. Kalian tengoklah, Naga sekarang sedang tidur, tunggu masa nak bangun. Tapi puak ni akan rantai naga ni, kalau boleh sampai lumpuh. Sekat makan dia, sekat minum dia. Macam dia buat dekat beruang Russia.

Itu semua sebab paranoid.

Apa nasib kita pulak nanti?

16 comments:

Unknown said...

Jadi, mungkin kerana paranoid mereka melakukan diskriminasi. Mereka takut sebenarnya. Puak-puak ni boleh pijak kepala diorang balik...

blackpurple @ jowopinter said...

Begitulah kalau sudah paranoid. Dah tak ada kepercayaan, malah tak mahu meletakkan kepercayaan pada sesiapapun pun.....

Kesannya, akan ada yang menjadi mangsa...dalam bentuk apapun....

Anonymous said...

apa kata, tubuh satu kumpulan.
bom banguan tinggi tinggi secara terang terangan.
dan pakai kostum mcm yahudi.
diorang nak kata yahudi punya kerjja ker?

Bunga Rampai said...

Imbas jalan datang dalam menuju jalan pulang (itu nasihat En. Peg kepada saya dalam satu entri blog ini).

Dalam persinggahan sebelum sampai ke destinasi pulang, isi jiwa yang kosong dengan rasa berTuhan. InsyaAllah tidak kebulur dan tidak dijangkiti penyakit paranoia.

Itu bunga matahari? Kesian, sepinya dia.

Salam.

Pegawai Khalwat said...

Orochi,
Mungkin? Bukan mungkin, memang pun.

Blackpurple,
Setuju.

Ron,
Kostum saja Yahudi, muka tak macam Yahudi. Kantoi jugak.

Bunga Rampai,
Eh... aku pernah kata lagu tu ka? Terharunya.....

Psss... aku tak ingat sebenarnya.

Lan Rambai said...

aik.. sudah tukar cat umah ka? Korea Utara selamba jer nak test nuklear takder pulak dorang nak kacau sangat... nampak sgt depa takut ngan oang Islam jer...

Anonymous said...

hebatkan lagi program semacam AFUNDI, tolong ajar ku sifu, rentak juara, one in the million dan seumpamanya. hasilnya kita akan ada lebih ramai generasi pejuang agama akhir zaman.

AFUNDI:UCOPMON

Anonymous said...

fear is your only GOD...

Pandang Dengar Diam said...

hm...persoalan nya sampai bila?

Pegawai Khalwat said...

Lan
Sekali sekala tukar cat, janji alamat sama.

Korea tu kan anak naga.

Mamuwi
Hang jeles sebab hang tak boleh masuk.

Azane
Ho ho ho!

Cuaca
Persoalan tak terjawab.

Akima Akatoman said...

aku hanya mampu mengeluh.. mengeluh.. dan mengeluh..

-bukancicak-

Anonymous said...

arghh..tk suke..tk suke..tk suke..

Bunga Rampai said...

Eh, dah tua sangat ker En. Peg sampai boleh lupa? :):) gurau...

Dalam entri "Yang Pernah Dan Yang Tak Pernah Kita Tengok" (April). Saya sering bercakap tentang jalan pulang tapi sering lupa berbicara tentang jalan datang. En. Peg mengingatkan saya. Terima kasih.

Itu bunga apa? Tiga kuntum yang berapitan. Pasti tidak sepi.

Salam.

Pegawai Khalwat said...

BukanCicak,
Sekurang-kurangnya masih mampu.

Lime,
Tak suka aku ka?

BungaRampai,
Aku memang dah tua. Tua sangat.

Terima kasih mengingatkan tentang entri tu.

Bunga itu dari spesis orkid. Maaf tak dapat cari bunga rampai.

Unknown said...

YO PK! bile tukaq blog skin ni? not bad...

paranoia?...jgn di mulakan kerana aku juga paranoid kpd sesuatu dulu tp aku berjaya lwn dan skang aku bebas dr perasaan itu.

utk skop ini, paranoia mrk ini hy topeng beragenda jahat! jahat! jahat!

Anonymous said...

x dak ntry baru kaa..??

kite nak baca

Apsal Tokey Panggung tu kedekut sgt arr...