06 July 2007

Ulasan Yang Terpulas - Baju Emas Sang Maharaja

Festival teater kini bernafas sejenak. Dek bilangan penonton dan juga dek pementasan yang diadakan. Sebuah pementasan yang sarat dengan kerja-kerja teknikal memang memerlukan perancangan yang teliti dan tahap kesabaran yang tinggi. Kesilapan yang manusia lakukan di dalam pementasan teater, boleh dilenyapkan dengan kebijaksanaan berimprovisasi. Tapi kesilapan teknikal, tiada kata-kata yang dapat menggambarkan bahananya.
Baju Emas Sang Maharaja ini karya Datuk Johan Jaafar, telah diadaptasi. Plotnya masih sama, tapi kebanyakan dialognya telah sesuaikan dengan keadaan semasa iaitu situasi glokal dan juga keadaan pelakon yang katanya adakalanya tidak dapat bersama pada setiap latihan akibat kekangan tugas dan kesihatan. Visual memaparkan Anak dan Bapak Jin sedang berehat setelah gagal dalam usaha menangkap ikan, dengan pancaran imej multimedia menunjukkan dunia yang kacau bilau.


Sebuah pementasan yang melibatkan pelakon yang sedikit bilangannya memang mencabar kepala otak pengarah. Tambahan lagi kiranya watak yang ada agak terhad kemungkinannya untuk meneroka ruang pentas yang luas. Maka langkah yang paling afdal adalah dengan mengecilkan ruang lakon. Visual memaparkan Anak dan Bapak Jin bertemu Penghulu Bunian yang menawarkan baju emas sang maharaja kepada Anak Jin dengan bongkah-bongkah kotak menjadi pembahagi pentas dan ruang untuk bermain level.


Pencahayaan juga merupakan kerja yang rumit di dalam pementasan teater. Produksi ini telah berjaya memilih pencahayaan yang memikat mood audien serta tidak terlalu pasembor. Cuma ada ketikanya pencahayaan itu dilihat tidak mencukupi untuk mencerahkan figura tubuh pelakon. Visual Anak Jin yang telah mendapat baju emas sang maharaja dan menjadi bongkak.


Banyak elemen perlambangan digunakan di dalam pementasan ini. Bahasa visualnya banyak sekali, tidak pada olahan skrip yang dilihat memang terus dan telus. Versi asal skrip ini juga begitu, tapi sudah tentu ada maksud di sebaliknya. Johan Jaafar pada ketika itu banyak menghasilkan skrip yang berlapis-lapis. Pada aku, pengarah memilih untuk camouflage kelemahan yang ada dengan menonjolkan kekuatan pada satu-satu bahagian. Ramai yang akan tertipu dengan teknik pengarahan sebegini. Tapi asalkan ia mencapai objektif, apa salahnya. Visual memaparkan Anak Jin yang telah menjadi Raja dan imej multimedia anarki yang berlaku dek pemerintahannya.


Ada elemen wayang kulit, barongan, mak yong, kabuki dalam pementasan ini. Bongkah itu juga boleh dianggap hanamichi. Menggunakan bahan-bahan terbuang telah membantu mengurangkan sampah di Tanjung ini.

Keseluruhannya, aku lihat setakat ini pementasan ini berpotensi untuk berada pada ranking penilai. Tapi itu pada pandangan aku yang naif dan daif seni ini. Pandangan penilai dan manusia lain mungkin berbeza. Setidaknya, semalam itu lebih hangat dari biasa. Lega bila dijamu dengan sesuatu yang segar. Visual Anak Jin yang menjadi raja menafikan Bapak Jin sebagai bapanya.

Seterusnya....... Plastik.

12 comments:

Butaseni@Wan Raja said...

ulasan yang ultra hebat.show ni pun memang hebat dan padat.bakal juara tahun ini?

Unknown said...

menarik gak...

pjoe said...

wah, ada elemen mak yong juga
teringat dgn mama aku masa muda2..
pernah main mak yong

Pegawai Khalwat said...

Butaseni
Ulasan pun jadi isu.

Halogamora
Memang menarik.

Nezjoe
Hang awat tak join. Boleh selitkan elemen muzik mak yong dalam muzik band hang. Baru fusion sikit.

Butaseni@Wan Raja said...

show kita nanti sapalah nak ambik gambar dan sapalah nak ulas.kalau hang ulas nanti hang akan kutuk kita sendiri.aku tau,gambar bagi tokey panggung ambik sebab dia suka snap banyak-banyak .bagi Hary pulas,mesti dia up kita gila-gila.hahahaha

jinggo said...

baju mas sang maharaja yang di adaptasikan......
eeeerrrrmmmm boooleeehhhh......
best...... best... bset...
power..... power... power....


errrrmmmmmm....
plastik.....

Anonymous said...

sy memerlukan masa yg agak lama utk memahami konsep teater ini. kelihatan agak rumit sedikit dgn pelbagai elemen2 yg mempunyai maksud tersendiri.

jadi, ia tidak sama dgn pementasan drama/ sketsa kanak2 sekolah?

blackpurple @ jowopinter said...

Sesekali kalau blog ini dapat tunjuk sedutan-sedutan menarik teater2 itu pun menarik juga. Kalau tidak menjadi kesalahanlah... :D

Pegawai Khalwat said...

Butaseni
Baik kita biaq LKA yang buat. Dia lebih arif mengulas. Fariq akan dipaksa snap.

Jinggo
Errmm....

Sitilina
Ya, ia tidak sama dengan pementasan sekolah/sketsa kanak-kanak.

Sebenarnya yang penting adalah telahan penonton itu sendiri.

BP
Memang tak menjadi kesalahan. Tapi malangnya aku cuma boleh buat satu kerja pada satu masa. Kalau aku snap still photo, maka aku terpaksa abaikan video.

Masalah dengan rakaman video ini adalah masa yang diambil untuk capture dan render kembali mejadi format yang compatible di bloq ini.

Sedangkan persembahan dibuat selang satu malam. Masa itulah yang aku tak ada.

Insyaallah setelah selesai semua, aku akan cuba paparkan sedutan semua teater di sini.

artisticklytouch said...

tauke panggung mengarah. Melihat kepada pencahayaan, waaahhh....ini salah guna kuasa hehe sebuah adaptasi yang kelihatan menarik dari foto tapi seakan pernah kulihat tapi di mana ya?

beritahu ke G, aku boleh nampak giginya jauh hingga ke Redang ha ha

kerisLekuk7 said...

apa laaaaaaaa.....dok gaduh dalam blog pula....apa yang penting 31 julai 2007 semua datang ke Auditorium P.Ramlee....bersorak ramai2...masa penyampaian hadiahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.....

Pegawai Khalwat said...

Art
Aku dah bagitau. Dia kata hamja....

Keris
Wajib mai.