01 September 2009

Rebiu Filem 'Dus Kayanaan'

Semalam secara tak sengaja aku menonton filem Dus Kayanaan. Pada ketika aku menontonnya, dah dekat nak habis pun. Mengikut sinopsis cerita, ada 10 cerita yang dihasilkan oleh 5 penerbit dalam sebuah filem.

Filem ini lebih kurang macam Babel atau mungkin Gangster, tapi memandangkan aku menonton filem ni pun dah di penghujungnya, aku pun tak tahu macam mana bentuk filem ini. Cuma yang aku pasti, ada cerita berbeza oleh penerbit dan pengarah yang berbeza lebih kurang 15 minit satu cerita.

Apa yang membuatkan aku tertengok hingga habis, ialah satu cerita di mana seorang wanita India berkemungkinan besar beragama Hindu yang prejudis terhadap seorang lelaki Muslim. Wanita ini pergi mencuci sudunya, tapi bila kembali ke meja makan, dilihatnya seorang lelaki Muslim separuh abad sedang memakan makanannya. Wanita itu jadi marah dan meninggikan suara pada lelaki berkenaan. Lelaki berkenaan buat tak tahu saja. Hinggalah berlaku perebutan pinggan (pinggan yang sama yang digunakan oleh kedai mamak bila kita memesan tosei atau roti nan, siapa yang tak dapat gambaran, sila ke kedai mamak), dan wanita itu berjaya merebut makanan itu, lalu menjamahnya dengan lahap.

Lelaki itu cuma terdiam. Kemudian lelaki itu bangun membeli kopi tanpa gula, dan mempelawa minuman itu kepada wanita berkenaan. Wanita itu menolak dengan kasar kerana tidak mahu berkongsi makanan dengan lelaki berlainan agama itu. Tapi tiba-tiba dia tersedar, yang dia telah berkongsi makanan dengan lelaki itu. Lalu dengan rasa mahu termuntah, wanita itu lari keluar dari kedai berkenaan.

Setelah agak jauh, barulah wanita itu perasan bahawa beg beliau terlah tertinggal. Wanita itu segera berpatah balik ke kedai makan berkenaan dan mencari beg beliau. Tidak ketemui. Beliau menuduh pasti lelaki berkenaan punya angkara. Wanita berkenaan mencari lagi di bawah meja, dan bertemulah dengan beg beliau. Bila beliau bangun, barulah beliau perasan bahawa makanan yang beliau beli tidak disentuh langsung.

Rupanya, sifat prejudis beliau telah menyebabkan beliau berasa lelaki itu mencuri makanan beliau, sedangkan beliau kembali setelah mencuci sudu ke meja yang salah. Dan lelaki berkenaan sedikit pun tidak marah, malahan mempelawa berkongsi air kopi.

Nah, inilah yang membuatkan aku tertunggu hingga habis dan sempat menonton baki dua cerita lagi. Kerana inilah cerita hindi yang tidak stereotaip bagi aku. Aku harapkan aku dapat menonton kembali filem berkenaan dari awal.

11 comments:

Anonymous said...

laki muslim tu dok perayat pompuan hindu tu.....

wak

Anonymous said...

Akum en usop...

Rindu sangat dengan hidup di Penang. Terima kasih kerana dah banyak mengajar saya erti kehidupan...Mengajar erti ketulusan...

Mungkin dah tiba masanya hamba yang hina ini membalas jasa...

P.S : Kirim salam pada rakan Bakawalee dan Te.Ta.Mu.

Salam Ramadhan
Shikin USM

Bunga Rampai said...

Tulisan ini membuat saya kepingin untuk menonton filem itu. Tayang kat tivi ke?

Salam :)

Pegawai Khalwat said...

Wak
Subteks wak subteks.

Syikin
Jasa sapa?

BR
Tayang kat Astro, cenel Zee.

Anonymous said...

Jasa en usop and d gang la... banyak ajar saya benda yang saya tak tau..

Ada benda saya nak sampaikan kat en. usop dan kawan-kawan...tengoklah,bila2 saya free saya kirimkan ke utara...

INSYAALLAH

Shikin USM

Mamu Raja LAwak said...

ya, kita perlu keluar dari pemikiran yang biasa, mesti intelek.. shikin usm ni sapa ? sempoi x ?

artisticklytouch said...

aku nak komen pasal entry tapi bila baca komen yang dah ada...aku jadi blank ha ha ha

ryann said...

harus tengok cerita ni. astro selalu ulangkan

Amiene Rev said...

Cerita ni nampaknya best untuk ditonton.

abu musarrif bin abu bakar said...

shikin? ahahaaa

Pegawai Khalwat said...

Shikin
Kad jemputan kawin le tu.

Azerul
Hang kena langkah mayat Mahaguru dulu kalau kata lagu tu.

Art
Hang memang sepatutnya blank. Ha ha ha....

Ryann
Harus.

Amiene Rev
Ya... menarik.

Abu
Abu? Ha ha ha.....