20 January 2009

Pasca Rekaan Utama 1

Rekaaan Utama dah habis. Dan banyak perkara yang aku tidak berpuas hati, terutamanya dari segi lakonan, campur tangan kuasa asing, serta sesetengah audien yang bermentaliti kampung.

Aku rasa aku memang pengarah yang teruk. Kerana aku tidak dapat membentuk pelakon aku menjadi seperti mana yang aku hajatkan untuk sesuatu watak itu. Mungkin ada halangan mental dalam kepala otak aku yang sentiasa berbisik dan berkata, ‘mereka ini suka-suka saja join teater. Mereka tak dibayar, mereka dah banyak buat pengorbanan’, maka dalam banyak ketika aku mengabaikan saja kehendak artistik aku. Demi menghormati pengorbanan mereka ini.

Aku rasa seolah-olah tidak patut memarahi atau memaki orang yang sukarela melakukan sesuatu. Dahlah orang tu sukarela, lepas tu kena maki hamun lagi. Natijahnya, dapatlah hasil lakonan yang macam celaka. Ya, aku memang pengarah yang teruk. Tapi aku rasa marah-marah dan maki-maki ini tidak perlu bagi seorang pengarah. Ada banyak cara lain yang boleh diterokai. Nordin Hassan tidak pernah maki hamun para pelakonnya. Beliau kerap bersuara dengan sinis tetapi lembut. Tetapi harus diingat para pelakon beliau kebanyakannya orang lama yang bukan muda belia lagi.

Tetapi adakah cukup masa meneroka cara untuk mengarah seseorang pelakon kalau masa latihan cuma kurang dari tiga bulan. Itu pun 3 kali seminggu dan 2 jam setiap kali latihan. Cukup? Seorang pelakon, mungkin boleh. Dua orang, mungkin boleh. Tiga, empat, lima, enam? Mungkin di sinilah wujudnya peranan jurulatih lakon. Itulah salah satu bidang tugas yang aku tak dapat wujudkan. Ya, aku memang pengarah yang teruk.

Dan ditambah lagi dengan campur tangan kuasa asing yang suka mengacau keputusan artistik yang telah aku buat. Keputusan ini bukan sahaja pada nilai artistik tetapi juga pada tujuan naskhah itu dipentaskan. Ada orang berpendapat, naskhah yang dipentaskan haruslah dari bentuk yang boleh menarik perhatian orang serta mudah dihadam. Kalau ketawa, biar penonton yang datang boleh ketawa. Kalau sedih biar penonton yang datang boleh menangis sedih. Persetankanlah mainan ideologi, mesej tersirat atau apa saja perkara-perkara lain yang boleh diteroka oleh para aktivis ini. Jadilah katak on kembang kuncup kembang kuncup di bawah mangkuk kaca lut sinar. Akhirnya katak pun jadi mangkuk.

Aku sebenarnya bukan tidak bersetuju dengan teater-teater yang menggembirakan atau menyedihkan itu. Aku sangat setuju supaya setiap lakonan mempunyai rasa; memetik kata-kata Khalid Salleh dan Dr. Samat Salleh (lain-lain bapa). Lakonan yang berasa akan menghasilkan rasa kepada penonton. Lakonan para pelakon Rekaan Utama belum cukup rasa. Tetapi bagi sesetengah audien, lakonan mereka mungkin sudah cukup hebat. Tidak bagi aku.

Maka, kalau setakat menghasilkan sebuah cerita yang boleh menjentik rasa penonton, tidaklah susah mana. Tambahan lagi yang datang itu rata-rata orang yang tidak terlibat secara langsung dengan teater. Maka apa yang dilihat tidak cacat di atas pentas, sampailah rasanya. Samalah seperti orang yang tidak terlibat di dalam filem, mana-mana saja syot yang nampak cantik dan lakonan yang syok, maka sampailah rasanya.

Maksud aku di sini, cerita-cerita begini kalau tidak kena gaya akan memperbodohkan penonton. Penonton datang cuma melihat kulit yang cantik tetapi otaknya lompong. Sekali sekala bolehlah untuk merehatkan otak. Tapi kalau tiap-tiap kali pementasan macam tu? Nanti ada orang kata pula, tidak semua orang itu kesukaannya sama. Benar sekali. Tapi adakah jika seseorang itu sukan makan makanan segera yang lazat di lidah, maka kita akan menggalakkannya lagi?

Inilah campur tangan yang aku maksudkan. Campur tangan yang lebih bimbangkan bilangan penonton berkurangan dek tidak faham menonton teater yang mungkin terlalu pelik dan intelek. Tetapi tidak pula bimbangkan aktivis yang menghasilkan pementasan sekadar mahu menarik penonton. Aku bukannya tidak buat kajian khalayak. Aku mungkin tidak tahu secara terperinci kehendak penontin tetapi aku yakin ramai penonton tidak suka diperbodohkan. Atau mungkin aku yang silap.

Satu lagi perkara yang menjengkelkan aku bila mana mentaliti kampung (aku bukan anti kampung, aku juga anak kampung dan suka tinggal di kampung), yang suka meminta diskaun. RM 5 pun nak diskaun? Dah diskaun, nak lagi tiket free. RM 5 budak-budak sekarang ni dah boleh top up kredit telefon bila-bila masa saja. Makan nasi kandar paling murah pun RM 5 ( kecuali makan nasi kosong dengan kuah dal saja). Beli Marlboro 14 pun mahal lagi (aku tak tahu berapa harganya sebab aku tak merokok). Tetapi masih hendak diskaun?

