09 September 2009

Dua Dunia Anak-anak Kita

Ketika tingkatan satu, aku ditempatkan di sekolah asrama tidak penuh. Aku ni bukanlah jenis peramah sangat. Sampai sekarang pun aku tidak pandai bergaul dengan orang. Jadi pada waktu itu, aku cubalah merapati beberapa budak-budak lain yang sedang bersembang. Bukan buat apa pun, sekadar mendengar.

Dan mereka bercakap tentang Tutankhamun.

"Tutankhamun? Menatang apa tu?"

"Tutankhamun tu Firaun la"

Baru aku tahu. Sembang lagi.

"Ramses kedua?"

"Firaun jugak."

"Habis Tutankhamun tu?"

"Firaun jugak."

Bila difikirkan kembali, betapa jumudnya aku pada ketika itu. Apakah mungkin kerana aku datang dari kampung dan latar belakang keluarga yang biasa. Dunia aku ialah terjun sungai, main bola, kayuh basikal ke pekan main console game, bepersatuan dan pengakap. Itu saja. Jadi hal-hal pengetahuan am ni, tak pernah terbit dalam pemikiran aku.

Jadi mungkin anak-anak sekarang lebih beruntung. Ada Astro Learning Channel, ada internet. Yang ruginya mereka dah tak ramai yang boleh terjun sungai sekarang ni. Dua dunia ini nampak berbeza sangat. Kalau berada dalam satu dunia, satu dunia lain mungkin tidak lagi diceburi mereka.

9 comments:

Lenny said...

eloklah tu dengar waktu sekolah. Aku dengar Tutankhamun kat Jejak Rasul hehehehe .... Barulah jugak tau yang Ahmos, Mena, Tutmosis, Rames, Osoris, Isis, Nefertiti dan lain-lain tu semua nama Firaun jugak. Ingatkan dulu Firaun ni sorang-sorang dia je. Rupanya ramai hihihi...

Kita ni kena banyak membaca sebenarnya. Iqra' kan...

Anak Antu Seni said...

ya pemikiran manusia di dunia satu x sama dengan pemikiran manusia di dunia tiga begitu juga dengan dunia ke empat dan lima... sebab itu kita x sama..

jinggo said...

dunia baru...

jinggo said...

hihihi silap sikit....

dunia baru the movieeeeeee.........

artisticklytouch said...

aku dua dua dunia neh aku tak tau he he aku punya dunia penuh glamour, susah sikit nak citer kat sini he he

eh, hang pengakap ka? hehehehehe

Bunga Rampai said...

Saya suka sangat entri ini terutama para terakhir tu!

Saya terfikir macam mana nak satukan dua dunia itu supaya menguntungkan anak-anak generasi kini.

Barangkali konsep taman perumahan di bandar perlu diubahsuai, masukkan 'rasa' kekampungan dalam persekitarannya ... bina sungai, bina sawah padi ...

Errr, maaf melalut dah ni!

Salam :)

Anonymous said...

Ehmm...

Bebudak sekarang memang macam 2, jgn kta Tutankhamun... nama negeri dengan darul apa pun kadang-kadang tak tau.

Diorang lebih sanggup jadi Firaun pada diri diorg sendiri..

Heheh!Kutuk orang memang best!

Shikin

Pegawai Khalwat said...

Lenny
Dengar jugak. Kira ok le tu.

Anak Antu Seni
Hang bercakap macam prof emeritius!

Jinggo
Hang memang suka buat silap tapi konfiden saja betoi.

Art
Cerita dunia hang kat entri.

BR
Idea tu cantik! Tapi jangan lupa kita juga hasil kesan pecah dan perintah.

Shikin
Ya.

Penjejak Badai said...

biaq betoi abg usop masuk pengakap..wahahha..mesti mcm muvie UP..wahahaha