16 March 2009

Teater Itu Komunikasi

Entri ini merupakan jawapan aku kepada soalan oleh Sengal Ubi berkenaan betapa peningnya kepada otak memilih naskhah untuk dipentaskan. Bagi menjawab soalan itu, biarlah aku rungkaikan dahulu kronologi aku sebagai penggila teater.

Aku gilakan teater mungkin sejak dari sekolah rendah dan menengah lagi. Pada waktu itu, semestinya aku tidak tahu apa itu teater. Sekolah rendah aku banyak ikut arahan guru dan sekolah menengah aku banyak hasilkan sketsa ikut suka aku. Pendidikan yang agak formal aku terima adalah sewaktu aku menuntut di IPT. Itupun sebab atas dasar minat dan suka-suka. Maka tahulah kepentingan latihan vokal, senaman dan sebagainya. Tetapi masih atas dasar suka-suka.

Oleh itu pada waktu itu, bila memilih naskhah untuk dipentaskan di Festival Teater khasnya (waktu itu masih Pekan Teater), kami akan memilih naskhah yang kami rasa mudah dipentaskan. Bilangan pelakon dalam skrip mengikut jumlah pelakon yang ada di dalam produksi, set yang mampu kami buat, dan mengikut kadar bajet yang mampu kami keluarkan. Pada masa itu, yang paling penting adalah seronok berteater. Maka hasil pementasan untuk sebuah festival, jadi hampas.

Bila aku habis belajar, dan mula bergiat sebagai aktivis teater, aku tidak lagi tertumpu kepada pementasan pada waktu festival sahaja. Maka aku hasilkan skrip yang avant-grade kononnya, tujuannya supaya audien akan kata ‘wow inilah teater moden!’. Pada hal naskhah karya aku langsung tidak difahami oleh audien pada waktu itu.

Pendek kata, aku dan rakan-rakan seolah melancap sendirian, untuk keseronokan sendiri saja. Aku rasa inilah analogi yang paling tepat.

Selepas itu, barulah aku sedar, setelah seorang mentor aku berkata, ‘teater itu komunikasi’. Kita mesti tahu tujuan kita berteater. Adakah kita ingin menyampaikan sesuatu di dalam pementasan itu. Atau adakah kita mahu orang berasa kagum dengan lakonan, pengarahan atau unsur-unsur kekaguman yang kita persembahkan. Atau adakah kita mahu orang gembira dan ketawa dengan persembahan kita. Atau seribu macam atau lagi yang boleh aku utarakan di sini.

Tapi bagi aku, teater itu satu komunikasi. Aku hasilkan skrip teater sendiri, aku mengarah sendiri kerana aku ingin sampaikan sesuatu kepada audien. Jika apa yang aku ingin sampaikan itu tidak sampai, maka aku gagal. Tapi pada masa yang sama, aku tidak pula mahu terlalu menyuap pada audien ini dengan terlalu mudah seperti sesetengah cerita yang berlandaskan realisme semata-mata. Aku suka sesuatu yang eksperimental dan kalau realisme pun, yang penuh dengan perlambangan agar audien dapat berfikir.

Maka, aku kini melihat kepada audien yang akan menonton pementasan kami. Dan aku memilih skrip yang tidak terlalu berat dan tidak terlalu ringan untuk disajikan kepada mereka. Mungkin sedikit masa lagi, setelah audien ini telah lama terdidik, maka aku atau generasi akan datang akan dapat menghasilkan pementasan yang non-realisme tetapi masih dapat diterima dan dicernakan oleh audien.

Maka berbalik kepada pertanyaan Sengal Ubi, bagaimana memilih karya, haruslah melihat kepada beberapa perkara. Pertama, niat kau menghasilkan pementasan itu. Kedua, siapa lien kau? Apakah diminta oleh pihak pentadbiran, kelab lain, atau sendiri mau buat. Kerana klien itu biasanya ada kehendak tersendiri di dalam apa yang kita ingin pentaskan. Itulah keistimewaan hak klien. Ketiga, kemampuan pasukan produksi kau. Jika kau berhasrat mementaskan Mana Setangginya oleh Nordin Hassan, apakah pasukan kau mampu untuk merealisasikannya. Setakat kau saja tahu apa yang nak dibuat tidak cukup kalau tidak didokong oleh ahli pasukan. Dan keempat, siapa audien kau. Kalau kau rasa penerimaan audien kau tidak penting, maka abaikan saja sebab yang keempat ini.

Itulah empat sebab utama yang menjadi pegangan aku. Biasanya aku akan melihat pada niat, audien, kemampuan produksi dan barulah kehendak klien. Kerana biasanya aku dan pada sahabat tidak buat teater atas permintaan klien. Banyak sangat nanti songehnya. Keadaan aku sebagai aktivis mungkin berbeza.

Ini pendapat aku. Pendapat Namron mungkin berbeza bila dia menghasilkan Projek KoKen Vol. 1. Pendapat Erma Fatima mungkin berbeza bila dia menghasilkan Sirah Junjungan. Aku bercakap sebagai penggila teater yang tidak pernah belajar ilmu teater dari mana-mana. Aku belajar dari pengalaman otai teater dan kawan-kawan yang masih ada. Aku sendiri masih belajar.

Kita sama-sama belajar.

11 comments:

Aloy Paradoks said...

aku juga belajar...

Sengal Ubi said...

terima kasih atas jawapan =)

kami juga belajar...

artisticklytouch said...

aku share pendapat aku di bakawalee-tetamu

ryann said...

belajar ilmu teater tapi masih tk cukup. sentiasa tak cukup

ryann said...

belajar ilmu teater tapi masih tk cukup. sentiasa tak cukup

tegezoot said...

tu yg dikatakan dewa tu...

tegezoot said...

alamat ramai yg murtad lepas ni hehehe

Bunga Rampai said...

Salam,

Tulisan yang sangat jujur dan saya terhibur membacanya. Paling penting - saya juga dapat ilmu dari entri ini.

1)Jika kau berhasrat mementaskan Mana Setangginya oleh Nordin Hassan, apakah pasukan kau mampu untuk merealisasikannya.

Apa yang dimaksudkan dengan 'merealisasikan' dalam konteks teater?

2) Komen Bro untuk entri saya "Cerita Boneka dan Seorang Tua" - cerita ceriti, taik mata buat inti. Ndoi ndoi cak, cak makan padi.

Sungguh saya tak faham maksudnya! Mohon penjelasan. Tq.

sinaganaga said...

beronani seni, ha ha

Pegawai Khalwat said...

Aloy paradoks
Bezanya kau belajar dari hang.

Sengal Ubi
Jawapan orang tak cukup ilmu.

Art
Yeah.

Ryann
Ilmu apa pun kita belajar sentiasa tak cukup. Semakin ditambah, semakin dahaga.

Tegezoot
Hang bapak dewa!

BR
Terima kasih.

Merealisasikan teater kalau dari kaca mata saya secara mudahnya bermaksud berjaya mementaskan sebuah naskhah. Tapi tahap prosesnya pasti berbeza mengikut organisasi. Kalau broadway, pasti berbeza dengan istana budaya, berbeza dengan kumpulan amatur, berbeza dengan individu.

2. maksud komen saya lebih kepada seloka orang sebelah utara. Tiada maksud tertentu.

Naga
jaga-jaga takut hang pun onani seni.

The Island of NAMOYAKI, said...

berteater itu berkomunikasi dengan siapa?

berteater itu berkomunikasi sesama siapa?

berteater itu berkomunikasi dengan apa?


dan...