17 August 2007

Ulasan Yang Terpulas - Bangsawan Bakawali

Aku sangat menyokong usaha KEKKWA dan DBKL agar bangsawan dipentaskan setiap bulan di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur (di Bangunan Sultan Abdul Samad berdepan dengan Dataran Merdeka), kerana tanpa usaha seperti ini, bangsawan akan lebih mudah diancam kepupusan. Natijah dari itulah, Panggung Bandaraya telah dipenuhi oleh pengunjung yang hadir menonton bangsawan saban bulan, dengan persembahan dari Kumpulan Bangsawan dari Aswara, dari Kedah, dari Melaka serta dari Pulau Pinang. Jadi baru-baru ini, kumpulan bangsawan dari Pulau Pinang, USM khususnya (kerana di Pulau Pinang ada dua teraju bangsawan) telah mementaskan bangsawan Bakawali di Panggung Bandaraya dan kemudiannya di Auditorium Dewan Budaya USM.
Cerita Bakawali adalah cerita magis dan tragis, kisah langit dan bumi, alam kayangan dan alam nyata. Mereka lebih suka membawa cerita yang sebegini kerana plotnya yang lebih ringan, mudah diterima oleh pelbagai lapisan penonton, termasuk masyarakat. Serta, bila tidak melibatkan cerita raja-raja, maka protokol raja itu boleh dikurangkan. Sekiranya cerita yang dibuat melibatkan cerita raja-raja disesebuah negeri, maka protokol sembah, keluar masuk balai rong seri semuanya perlu tepat agar tidak membawa dakyah sesat. Visual Tajul Muluk, Nurul Asyikin, Raja Garuda dan Maharaja Tikus di dalam Gua Hitam.

Bakawali mengisahkan pengembaraan Tajul Muluk, putera mahkota negeri Tajul Bahri yang terpaksa mengembara mencari bunga Bakawali yang hanya terdapat di Taman Balkis, yang akan dapat mengubati mata ayahandanya yang terkena lintasan Kijang Emas semasa berburu. Semasa pengembaraannya, beliau telah bertemu dan berkahwin dengan Nurul Asyikin, anak kepada Raja Garuda yang kebetulan menjaga Taman Balkis. Dengan bantuan Maharaja Tikus, Tajul Muluk berjaya mencuri bunga bakawali dan cincin di jari Puteri Bakawali dari Taman Balkis
Fuhh...... ambil nafas.
Tajul Muluk ini pula ditemani oleh Ahmad dan Muhamad, anakanda Wazir Perdana. Setelah mengetahui Tajul Muluk memperolehi bunga bakawali yang sejati, yang terbukti setelah berjaya mengubati mata orang buta, maka mereka berdua berkomplot membunuh Tajul Muluk dengan menolaknya ke dalam kolam.
Fuh....fuhh......
Puteri Bakawali pula dihukum oleh ayahandanya Maharaja Indar supaya mencari bunga bakawali dan cincin dijari dengan turun ke bumi sebagai Shahrat. Shahrat mendapat tugas menjaga khazanah negeri Tajul Bahri, telah ternampak bunga bakawali dan juga bila Tajul Muluk muncul dengan menyamar sebagai Abdul si orang miskin penjual kuih dan membongkarkan kejahatan Ahmad dan Muhamad. Maka kebenaran pun muncul. Visual kemunculan garuda. Nampak kakinya?


Apa yang aku boleh simpulkan, mereka telah berjaya menarik perhatian penonton. Kerana selama pementasan yang mencecah dua jam dengan lima babak dan 4 extra turn, tiada penonton yang bergegas keluar kecuali untu ke tandas atau membunuh diri (istilah aku untuk perokok). Bagi yang pertama kali menonton bangsawan, mahupun persembahan pentas sebegini, maklum balas yang aku dapat mengatakan bahawa mereka tidak sangka begini rupanya persembahan pentas, begitu terhibur. Visual Tajul Muluk, Ahmad dan Muhamad cuba mengubati mata orang buta dengan bunga bakawali.


Visual Puteri Bakawali bersama pari-pari sedang merayu memanggil Maharaja Indar dek kehilangan bunga bakawali dan cincin di jari. Untuk makluman kalian, foto-foto ini adalah semasa raptai penuh, jadi ada persalinan dan tata rias yang tidak lengkap. Kalau aku dapat foto semasa persembahan, pasti lebih cantik dan menarik.


Tahniah! Kerana memartabatkan seni teater tradisi, dan kerana berjaya mencipta audien, khasnya audien bangsawan.

