13 July 2009

Ulasan Yang Terpulas - Dusta Pada Skala 1 Hingga 10

Berteater ketika banjir!

Tahap kepuasan apa lagi yang kalian mahu kalau setinggi itu komitmen dan semangat ahli produksi Bakawalee. Malahan panel penilai sendiri sanggup meredah banjir untuk menilai teater yang kami pentaskan.

Dan aku memang puas hati dengan apa yang telah dipentaskan oleh para pelakon serta komitmen ahli produksi yang lain. Komen audien pastinya berbeza dengan komen penilai. Dan aku ambil apa saja yang dikomen oleh sesiapa saja untuk meningkatkan mutu pengarahan, lakonan dan segala yang sewaktu dengannya.

Terima kasih kepada penonton yang datang awal sebelum banjir dan yang sanggup meredah banjir untuk menonton. Aku juga mohon maaf pada Senandika kerana tak dapat menyediakan bot untuk membawa kalian menonton. Kalian datang dari jauh, tetapi tak dapat menunaikan hajat utama. Harapnya lepas ini janganlah serik lagi.

Kalah atau menang, itu bukan persoalan. Kami dah buat yang terbaik. Kalau penilai merasakan kami adalah yang terbaik daripada yang baik, maka menanglah. Kalau tidak, kami tetap sangat berpuas hati.

Tukaran akan datang - Serakah, SICK GDW Kg. Contoh. 17 Julai 2009.

18 comments:

Deana Amane said...

en usop!

memang sgt berpuas hati!bile nak buat dusta lagi?

Claire said...

:) nsb baik saya datang awal sket. Yang penting masing2 rasa puas hati. Nothing else matter, yes? ;)

Anak Antu Seni said...

anugerah bukanlah ukuran kehebatan seseorang manusia tetapi sumbangan yang diberikan

Nyda Zamani said...

bakawalee memang BEST!!
yay!!

Nyda Zamani said...

wah!ade org semangat nak buat dusta lagi skali
hehehe..

Sengal Ubi said...

pegawai khalwat, mungkin takde rezeki tahun ni nak tengok bakawalee perform untuk festival teater pulau pinang. tapi insyaAllah, senandika tak seri nak datang lagi, cuma kena check cuaca untuk malam perform tu la kot.

abu musarrif bin abu bakar said...

kena ada beach boy ni..

Deana Amane said...

claire - u pnye timing mmg cantik mlm tu!

anak antu seni - btul2!

nyda - mmg rs mcm nk buat lg!hehehe..semangat!

sengal ubi - lain kali dengar ckp k nida, kan x pasal2 x dpt tgk kami perform!

abu - hang ni mmg suke enter frame la..

en usop tq ye sbb prcaya kat kami semua...

Anak Antu Seni said...

ni sapa punya blog ni ?

Pegawai Khalwat said...

Misa Amane
Kalau buat pun aku nanti pakai rantai tu saja. Letih nak buat set dengan props.

Claire
Everything matters.

Anak Antu Seni
Kalau hang menang anugerah, macam mana?

Nyda
SENANDIKA memang best!! yay!
Kalau buat sekali lagi, Nida desgin lx lak.

Sengal Ubi
Terima kasih kerana datang. Cuaca memang tak bole diramal. Pagi tu kan ok je kan? Tapi kalau masuk awal sikit, memang sempat. Tambahan pukul 11 air dah surut.

Abu Musarif
Bukan banjir kat beach, buat apa beach boy.

Misa Amane
Uihhh ada lagi?

Anak Antu Seni
Blog awam.

Anonymous said...

PK,

daun selasih yang dimakan kuda itu yang seringkali menjadi igauan mimpi, kini menjadi sudah nyata,

batang selasih yang sering menjadi permainan budak itu, kini juga sudah menjadi mimpi yang nyata,

tiadalah niat dihati mahu melawan takdir, tiadalah dihati niat mahu berpisah,

walau dimana dan apa jua duduk perkara, seribu tahun akan pasti kembali juga,

melukut kami ditepi air serta mengenagkan segala peristiwa duka-lara,
ditahan dan dinasihati aku oleh Pegawai Penguasa untuk TIDAK melintasi titi yang sudah separas dada,
bercerai kasih, talak tiada, seribu tahun kembali juga,

maafkan kami semua :(

ZR

artsoul said...

nasib baik pengarah puas hati..fuhhhh lega..

PuTeRi CaHaYa said...

huhu...pusing punya pusing..

masuk blah stdium...x dpt, masuk blah skolah al mshi, x blh...kot blah sg ..lg la x boleh...

atas nasihat org...tpksa balik mcm tu je, sbb bwa Balqis, klu balqis x ikut, dah redah dah..huhu..

syg tol...anyway, moga yg tbaik

tegezoot said...

set saja boleh bawa kemenangan, blom kira aspek lain lagi tu...

apapun enjoy tengok kawan2 kena rantai hahahhahaha

Pegawai Khalwat said...

ZR
Ingatkan 4x4 tu boleh redah banjir. He he...

Artsoul
Puas hati. Tapi sebetulnya hangpa bole buat lebih baik dari tu.

Puteri Cahaya
Keselamatan anak lebih penting.

Tegezoot
Penilaian audien lain, penilaian kawan-kawan lain, penilaian juri lain.

Dalam teater apa-apa saja boleh terjadi. Itulah magisnya teater.

Penjejak Badai said...

huh..halangan ooo nak p tgk teater tu siap moto lan masuk ayaq lagi tuh...

Bunga Rampai said...

Uiih, berteater dalam banjir? Hebat tu!

Terima kasih memaparkan ulasan-ulasan yang terpulas.

Salam :)

ryann said...

mencabar betul..itu yg persembahan berjaya