22 November 2007

Tikaman Bahasa

Sedang aku mengemas pejabat aku, aku terjumpa sebuah buku yang sangat menarik.

Tikaman Bahasa tajuknya. Diterbitkan semula pada tahun 1992 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Kali pertama diterbitkan pada tahun 1934 oleh Pejabat al-Matbaah al-Asasiyah, Kelantan. Dihimpun oleh Muhammad Adnan Muhammad Ariffin.

Buku ini merupakan koleksi peribahasa lama, yang ada sesetengahnya kita tak pernah dengar pun. Misalnya ‘sungguhpun putarwali itu raja segala penawar, tetapi pada kebanyakan, selera itu adalah hamba segala makanan’.

Pernah dengar?

Apa yang menarik perhatian aku di sini ialah, isi prakata yang ditulis oleh Dr. Awang Sariyan, tokoh yang memperjuangkan bahasa Melayu kita. Di dalam prakata beliau, beliau memetik kata penyusun buku ini, Muhammad Adnan Muhammad Ariffin yang menyentuh secara tidak langsung seorang penyusun bukan Melayu yang secara suka hatinya merobah-robah dengan sewenang-wenangnya keaslian peribahasa Melayu.

Walaupun tidak dinyatakan secara jelas, tapi Dr. Awang Sariyan yakin Muhammad Adnan merujuk kepada W.G. Shellabear yang menyusun Kitab Kiliran Budi dan juga Sejarah Melayu. Di dalam Kitab Kiliran Budilah, dibandingkan dengan Tikaman Bahasa.

Salah satu contoh peribahasa yang dianggap dicemarkan oleh Shellabear adalah “Burung gagak itu jikalau dimandikan dengan air mawar sekalipun tidak akan menjadi putih bulunya”, walhal peribahasa asal menurut Muhammad Adnan berbunyi “Gagak dimandikan dengan tujuh kali sehari sekalipun tidak akan putih”.

Hujah beliau, kata tujuh, dalam peribahasa itu ada kaitannya dengan pandangan hidup dan adat istiadat orang Melayu, seperti yang terungkap dalam benang tujuh warna dan mandi di tujuh pangkalan. Penggantian air mawar itu dengan sendirinya menyirnakan nilai budaya yang tesirat dalam peribahasa itu.

Itu pada tahun 1907, ketika Kitab Kiliran Budi diterbitkan. Sekarang dah 2007, dah 100 tahun, entah apa yang dah terjadi pada bahasa kita.

Kalau bukan kita yang menjaganya, siapa lagi?

Rain?

13 comments:

Bunga Rampai said...

Salam,

Satu penemuan yang menarik. Terima kasih entri ini.

Aik, Rain pun ada kat sini? Haha! Rain jual syampu jer Bro :))

Anonymous said...

nama saya rain..

Anonymous said...

tajuk lagu ni keindahan alam..the flybaits..

coklat~vanilla said...

memang sepatutnya kitalah yang menjaga 'warisan' TERpenting bg bangsa kita-MELAYU.tapi ada plak orang yang rasa gah & 'kewl' bila dapat sembang dlm bahasa penjajah sefasih mungkin (siap ada slang) walaupun dengan kaum sebangsa dengannya...dahtu, ajaq pulak anak2dr kecik cakap bahasa penjajah supaya senang menimba ilmu, agar menjadi lebih maju...kunun kerana ilmu donia ini banyak terdapat dlm bahasa si penjajah.sampaikan anak tu tak tau nak cakap bahasa ibunda apatah lagi nak mengenal lenggok bahasa kiasan warisan nenek moyangnya...

p/s:ada bangsa yang 100 kali maju teknologinya daripada teknologi si penjajah tanpa perlu mengagungkan bahasa depa pon....kan?

Butaseni@Wan Raja said...

uuuiiiii menarik buku ni.harus aku potostet.

aku suka dengan "burung gagak walau dimandikan dengan air mawar sekali pun,tidak akan menjadi putih" macam akuuuu ja.(kongkang)
hehehehe

Anonymous said...

seperti gagak yang kini pun sudah lupa yang dia tak kan putih walau disiram air mawar tujuh kali, kita pun sama..
makin lupa dengan apa yang kita ada pada kita..

jinggo said...

seperti gagak ka......
seperti dewa naga api biru.....

m i n e r a l . . . said...

ya jika bukan kita siapa lagi nk jaga indahnya bahasa melayu...

Pegawai Khalwat said...

BR
Rain? AJ punya angkara la ni.

Psss... kerana hadir dan cenderamata tu. Sayang sekali tak dapat bersua muka dan bertukar kata.

Anony
Terima kasih untuk tajuk lagi itu Rain. Ha ha.....

Cempakabiru
Ya.

Butaseni
Fotostet pun hang baca ka?

Jinggo
Api hijau adalah nyala yang paling panas, bukan biru.

Mineral
But u know, tak ramai yang sedar u see. Ha ha ha ha....

Butaseni@Wan Raja said...

memang aku tak baca.aku bukan ada masa kat office nak melepak ka,tengok wayang time kerja ka.hang takpa lah.

Unknown said...

bahasa melayu dah jadi bahasa malaysia. penghayatan dah kurang... siapa punya kerja? tepuk dahi ty la akal.
apa2 pon best kalau baca hikayat melayu lama.

jinggo said...

cukup la api biru......
tu pon dah mega hebat....
kalau ijau.....
fuhh,,,
mega-mega hebat la......
atau dah naik pangkat ka.....
la dah jadi api hijau kot......

Pegawai Khalwat said...

Butaseni
Yalah... yalah.... nanti aku main game dan layan webcam kat opis macam hang.

Halogamora
Kita kena didik anak-anak kita sama.

Jinggo
Ho ho.....