Sepanjang pementasan,ada satu peristiwa yang sangat mengesankan hati kami ahli produksi. Pertama, penonton yang hadir rata-rata dari pelbagai peringkat umur, namun ramai yang masih belia dan remaja. Ada yang dijemput, ada yang walk-in. Orang-orang kampung sekitar yang biasanya memenuhi pementasan percuma, hampir tidak ada dek RM 5.

Tetapi ada dua beradik dari sekolah rendah; adik dan abang, datang membayar tiket RM 5 untuk menonton pementasan ini. Mereka tidak minta diskaun, dan tidak pula tanya kadar untuk kanak-kanak. Bila dimaklumkan harga tiket adalah RM 5 untuk seorang. Masing-masing beralah mahu salah seorang dari mereka masuk tengok. Budak-budak pun sanggup bayar RM 5! Agaknya kalau harga yang kami letak sama dengan harga teater geng Rumah Anak Teater atau Vitamin, mampus nak ada orang datang.

Sekian dahulu bebelan aku sebagai ganti entri yang tertangguh sebelum-sebelum ini. Entri bergambar akan datang kemudian. Sekarang aku nak fikir benda lain pulak.

16 comments:

Aloy Paradoks said...

kalau benar pa yg dikata,, mmg waktu tu terlalu tak cukup utk memantapkan sesebuah teater secara rohaninya, secara fizikal mungkin ya..

gua terkilan sbb tak dapat tengok rekaan utama, gua mmg teringan nak tengok rekaan utama di tangan dan otak pengarah lain,tapi gua tak mampu kesana..

lu sebagai pengarah berhak rasa tak puas hati..

jinggo said...

aku tak mau kata apa...........
nanti org kata aku jahat.........

satu pengorbanan demi seni.....

kepuasannya memang belum tentu kita dapat kecuali semua org mencari kepuasan itu dengan iklas dan jujur...........

Nyda Zamani said...

u r a great director la..
why said like that??
huhuhu...
yg lepas tu pengalaman yg berharga untuk masa depan
sama2 usaha and kerja keras untuk hasilkan pementasan yang terbaik
SM yg baek hati ni sntiasa menyokong dan akan terus berjuang..hehe
idop bakawalee!!

p/s: sori la sbb jd SM yg 'baek hati' sgt...sy akan cuba blaja lagi..huhuhu

tegezoot said...

aku pun akan jd pembuat props yg baik hati lepas nih!

Anak Antu Seni said...

aku akan jadi pelakon yang baek hati.. asal ada makan cukup !

Pegawai Khalwat said...

Aloy
Ini bukan rasa tak puas hati kerana aku rasa aku boleh buat lebih baik, tetapi kerana usaha aku untuk buat yang lebih baik tidak tercapai.

Jinggo
Hang tak jahat, hang nakal.

Nida
Great? Gerit ada la.

Tegezoot
Hang memang baik hati dah. Kalau tidak masakan......

Anak Antu
Kali ni kita akan kurangkan makan, lebihkan latihan!

artsoul said...

kita tak bole nak puaskan hati semua orang, mcm yg hang slalu ckp la...we do not asked to be praised only a little kind reconization...

Pegawai Khalwat said...

Artsoul
Habis kalau diri sendiri pun tak puas hati apa hal pulak?

Sastri said...

tak apa... masih boleh diperbaiki lagi skilmu itu...

Izariza said...

Salam,

Semoga segala usaha membuahkan hasil terlumayan. Hidup ini kalau tiada dugaan, rintangan tiada indah!
Semoga sukses ye?

p/s: ini teratak baru hamba

Fasyali Fadzly said...

sabar je abang. itu yang bestnya buat teater. kita kena struggle. itu baru thrill.. ala, kitorang kat sini pun ada yang mintak tix free. biasa la. budaya org m'sia. suka benda free je..

Ku Keng said...

Anehnya, bila bila ekor tak minta diskaun!

Pegawai Khalwat said...

Sas
Terima kasih sas...

Izariza
Terima kasih jua.

Vitamin
Aku dah biasa benda-benda macam ni. Tapi sekali-sekala sengaja nak highlight pada orang yang tak biasa atau tak sedar apa yang depa buat.

Pss... Insyaallah aku akan tengok show KoKen sabtu ni. Kalau ada kesempatan hang kat sana, jumpa lagi kita.

Keng
Yang tu saya tak sedar!

Butaseni@Wan Raja said...

apa kata bakawalee bayar elaun latihan dan bonus pelakon setiap kali habis show,gerenti semua kerja macam pro hihihihi :P

hampa kan dah kaya hahahahaha

Butaseni@Wan Raja said...

ops lupa,buat macam satu kumpulan kat penang tu,pelakon amatur bayar harga lain,"artis" harga lain.baru ramai mai tengok hahahahaha

artisticklytouch said...

dulu sebelum ada bayaran, dicadangkan dibayar supaya dapat meningkatkan mutu lakonan, sekarang dah dibayar, sama je mutu lakonannya, perlu ke dibayar bonus segala ittew? nanti bila mutu dipertikaikan 4 5 tahun lagi, mintak keta and rumah plak...

kenapa tak cadangkan pendedahan pelakon kepada dunia teater di luar penang, penghantaran pelakon untuk berbengkel di luar penang, penggalakkan pelakon menjadi jurulatih asas lakonan, sekurang-kurangnya mereka melatih diri sendiri sebelum melatih orang lain