09 February 2010

Tukang Masak

Tukang masak kerja sangat enteng,
Bangun pagi masak nasi goreng,
Campur cili campur udang kering,
Bila makan mata naik juling.

Itulah antara bait-bait lagu P.Ramlee tentang tukang masak. Realitinya, kerja tukang masak tidaklah semudah itu. Malahan tukang masak ada kelas-kelasnya tersendiri. Dari tukang masak di rumah, sehinggalah ke restoran-restoran besar atau hotel-hotel yang sekali makan sama macam sekali buat kenduri arwah.

Dan tukang masak ni, pastinya ada yang pandai masak, ada yang pandai-pandai masak. Maka terhasillah makanan yang adakalanya sedap giler bak kata orang muda sekarang atau yang memang haram tak sedap.

Bagi aku, ada dua cara saja kalau mahu masak makanan yang sedap.

Yang pertama, tukang masak itu mestilah sudah tahu bagaimana rasa, bau tentang ramuan-ramuan yang nak dimasukkan ke dalam masakan. Contohnya kalau nak masak burger. Biasanya yang digunakan ialah marjerin, dan perkakas lain seperti sos cili, sos tomato, salad, kobis dan sebagainya. Malahan kini, sudah diletakkan sekali sos lada hitam sebagai penambah rasa. Kalau tukang masak itu tahu bagaimana rasa bahan-bahan lain yang boleh digandingkan ke dalam masakan burger itu, pastinya tukang masak itu boleh mencuba. Contohnya sekiranya salad itu digaulkan dahulu dengan sos beribu pulau (thousand island le tu), salad dressing dan sebagainya, mungkin akan menghasilkan rasa yang berbeza malahan lebih enak. Atau pun dengan meletakkan paprika atau garam masala, mungkin rasa daging itu akan lebih sedap.

Maksudnya, tukang masak yang baik, melihat bahan-bahan dan ramuan yang ada, walaupun mudah sudah tahu menghasilkan masakan yang sedap. Sebab itulah kari yang dicampurkan dengan bawang besar, rasanya lebih enak berbanding kari kosong.

Dan yang kedua, untuk menjadikan makanan itu enak, masaklah dengan hati (bukan hati ayam atau lembu) dan dengan niat untuk memberi orang makan. Maka InsyaAllah, makanan itu pasti akan sedap. Sebab itu, masakan ibu kita, jarang mengecewakan kita kerana ibu kita memasak kerana mahu memberi kita makanan yang terbaik. Begitu juga sesetengah tukang masak di kedai yang biarpun mahu berniaga, tetapi memasak kerana mahu memberikan masakan yang terbaik kepada pelanggannya, bukan masak sekadar masak mengikut sukatan ramuan.

Kalian cubalah, masaklah biarpun mee segera, kalau dengan hati yang ikhlas dengan niat memberi orang makan, maka makanan itu akan sedap.

8 comments:

Super Nia Hana said...

hah!!
finally!!! ada gak yg paham seni memasak dgn hati yg ikhlas nih

ahahahaha

*tp lately wtaahsi msk tak sedap//maybe tak cukup ikhlas or terpaksa..
ahahahaha


tp happy ooo dapat masak and bg org mkn

Malaysia Tanahairku said...

Nak bagi sedap skarng ni kalau masak pakai rencah segera je...ajinaikmoto...secukup rasa...tiga rasa

Aloy Paradoks said...

atuk gua ajar,,, baca selawat dulu sbelum masak..

patungcendana said...

patutla...aku goreng telur je pun anak2 aku kata best...hehehe

Pegawai Khalwat said...

Super Hana
Janji heppy.

Chegu Peace
Belum tentu sedap.

Aloy
Ya ka?

Patung Cendana
Bukti depan mata.

Deana Amane said...

tp apepun air tangan ibu walau bukan dia seorang chef tp masakan dia tetap yg terbaaaaiikkkk.......

Anonymous said...

antara entry yg paling menarik pernah aku baca...mengingatkan aku sebagai bekas seorg chef de spatula yg yg disegani...


wak

Claire said...

ya betol! hihihi..masak dengan penuh kasih sayang. wakaka