04 May 2009

Menjaga Tepi Kain Orang Atau Sendiri?

Dulu, ada pepatah jaga tepi kain orang. Dan orang yang menjaga tepi kain orang selalu dikaitkan sebagai individu yang tidak molek sifatnya. Di kampung-kampung kalau ada makcik-makcik yang bertandang dan bercakap tentang hal orang lain, akan dianggap jahat mulut. Begitu juga pakcik-pakcik di kedai kopi, di tangga surau atau di mana-mana saja. Sebab itulah ada kata-kata ‘jangan jaga tepi kain orang’.

Bila negara ini makin moden, kampung-kampung di kawasan bandar makin berkurangan. Kalau ada pun dah naik jadi rumah flet. Masih tebal lagi sifat menjaga tepi kain orang ini. Mungkin modus operandinya saja berbeza. Cerita bertukar-tukar di pasar minggu, atau pasar basah, atau di surau, atau di warung tepi jalan. Isinya tetap sama, menjaga tepi kain orang.

Masa itu kita anggap ini bukanlah satu perbuatan yang mulia.

Tapi masa kini, terutamanya di bandar-bandar, amalan yang kita anggap tidak mulia itu dah semakin menghilang. Ada sesetengah keluarga malahan tidak kenal siapa yang tinggal di sebelah rumahnya, atau berdepan rumahnya. Kadang-kadang buat kenduri (bahasa yang enak untuk parti) hari lahir, atau sambutan hari raya, jiran sebelah dan depan rumah langsung tak dijemput. Yang hadir kawan-kawan pejabat atau kenalan-kenalan lain.

Ada juga sesetengahnya, bila tuan rumah sebelah berpindah dan berganti dengan tuan rumah yang lain (senario biasa bagi rumah sewa), masih tidak kenal siapa yang menginap walau mungkin dah empat ke lima kali bertukar orang. Kalau dengar orang menjerit kena pukul pun rasanya tak akan ada yang peduli kecuali kalau terdengar letusan senjata api.

Sebab itulah di Barat, diajar kepada para wanita (mungkin juga lelaki) yang cuba dirogol agar menjeritkan api! api! api! daripada menjerit tolong! Tolong! (mungkin benda yang sama di ajar di sini, tapi aku tak tahu kerana aku tidak risau sangat bab di rogol ni).

Menjaga tepi kain orang dah semakin menghilang. Kini menjaga tepi kain sendiri. Tapi adakah sehingga ke tahap ini kita mahu menjaga tepi kain sendiri?

14 comments:

jinggo said...

amalan yang tak baik tu kadang-kadang tu ada baiknya jugak....?

Anonymous said...

saya pulak orang lain sibuk nak jenguk tepi kain dan masuk dalam kain...suasah susah...

artisticklytouch said...

weh, KC! takdak sapa berangan masuk kain hang ar hahahahaha toyalah!!

aku mengaku, aku tak kenal jiran hehe sejak dia pindah, aku tak pernah tegur tapi diaorang pun takde usaha nak tegur aku (tetap nak salahkan orang kan!!)

tapi jiran yang satu lagi aku kenal. diaorang cina. kitaorang buat kenduri dia datang. Raya cina dia bagi hamper hehehe

jiran satu lagi tuh polis, dia ada pistol, pandailah dia jaga diri

api! api! api! aku kena praktis neh bila nampak KC hahahahaha

Aloy Paradoks said...

takkan lu tak terpikir langsung,,, kalau kalau lu akan dirogol?

ryann said...

dilema kan

artisticklytouch said...

PK kena rogol wakakakakkaka atas pentas pun takdak sapa berani buat wakakkaka

lizz said...

takutkan hantu atau takutkan dirogol? oh, aku pilih takutkan hantu. wakakaka!

Pegawai Khalwat said...

Jinggomacam tu la gamaknya.

AhmadfadliBiarlah orang jengok.

ArtHa elok hang praktis. KC dia rakus sket.

Aloy ParadoksLu punya komen buat gua terpikir...

RyannDilema tanpa sedar.

ArtHa ha ha... cilaka lu..

LizzKalau hantu tu yang merogol?

Malaysia Tanahairku said...

Saya tak suka jaga tepi kain orang sebab takut terpegang anggota badan yang terlarang, contohnya perut.


Antara orang yg sensitif perutnya dipegang ialah Penjejak Badai

tegezoot said...

KC rakus? hahahahhaha

m i n e r a l . . . said...

jaga tepi kain org = mengumpat

kenal jiran tetangga = harmoni/muhibbah

ramai kenalan = peramah

suka baca blog org = bloggers jejeje.

syukur jiran tetangga aku bagus... kenal semua dan tak lokek nk bertegur sapa, walaupun aku br pindah sini.

Bunga Rampai said...

Kekadang, tepi kain sendiri pun tak terjaga! :D

Sengal Ubi said...

dulu masa aku matrik dekat tangkak, banyak gila jualan kain murah.

motif?

Anonymous said...

tegezoot dan artistickly touch : KC tak rakus,tapi selalu dirakusi..dah nasib badan :-(...