11 December 2007

Ulasan Yang Terpulas - Bangsawan Tengku Puteri Salasiah

Bangsawan Tengku Puteri Salasiah merupakan sebuah kerja berani Dato' Prof. Mohamad Ghouse Nasuruddin yang mengabaikan banyak elemen bangsawan. Elemen bangsawan ini pun sebenarnya masih tiada kata putus dari kalangan bijak pandai teater tradisi ini. Pengarah telah mengabaikan elemen 'kiok' bahasa dalam bangsawan, extra turn, tasmat, serta iringan muzik yang berterusan. Pun begitu, persembahan ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Cukuplah, kalau aku mengomen nanti panjang pula jadinya. Kita layan imejan.

Sultan Inderaloka gering. Menyerahkan takhtanya buat sementara kepada Tengku Temenggung sementara anakandanya Tengku Puteri Salasiah dewasa dan mampu mengambil pucuk pemerintahan.


Tengku Temenggung yang gila kuasa dan gila nafsu. Memperkudakan mak inang untuk kepuasan dan kepentingan dirinya.


Menggantikan extra turn. Aku tak tahu apa istilah bagi benda ni.


Tengku Puteri Salasiah sedang menuntut haknya untuk menduduki takhta. Lihat wajah Tengku Temenggung, bapa saudara tengku puteri yang amat jahat itu. Menggambarkan rasa tidak puas hati.


Babak silat tidak boleh diketepikan. Panglima Mendaling berbaju cerah dan berkulit cerah sedang bertarung dengan Tuan Tanah celaka yang berbaju gelap dan berkulit gelap. Berlaku penindasan di kampung-kampung oleh Tuan Tanah dan pegawai istana. Tengku Puteri Salasiah turun sendiri bersama Mak Inang dan Panglima Mendaling untuk menyiasat.


Dato' Bendahara mengadap Tengku Puteri Salasiah secara sembunyi dan menceritakan perihal yang telah berlaku kepada negara.

Inang-inang sedang bergurau senda.

Pakatan jahat antara Tengku Temenggung bersama Orang Kaya Laksamana, Orang Kaya Shahbandar dan Orang Kaya yang aku tak ingat namanya, untuk merampas takhta agar Tengku Temenggung menjadi Sultan yang sah. Lihat muka jahat Tengku Temenggung itu.

Mak Inang dan Panglima Mendaling sedang bercengkerama, bercinta-cinta sambil dihendap oleh Tengku Puteri Salasiah.


Babak pertarungan antara pengawal yang ingin membunuh Dato' Bendahara.

Pengarah sedang memegang watak penari yang mempersembahkan tarian di hadapan Sultan yang bakal ditabalkan.


Tengku Puteri Salasiah dibebaskan dari penjara oleh Mak Inang dan Inang, dan sedang berhadapan dengan bapa saudaranya.


Pertarungan maha ganas daripada Orang Kaya Laksamana dan Panglima Mendaling yang sama-sama hebat. Masing-masing harimau berantai Tengku Puteri dan Tengku Temenggung.


Giliran Tengku Temenggung pula menunjukkan kehebatannya kepada Panglima Mendaling. Malangnya, Tengku Temenggung bukan orang baik, maka dia kalah di tangan Panglima Mendaling dan diberkas.


Barisan pelakon yang menjayakan Tengku Puteri Salasiah.


24 comments:

Anonymous said...

sungguh hebat cerita itu kan4...? maha ganas

Anonymous said...

pi rahh..dr ghause syok sendiri..

