24 December 2010

Cerita Hujung Tahun

Agak lama juga tidak mengemaskini entri di sini. Sibuk dengan tugas dan segala macam keadaan yang tidak keruan. Buku-buku yang dibeli pun tidak terbaca. Permainan video yang dibeli pun tidak sempat dimainkan. Kertas kerja yang patut disiapkan sekadar berada dalam otak. Skrip-skrip baru yang dijanjikan masih berada pada tahap rangka.

Kalendar baru Gregorian ini harapnya dapat menjuskan kembali hidup aku yang agak kelam kabut buat beberapa ketika ini.

Pada ketika ini, sasaran utama aku ialah menyiapkan skrip monodrama dan juga skrip teater pendek untuk Manusia Raja 3. Ya, kali ini aku berasa untuk tidak menghadkan Manusia Raja kepada monodrama. Harapan aku agar pementasan kali ini lebih bermakna. Aku mahukan kekalkan Manusia Raja sebagai sebuah pementasan yang ada semua cebisan rasa untuk semua.

Setakat ini, ada beberapa buah idea tentang cerita yang akan dipentaskan, tetapi belum disusun dan ditetapkan.

Pertama, Aku Bourgeois karya Mata Kuching. Sebuah bebelan seorang bourgeois yang menceritakan tentang diri dan ahli keluarganya. Sebuah kritik sosial yang pedas, padat dan rapat dengan isu-isu semasa.

Kedua, konflik diri Panglima Awang/Panglima Hitam yang menyertai pelayaran mengelilingi dunia oleh Ferdinand Magellan.

Ketiga, kisah seorang mahaguru senibeladiri yang diabaikan oleh anak muridnya sendiri yang lebih menggilai seni bela diri campuran yang lebih glamor.

Keempat, cerita seorang wanita yang mengalami masalah mental. Sentiasa menganggap layanan baik dari mana-mana lelaki bermaksud lelaki itu menyintainya, menjadikan beliau obses kepada lelaki berkenaan.

Kelima, luahan seorang bomoh yang semakin kurang rezekinya dek kewujudan Akta Jenayah Sihir.

Keenam, perdebatan Tuah dan Jebat secara intelektual, salah satu versi yang dikatakan menggantikan pertarungan berdarah mereka.

Dan juga beberapa lagi idea yang masih diperam. Kesemua ini masih menanti untuk diluahkan di atas perisian pemprosesan perkataan. Doakan aku punya tenaga dan idea yang mencurah untuk menghabiskannya.

7 comments:

Nyda Zamani said...

idea yang best..i like it all
jgn lupa panggil sy menonton
panjang umur diizinkan Allah
sy pasti datang!:)

artisticklytouch said...
This comment has been removed by the author.
artisticklytouch said...

hang dah baca novel Enrique Mengundang Jauh?

ha, dalam tuh ada cerita panglima hitam/awang

Anak Antu Seni said...

nak jadi bomoh.... auwww

Pegawai Khalwat said...

Nyda
Sila o sila...

Art
Ada jual kat mana? Popular? Borders? MPH? Mamak? Chowrasta?

Anak Antu Seni
Hang tu dah patut mengarah.

artisticklytouch said...

aku ingat aku beli dulu kat MPH. terbitan Utusan. Pemenang Hadiah Sastera Utusan tapi tak ingat tahun bila.

mamu said...

Tajuk pun buat aku gelihati.