12 April 2010

English Literature Zaman Sekolah Menengah

Aku tidak pasti tentang sekolah menengah lain, tidak kiralah di kampung atau di bandar. Apakah sukatannya sama atau berbeza. Tapi apa yang aku ingin ceritakan di sini ialah ialah Kesusasteraan Inggeris yang aku pelajari semasa di sekolah menengah.

Terus terang aku tak ingat sangat buku apa yang aku baca. Cuma ingat gitu-gitu saja. Masuk tingkatan 4 bila dah kena pilih aliran sastera atau sains, maka dah tak ada kesusateraan yang macam ni.

Tingkatan 1, aku di perkenalkan dengan sebuah buku biografi Tenzing Norgay, iaitu Sherpa pertama yang mengiringi Sir Edmund Hillary mencapai puncak Everest. Terus terang aku tak tahu langsung apa yang aku baca. Yang paling aku ingat cuma frost bite di kaki salah seorang dari mereka. Itu pun setelah diterangkan oleh cikgu aku. Maklumlah, budak kampung yang belajar Inggerisnya sekadar I Am He She It Is We They You Are. Bila masuk sekolah pekan ni, kena kejutan budayalah sikit. Dan sampai sekarang aku tak tahu langsung apa yang diceritakan oleh buku itu.

Masuk tingkatan 2, pun aku sudah tak ingat buku apa yang dibaca. Yang aku ingat, buku itu adalah buku berkaitan cerita Dewa Greek. Ada Medussa, ada Hades and The Boatman. Yang aku ingat cuma satu bahagian bila ada satu watak disumpah menjadi marmar. Itu pun sebab aku dan kawan-kawan merubah cerita itu dalam bentuk lagu dan aku gunakan lagu I Can't Dance oleh Genesis.

Masuk tingkatan 3, buku yang dibaca makin maju. Kami membaca cerita pendek oleh Edgar Allan Poe. Bagi siapa yang kenal Poe, pasti tahu ceritanya banyak berkisar mengenai kisah thriller, seram di zaman Victorian dulu. Cerita yang paling aku ingat adalah The Pit and The Pendulum. Itu pun sebab ada filem dengan cerita dan tajuk yang sama yang membolehkan aku faham cerita itu.

Bila dikenangkan balik, terasa rugi pula kerana tidak membaca habis semua buku-buku itu. Sekarang barulah tergedik-gedik nak membaca.

7 comments:

royd said...

hehehe... citer robinson cruso tu form bapa lak?

Malaysia Tanahairku said...

mentaliti orang Malaysia baca buku purata 2 buku setahun. Bila nak masuk periksa baru baca buku

Aloy Paradoks said...

lu pun gedik gedik jugak rupanya..

Anak Antu Seni said...

wa dulu ajar komsas bahasa melayu form 3 kat budak cina, rasanya mcam x da beza ajar english kat budak melayu.

Pegawai Khalwat said...

Roy
Aku pun tak ingat form berapa.

Chegu Peace
Kalau majalah hiburan dan komik boleh diambil kira, lebih dari 2 ooo..

Aloy
Takkan nak gentle all the time bro.

Anak Antu Seni
Lebih kurang la.

Bunga Rampai said...

Membaca titian ilmu. Bacalah selagi ada daya.

Salam :)

Yuma Pool Services said...

Great reading your blog ppost