13 comments:

Butaseni@Wan Raja said...

ya,di pulau pinag saja terdapat dua mazhab dan jenis bangsawan.terus terang aku agak taksub dengan mazhab yang group aku bawa,tapi aku sangat menghormati karya serta mazhab yang satu lagi ni sebab sama-sama ingin memelihara dan memartabadkan bangsawan.aku salah seorang penonton bakawali dan aku terhibur menontonnya.syabas jugak pada bangsawan sri usm.

pss...... group ni menghormati dan menyokong group lain tak? :D

jinggo said...

ya memang terhibor tengok.......
best........

mintak maaf kalau aku berkata la...
kalau tak ada extratern la..........
memang jadi purbawara.........
aku bukan la pandai sangat....
aku ni yang paling tak pandai dari semua org......
aku bercakap bukan kerna pengaruh dari sesiapa.....
tapi ini pendapat aku sendiri.....
aku suka cerita bakawali.....
apa pon tahniah untuk bangsawan sri USM..... semua yang menonton terhibur........
aku pon terhibul.........

p/s bangsawan sri usm ka atau abad......?

artisticklytouch said...

aku pernah teringin menjadi SM sebuah pementasan bangsawan. Impian tercapai akhir tahun lalu...chek tak mau dah!!!!! Chukuplah!!!

tegezoot said...

sebagai aktivis teater yg agak aktif di pulau pinang kita sepatutnya bangga kerana Teater Bangsawan dtg dari Pulau Pinang. Dan sepatutnya juga kita wajib perlu lebih mahir dlm bangsawan dari aktivis luar. Tapi sayang, muka aku tak hensem takleh jadi hero...

Penjejak Badai said...

bro...tak lenguh ka taip komen banyak2 ni..lagi satu sapa2 yang ada skrip monolog bleh x bagi kat saya..penting ni antara hidup dan mati..tlg laa

Pegawai Khalwat said...

Butaseni
Taksub? Wow!
Hormat? Yeahh!

Jinggo
Purbawara? Are you sure?

Art
Pengarah lama hang tu ada menyebut nama hang untuk projek yang baru lepas ni.

Tegezoot
Ya... betul. Dalam bangsawan muka kena hensem.

Azrul
Aku taip lagi laju dari jurutaip.
Monolog? English punya mau ka? Ada ada Samuel Beckett punya.
Takpun cuba kontek Namron, minta Matderihkolahperlih dengan Lembu.

Bunga Rampai said...

Salam Bro,

Wow, menariknya ulasan. Tahniah!

Saya ketinggalan, tak tahu pun ada pementasan Bangsawan Bakawali di Panggung Bandaraya baru-baru ni :(

Pendapat saya, teater bangsawan dapat memupuk minat kanak-kanak/remaja untuk menonton teater (seterusnya memupuk minat untuk berkecimpung dalam bidang teater)kerana latar pentas, kesan bunyi dan cahaya, serta kostum yang berwarna-warni mampu menggoda imajinasi kanak-kanak (terutamanya) yang sememangnya suka berimajinasi pada peringkat ini.

Barangkali penggiat teater boleh ketengahkan bangsawan untuk kanak-kanak/awal remaja berdasarkan cerita-cerita rakyat?

Maaf, terpanjang pulak komen saya :)

artisticklytouch said...

ahhh...dia teringat dengan jasa-jasa aku ha ha aku macam boleh dengar nada suara dia carik aku ha ha chek tak mau dahhhhh....

sinaganaga said...

kan dah pesan - mai KL cari ler aku weh!!!!! hampeh!

blackpurple @ jowopinter said...

Dulu-dulu masa aku berhingus, emak aku suka dengar bangsawan ke udara. Radio Singapura. Kalaulah pentas bangsawan ke kampung-kampung tentu emak aku seronok..

Ngeri tengok set stalagtit itu... :D

jinggo said...

kira lebih kurang la.......
lenggok bangsawan macam tak dak saja.........
aku yang buta segala seni......
kalau salah tlg tunjukkan.....



p/s.. tahniah untuk abad kerna bejaya pentaskan bakawali........

Pegawai Khalwat said...

BR
Panjang tak apa.
Publisiti di KL tak meluas agaknya.
Tentang komen tu, betul kata awak. Tapi tidak mudah dilaksanakan.

Art
Dia dah ada pengganti.

Naga
Holah...holah.... tapi yang pi bukan aku. Sahabat-sahabat aku.

BP
Dulu memang ada. Sekarang ni drama radio pun dah nak pupus. Orang lebih suka dengar lagu yang dipotong untuk pendekkan masa untuk iklan.

Psss... Ngeri? Hang tak tengok kaki garuda lagi!

Jinggo
Ya betoi kata hang. Originaliti tu dah lari sebenarnya. Tapi itu harga yang perlu dibayar bila berhadapan dengan objektif lain.

Anonymous said...

i miss the show...