Butaseni@Wan Raja said...

hahahahaha aku suka komen pasal tuan tanah tu hahahahaha.
ya aku berlakon bermati matian cerita ni atas dasar profesional walaupun aku amatur,tapi aku sangat setuju dengan hang,banyak elemen elemen penting serta trademark bangsawan diabaikan.aku lebih taksub dengan cara bangsawan yang biasa aku terlibat,dengan ayahnde Baha hahahahaha sebab sekarang giliran kita pula nak memelihara trademark tu sampai ke anak cucu.kalau kita take it for granted,generasi anak anak kita nanti kata purbawara tu bangsawan atau adlin amar ramli tu bangsawan :D

jinggo said...

oditorium p ramlee ada penonton setia.....
ada terdengar bunyi2
yang memang tak berapa suka bangsawan kali ni.........
aku tak berhak bercakap sebap aku pon tak tau apa........
tapi apa yang org cakap....
setengah dari pelakon cita tu....
sama saja sejak dari berapa tahun...
maksutnya bukan org yang sama....
tapi tak ada kemajuan dari segi lakonannya.....
sama saja dari sejak berapa tahun dah.....
itu lah watak dia dalam teater moden...
dan macam tu lajugak dalam bangsawan....
dan sama saja setiap kali pementasan......
aku cuba bertanya siapa.....
tapi jawapannya hampa.....tah la...
memang betul apa kata butaseni tu....
aku lebih suka bangsawan raden baha.....
tapi tak pa....
aku nak tunggu pulak bangsawan versi bakawalee pulak.....
tahun depan......

Unknown said...

rugi x pi...

m i n e r a l . . . said...

apa beza bangsawan dan teater?
bangsawan mesti cerita2 lama kah? teater harus dlm jln cerita dan custom lebih modern?

p/s : errr kirim salam kat inang2 yg sdg bergurau senda tu yerk..hehhe

Anonymous said...

bangsawan tu kalau nak ikutkan kajian yang sah adalah mengenai kisah raja2 saja, so apa2 crita tentang raja tu kira bangsawan la tu, tapi betul juga kalau takde kiok atau bahasa yang berbunga memang macam tak best la bro

Anonymous said...

teater ni bukan bangsawan tetapi ala bangsawan..macam teater keris milik syed alwi,Prof Ghause lebih penting teknikal n colourfullnya teater dia yg bab lakonan lantak pi la..itulah style dia,jadi bangsawan dah tukar jadi bangsa two..-dari anak buah ghause sendiri- prof..jangan mare..hehehe

Butaseni@Wan Raja said...

kepada anonymous.....
aku banyak setuju dengan kalian,tapi tunjukkan diri anda,jangan baling batu sembunyi tangan :)

~ GAB ~ said...

It's a good review. Come up with more. I'll come back later.

Anonymous said...

owh.. saya hanya mampu membaca. tanpa mengomen apa-apa.
tapi tak mengapa, saya suka membaca!!

yeay!!

DiaHarris said...

biler lar nk dpt tgk teater ni.. hhmm..

tegezoot said...

Sapa la aku nak komen pasai bangsawan, aku kenai bangsawan ni pun dgn hanya menonton beberapa persembahan seperti Si tanggang, 12 dayung petani, raja laksamana bentan, keris laksamana bentan, raja muda mati digantung, jula-juli bintang tujuh, Mahsuri, putri saadung, raden mas, bakawali dan latest tengku putri salasiah ni. Semuanya tak sepertimana yg Allahyarham Mak Minah ceritakan pada aku,semua berlakun pakai skrip, bukan improvisasi seperti yg dilakukan pada zaman beliau. Masing2 punya mazhab sendiri. Jadi siapalah kita nak tentukan 'kiok' itu bangsawan, extra-turn itu bangsawan dan macam2 lagi perkara yg perlu ada barulah dikira bangsawan. Yg jelas KITA TAK ADA MASA TU. Bagaimana utk memuaskan hati semua org? Mana mungkin! Dan sebagai pelakun kita harus akur pada kehendak pengarah, walau kadang2 menyimpang dari kebiasaan. Kita semua baru setahun jagung sebenarnya, masih banyak jalanan yg perlu dilalui, masih luas lautan perlu direntasi, masih tinggi puncak hendak didaki. Jangan mati kehausan ditengah jalan sebab terlalu banyak bercakap.

Pegawai Khalwat said...

Anony
Hummm......

Butaseni
Ha ha ha.... stunt pun bukan trade mark bangsawan tau.

Jinggo
Versi Bakawalee? Sapa tu? Bila depa nak buat?

Gab
Come back again. And again. And again. And again. And....

Rena
Bacaan bergambar lagi senang ingat.

