26 January 2010

Kambing Hitam

Begitu mudahnya menyalahkan orang lain, terutama bila sesuatu kesalahan itu berlaku. Tidak kiralah apa jenis kesalahan.

Bas ekspress kemalangan, salahkan pemandu.

Kapal terbang terhempas, salahkan juruterbang.

Ekonomi meleset, salahkan ahli politik.

Harga barang naik, salahkan peniaga.

Remaja merempit dan seks bebas, salahkan mak bapak.

Pelajar gagal dalam SPM, salahkan guru.

Berlaku bala bencana dan musibah, ada yang sampai salahkan takdir malahan TUHAN!

Jadi, perlukah budaya salah-menyalahkan ini, yang kononnya melaksanakan hukuman terhadap orang yang salah agar dapat memberi pengajaran kepada yang lain. Bagaimana yang buat salah tapi sentiasa terlepas dari kesalahan?

Perlukah sentiasa ada orang atau sesiapa saja menjadi kambing hitam?

9 comments:

Ahmad Fadli said...

Tuan,

Dalam teknik 5 Why's (satu teknik yang tanya 5 kali KENAPA dalam bidang pengeluaran:baca kilang) untuk selesaikan masalah, punca utama (root cause) satu masalah biasanya akan bawa kita kepada faktor manusia.

Namun, daripada tuding jari terus, lebih molek kalau kita cakap dari segi APA. Bukan SIAPA.

Contoh ,instead of cakap pelajar lemah sebab cikgu tak pandai ngajar,kita cakap pelajar lemah sebab pengajaran tak sempurna.

Ka-Ching!

-ahmadfadli.wordpress.com-

ah_zan said...

yes. dah nama pun kambing hitam. someone or somebody should take the blame. :)

Nyda Zamani said...

manusia memang macam tu la
berapa kerat je yang nak mengaku kesalahan diri sendiri
kebanyakannya tuding jari pada orang lain
aku tuju hang, hang tuju aku
kambing jugak yang jadi mangsa
sian kambing tu..hoho~

**wah..pjg lebar plak sy komen. act tengah emo kejap ngn manusia cam ni**

Nizam Ramli said...

cakap pasal kambing, sedap sungguh sup kambing. Dan yang terbaru......
sup urat memang sedap....rasa macam makan jelly.....Yummmmmy!!!. Tapi aku tak makan kambing hitam. Kambing lain ok. Takut nasib aku jadi macam kambing hitam tu nanti.......siapa nak jadi kambing hitam, kan?

patungcendana said...

macam lagu bangau oh bangau kan?

Malaysia Tanahairku said...

Memandangkan bulan Valentine ni ramai kambing brkahwin jadi msti ramai juga kambing dikorbankan utk disantap. slamat pengantin baru jgn asyik makan kambing saja tanpa minum
susunya nak neutralkan darah x tinggi

Super Nia Hana said...

pendek kata kalo jadi salah kt sesapa..cuba amik iktibar and muhasabah diri jek

kita manusia
tak sempurna

Aloy Paradoks said...

kambing hitam ni macam escapism la jugak..

The Island of NAMOYAKI, said...

tuan,
ada sedikit 'kemashalatan':

kambing hitam = kata asal bagi keseluruhan kata nama.

penghalusan makna kepada definasi =
kambing hitam:

kambing hitam,
kambing yang hitam,
kambing yang dihitamkan,
kambing kehitam-hitaman,
kambing penghitam,
kambing menghitamkan,
(dll.)

semuanya tak sama,

yang pasti:

HITAM = Hitam itu adalah keseluruah campuran semua warna.

dan,

selepas HITAM,
Putih ataupun CERAH.

ada apa-apa petanda?