29 July 2010

Melayu Di Mana?

Perkara yang akan aku bincangkan ini, kalau dibaca oleh para cendekiawan mungkin akan merasakan ini bukanlah perkara baru. Tetapi sudah lama didebatkan dan tulisan aku ini mungkin cuma picisan saja.

Melayu.

Seluruh Gugusan Kepulauan Melayu dikenali juga sebagai Nusantara (bukan Flet Nusantara di Pulau Pinang). Ini meliputi Indonesia, Brunei, Thai, Kemboja, Myanmar dan Filipina. Mungkin Sulawesi dan Irian Jaya serta Hawaii juga boleh diambil kira. Ini kalau dibandingkan dari segi rupa bentuk fizikal tubuh dan wajah Melayu itu.

Di Malaysia, Melayu itu Melayu.
India Muslim itu Melayu.
Jawa itu Melayu.
Boyan itu Melayu.
Banjar itu Melayu.
Hasil perkahwinan campur dan beragama Islam, anak mereka dikira Melayu.

Tapi kalau di Indonesia, Melayu itu Melayu.
Jawa itu Jawa.
Mendaling itu Mendaling
Batak itu Batak.
Cina itu Cina.
Kalau perkahwinan campur, anak mereka bangsa Indonesia.

Aku bukanlah nak memperjuangkan bangsa Malaysia atau apa saja yang seangkatan dengannya, tapi aku berharap ada definisi lengkap yang semua orang terima pakai tentang klasifikasi bangsa itu sendiri. Supaya tiap kali ada pertanyaan tentang budaya Melayu, kita boleh menjawab dengan jelas.

5 comments:

Unknown said...

aaa...kalau ikut teori ...aku bukan bangsa melayu tulen nih.

Deana Amane said...

saya pun keliru juga ttg melayu ni.

akirasuri said...

Salam PK.

Apa khabar?

Saya kira, Indonesia lebih berjaya dalam penyatuan bangsa mereka berbanding kita.

Bunga Rampai said...

Salam :)

Saya tak reti nak komen. Bagaimanapun entri ini telah membuka satu peluang untuk saya mendalami/mengkaji topik ini. Terima kasih entri ini.

Pegawai Khalwat said...

Halogamora
Kalau ikut teori la.

Deanna
Ha... hang memang campur banyak sangat.

Biskut dan Kopi
Mungkin juga, tapi ada juga beberapa perkara yang mungkin kita lebih baik dari mereka.

BR
Salam, terima kasih. Gembira kerana entri saya kerap menjentik akal fikir BR.