Naughty Babe
Bila ada teater kami habaq kat hang.

Tegezoot
Macam mana hang rasa Mak Yong tanpa mengadap rebab?

Atau Boria tanpa sketsa?

Begitu jugak la bangsawan. Apa yang membezakan zaman dulu dengan zaman sekarang adalah kekangan-kekangan yang memang tidak dapat dielakkan.

Bangsawan dulu semua improvise saja kerana meraka hidup sebagai anak bangsawan. Membuat persembahan dari satu tempat ke satu tempat. Semua cerita sudah dalam kepala. Sekarang pun boleh improvise, kerana kita juga ada penggiat teater sepenuh masa. Tapi jika mereka berlakin bangsawan, adakah mereka boleh hidup dengan bermain bangsawan?

Oleh itu bangsawan kini tidak lagi macam dulu. Maka perlukan skrip. Tapi atas usaha orang lama dan baru, maka keaslian bangsawan itu dikekalkan sedikit sebanyak. Misalnya 'kiok', pakaian, cara pergerakan, tasmat, tirai, extra turn, iringan muzik yang berterusan dan sebagainya.

Jadi pada aku, pengabaian elemen-elemen ini haruslah dilakukan sekiranya ada kekangan yang tidak dapat dielakkan. Kewangan misalnya, atau pelakon yang memang kurang pengalaman misalnya.

Pengabaian dengan sengaja? Adakah boleh diterima? Molek kiranya kita isytiharkan saja sebagai bangsawan kontemporari, bangsawan moden, bangsawan eksperimental atau apa saja. Tapi tidak bangsawan. Kerana ia akan membawa konotasi bahawa bangsawan itu bangsawan yang sepatutnya kita kenal.

Bagaimana kalau kita menonton boria, yang tiba-tiba tiada sketsa. Atau sketsanya dibuat dengan penuh tragis, sedih atau marah. lagu-lagunya pula walau dalam bentuk pantun boria, tapi menggunakan progresif rock, hip hop, gamelan dan sebagainya.

Adakah kita akan mengiktiraf itu sebagai boria? Mungkin lebih diterima jika dipanggil, boria kontemporari.

Itu pendapat aku.

blackpurple @ jowopinter said...

Nak tanya, Tengku Puteri Salasiah ini watak yang direka atau memang dia yang ada dalam sejarah ek?

Qaseh Bidadari said...

x faham sangat tp mama akan buat2 faham...hehehe...

tegezoot said...

Aku setuju dgn pendapat ang tentang perlu diletakkan perkataan 'kontemporari'. Tapi... etika sebagai seorang pelakun pulak macam mana? Perlu ikut kehendak pengarah atau ikut kehendak kelaziman bangsawan atau ikut suka mak bapak aku?

pelakun keliru.penang.

Anonymous said...

cuba layan short niee kasi komen skit
http://www.kamalariffin.blogspot.com/

Anonymous said...

na na ne ra ne ra ne ra...

Pegawai Khalwat said...

BP
Direka. Sebab dia dari negara Inderaloka. Negeri Inderapura ada la.

Tegezoot
Ikut kelaziman bangsawan. Kecualilah pengarah sendiri yang memang tak nak ikut kelaziman tu.

Jangan ikut suka mak bapak. Pengarah kan ada.

Anony
Hu hu hu.....

wanie_agk said...

aku harap suatu hari nanti aku akan punya masa untuk menonton persembahan produksi kau.

artisticklytouch said...

Ini adalah pementasan Bangsawan yang paling mendukacitakan..kesimpulannya...semua karya2nya mendukacitakan (kalau dia arah sendirilah, kalau orang lain arah, tiba2 cerita tu jadi best)

Pegawai Khalwat said...

Wanie_agk
Insyaallah, kalau ada rezeki. Bersualah kita. Kami pun nak tengok juga hang basking kat CM.

Art
Dulu dia hebat. Kata orang.
Kata orang. Dulu dia hebat.

Bunga Rampai said...

Salam,

Hadir.

Tertarik dengan balasan untuk komen Tegezoot.

Moga 2008, teater Melayu lebih menyerlah.