27 October 2008

Ulasan Yang Terpulas - Sofea

Agak lama juga aku tigak menonton teater. Dan agak lama juga tidak membuat ulasan syok sendiri teater yang aku tonton. Semalam, bertempat di Taman Budaya Perlis, kumpulan Budayasari dari Pulau Pinang telah mementaskan teater Sofea, adaptasi daripada naskhah Dalam Kehadiran Sofea nukilan Razali Ridzuan.

Mazlan (kanan) dan Hisham (Suami Sofea) sedang bertengkar.

Mengisahkan Sofea yang katanya diperhambakan oleh suaminya sendiri untuk melacur. Sofea dicintai oleh Mazlan, usahawan kaya. Sofea ada kawan-kawan mak nyah yang turut melacur di samping pelacur veteran yang baik denganya. Sofea ada pelacur yang dengki dengannya yang sentiasa laku dan dicintai orang kaya. Sofea, Sofea, Sofea.

Kehadiran Yus Raja Lawak Astro musim 1 menggamatkan suasana.

Semua Sofea. Tajuknya pun Sofea. Cerita ini sepatutnya tentang Sofea. Tapi aku pastinya ada anomali kerana seni itu subjektif. Kerana rasanya Sofea itu agak kurang terangkat. Tidak adillah aku menyalahkan produksi itu. Watak utamanya masih baru, baru dua kali memegang watak dalam teater. Ini percubaan pertama beliau sebagai watak utama yang berat. Pengarah Anissobri, walau orang lama dalam dunia teater, tapi inilah pengarahan pertama beliau. Jadi pastinya ada kekurangan.

Adegan bersama pelanggan.

Tetapi, sepertimana prinsip aku bila membuat satu-satu persembahan, buat yang terbaik kerana penonton yang datang tidak tahu masalah yang dihadapi oleh produksi itu. Aku yang berada di antara penonton yang sedemikian adakala dapat merasa resah mereka yang mengeluh kerana persembahan yang meleret-leret. Cuma ada ketika mereka gembira digeletek oleh aksi mak nyah, tauke serta beberapa pemain lain, yang watak mereka memang dibina untuk berdiri sendiri. Maknanya. Pisahkan watak mereka dan watak Mazlan, Hisham dan Sofea, cerita itu masih boleh berdiri sendiri.

Untungnya kerana kini di Tanjung sudah ada beberapa kumpulan yang mampu bergerak sendiri untuk menghasilkan pementasan. Biarpun yang berlakon itu dari pelbagai kumpulan yang berbeza, namun sekurang-kurangnya sudah ada kepelbagaian di dalam genre pementasan. Tahniah pada produksi ini. Teruskan lagi.

13 comments:

artisticklytouch said...

sofea lagi!!!! hmmmmmm....and as per picture...takde perubahan pung!! hmmmmmm.....

jinggo said...

no komennnn....

Anak Antu Seni said...

logik sangat ka cerita ni ?

Pegawai Khalwat said...

Art
No komeng!

Jinggo
Apa tiru!

Anak Antu Seni
Logik tapi tak sangat.

blackpurple @ jowopinter said...

Aku tak tengok. Jadi, aku tak tau nak komen apa. Tapi, aku suka nama 'Sofea' itu :D

tegezoot said...

mee maggi
cepat dimasak,
sedap ke dimakan?

Butaseni@Wan Raja said...

penulis skrip pasti bangga

tegezoot said...

butaseni- Aih! apapun kita slow talk dulu...

PuTeRi CaHaYa said...

herm...kita tunggu plak yg terbaru..
apa nak jd..yerk?

tungguu...

Nurbaya Hassan said...

asyik naskah yg sama jer..........
sudah kekurangan cerita untuk di pentaskan kah????
ermmmmmmmm.........

Ku Keng said...

Dulu Sofia penyanyai terkenal.

Bunga Rampai said...

Saya juga suka nama Sofea. Ada kelembutan dan keayuan di sebalik nama itu.

Salam :)

she said...

askum..

thank you for the wonderful post for dalam kehadiran sofea.rasa bangga sangat..itulah teater yg aku pentaskan dalam festival teater kebangsaan 2002..aku bangga akulah sofea tu..abg aku,razali,dan kawan2 yg terlibat pasti tau asalnya dalam kehadiran sofea..terima kasih..teringat zaman muda..