16 October 2009

Ulasan Yang Terpulas - Lokan Bertepuk

Lokan adalah satu permainan/persembahan tradisi yang berasal dari Kelantan. Sekarang dah pupus pun. Pemain lokan akan diiringi oleh seorang gembala, yang akan mengembala pemain lokan itu. Pemain lokan itu, akan bertukar dan mengikut mimik binatang seperti kambing, harimau, monyet atau anjing setalah menampar-nampar dirinya, mengeluarkan bunyi dari mulutnya (aku tak tahu nak cerita, kalian kena tengok sendiri). Ada elemen trans di dalam permainan ini.

Justeru itu, bila Dewan Budaya USM dengan kerjasama DBP Wilayah Utara mempersembahkan Lokan Bertepuk, memang aku nanti-nantikan. Kerana aku sendiri tidak pernah melihat orang berlokan. Ceritanya tentang anak Pak Nik Lokan, Jusoh yang menentang bapanya berlokan kerana malu diejek orang kampung. Adik-adik Pak Nik yang dibesarkan hasil wang berlokan juga menentang.

Ceritanya mudah, ringkas. Senibayan seolah mengambil balik idea Ayu Si Puteh, tentang titih mak yong yang tidak dapat diwariskan kerana anaknya cacat. Lebih kurang macam filem Wayang Hatta Azad Khanlah. Biasanya karya Senibayan diarahkan oleh Senibayan. Tapi kali ni ia diarahkan oleh Halimi M.N., antara tokoh teater yang disegani.

Halimi menggunakan korus yang mewakili watak haiwan yang dilokankan oleh Pak Nik, sebahagian besarnya untuk menggambarkan sifat dan perasaan hati Pak Nik. Dan mungkin juga untuk mencuri masa memanjangkan tempoh pementasan. Lakonan yang natural, tetapi tidak bersungguh-sungguh. Mungkin dek kekangan masa. Emosi pelakon kurang terpancar. Yang banyak membantu adalah laras bahasa dalam naskhah yang indah. Tetapi tidak cukup tanpa bantuan pelakon.

Walau bagaimanapun, lakonan yang natural telah menyelamatkan persembahan ini kerana dihadiri oleh sebahagian besarnya VIP dan penonton biasa. Jadi tidaklah begitu kritikal.

Latar hias juga mudah. Platform bagi membentuk level, kain-kain putih yang digantung dan disimbah dengan cahaya yang mempunyai signifikannya yang tersendiri. Tatacahaya sangat membantu mood penceritaan. Tatabunyi gesekan rebab juga sangat membangkitkan emosi.

Cuma aku masih tertanya-tanya, kenapa Halimi memilih untuk gelap cerah gelap cerah kan pentas.

5 comments:

SUXX said...

lokan? tidak pernah dgr itu.

tp sejenis makanan adala lokan.

sinaganaga said...

poster gambar biji mata tu cun

jinggo said...

aku tak sempat tengok....

Anonymous said...

aku tgk...malam tu aku ponteng latihan produksi "kisah si semut"...hehehe..maaf jinggo hihi


wak

Anonymous said...

Kalau saya masih di Penang...kalaulah..hmm..

Baru2 ni saya menyaksikan pementasan teater Srikandi Tanah Jauhar di rtm jb..kostum yang indah, budget yg giler gempak tp hasil yg..maaf ckp..hampeh..

lighting x best, sound terlalu bingit, vocal penyanyi yg x jelas dan buat pertama kalinya..saya lihat pementasan yang mempunyai masalah blocking yg paling dasyat!(pelakon utama dihalang oleh sekumpulan penari yg berdiri macam org tgh koir seramai lebih dari 10 orang..pergh!!)

maaf andai saya buta seni tapi rasanya menonton karya itu membuatkan saya rasa adakah aku buta seni atau mereka cuba meng'absurd'kan taridra mereka..cuba saya tanyakan rakan krew disitu..'u all buat randai ek? malangnya jawapan yg diterima jelas menunjukkan yg dia pun x tau apa itu randai.

huh...

andai rakan di penang dpt budget giler2 mcm diorg, betapa hebatnya hasil yg terhasil(ank murid saya sekadar menjadi penari untuk beberapa scene dpt rm200 yg dianggap ciput,agaknya kalau main actor dpt berapa la agaknya...)

apa pun saya bangga dgn rakan di penang, teater sebagai 1 perjuangan, bkn 1 yg perlu didabik dadakan..

Shikin