Dalam konteks Malaysia, terutama produksi teater amatur, kedua-dua kes ini tidak mustahil, tetapi kalau menggabungkannya sememangnya agak sukar. Agak sukar bagi sebuah pementasan yang penuh dengan idea dan nilai-nilai datang bersama pakej lengkap iaitu wajah yang penuh komersil. Tidak banyak produksi yang dapat menggabungkan kedua-kedua elemen ini.
Kita ambil contoh begini, sebuah produksi ingin mementaskan sebuah cerita yang memprotes pergolakan politik di negara kita. Pementasan ini lengkap dengan nilai estetika yang tinggi hingga menuntut pemikiran yang ekstrem daripada para penontonnya. Sekiranya mahu mengadakan pementasan sebegini, kita yakin penontonnya terpilih. Yang berminat hadir pun terpilih sahaja. Melihat tajuknya saja akan menggerunkan penonton yang biasa menonton cerita-cerita yang santai.
Berbeza sekiranya produksi itu memilih untuk mementaskan produksi yang santai, cerita komedi atau cinta misalnya. Cerita-cerita begini lebih komersil dan mudah dipasarkan. Tetapi pada masa yang sama, idea penulis atau pengarah terkekang dengan cerita-cerita yang sebegini.
Mungkin ada pula ada orang akan berkata, kenapa tidak dibuat cerita yang penuh idealisme dalam bentuk komedi. Memang ada. Memang patut dan bagus. Tetapi kita perlu sedar, penonton yang hadir untuk ketawa selalu tidak sedar mereka mengetawakan diri sendiri. Tidak kisahlah ketawa untuk siapa pun, asalkan lucu, sedangkan maksud sebenar cerita itu tidak sampai ke minda mereka. Pada aku, sekali-sekala itu bagus, tapi kalau kerap, minda akan jadi kosong dengan ketawa semata.
Aku juga bersetuju, banyak kriteria yang harus dilihat jika mahu sesebuah pementasan itu berjaya dari segi jualan tiket. Tetapi setiap kriteria yang diambil kira untuk jualan tiket hampir kesemuanya menjurus kepada komersialisme dan terpaksa mengabaikan idealisme walaupun mungkin bukan untuk keseluruhannya.
Aku bagi contoh lagi. Kita mungkin ada senarai pelakon (amatur) yang ramai pengikutnya. Sama ada kawan-kawan atau rakan sepejabat atau peminat. Tetapi kita tahu lakonannya tidak seberapa. Sekiranya kita memilih pelakon berkenaan berbanding pelakon lain yang lebih bagus, maka kita memilih nilai komersil.
Sekiranya kita memilih untuk mementaskan cerita kita di Dewan UMNO, PAS, atau PKR, atau di auditorium SPRM, ADK atau SUK, sudah semestinya cerita kita juga akan berkisar kepada apa yang disukai oleh badan di atas. Kita tidak boleh buat cerita yang ikut suka kita. Itu sudah menjurus kepada komersilisme.
Kalau kita nak buat cerita yang ikut suka kita, lokasinya mungkin di Taman Budaya Negeri, atau mana-mana IPT atau lokasi bebas lain yang perlu dibayar sewaan mengikut kiraan jam. Berbaloikah? Balik modalkah?
Mungkin pada komentar nanti, akan ada banyak contoh-contoh sedia ada tentang kejayaan sesetengah produksi teater amatur mementaskan teater dan menggabungkan kedua-dua elemen ini. Tetapi berapa kerat yang berjaya? Kalau balik modal atau untung sekalipun, mungkin kita boleh lihat siapa penonton yang datang. Apakah kawan-kawan, pengikut produksi itu sendiri, atau penonton jemputan dari sekolah dan maktab atau kolej-kolej swasta. Berapa ramai penonton yang hadir kerana mereka mahu hadir setelah mendengar adanya pementasan itu?
Soalannya di sini, mana satu yang mahu dikorbankan? Komersialisme atau Idealisme? Mahu buat teater, tapi tidak mahu untung? Berapa lama mahu berkorban sebegitu? Atau buat teater yang memang akan dapat duit saja, asalkan penonton datang terhibur? Apakah sanggup selamanya begitu juga?
Apa kata kalian?
10 comments:
Elok kita selang2..
buat kajian setempat dan cuba eksperimen...belum cuba belum tau..bila dah tau kita ikut kata hati dan kata penonton kita...sebab kita yang nak keje ikut kemampuan kita dan penonton yang nak menonton cerita kita....
i pilih idealisme, mmg ssh org nk terima, tp kalau x di didik mana org nk tahu kan?
Kita ni buruh teater ja..xcaya tnya jinggo..kita xda artis hebat..kalau ada artis.full house aa..saya dah rasanya sewaktu bersama produksi mega diistana budaya dan menjadi penolong kepada salah seorang pengarah tersohor(kata mereka)..lagi 1,benchmark kita di istana budaya la masalahnya..semua set pala hotak kata show kat sana best..bayar mahal pon xpa..sapa pon xda minta free,diskaun ka..lagi 1 la ni gila muzikal,dah la wat muzikal xikot muzikal sepatutnya..show macam konsert..haih..
Sory..tulisan sedikit kelam kabut kerana pakai handpon berjenama buah.kaalu pakai pc tenang skit taipannya.
BURUH TEATER AJA LA KITA...ORANG MKN ISI KITA SAMPAI BILA2,MAKAN KUAH..
Ini cubaan ketiga untuk bagi komen setelah dua kali tak berjaya. Dem u blogspot!
Tegezoot
Elok. Elok. Memang la elok kita selang-selang. Tapi masalahnya nak selang setahun sekali kah? Dah la kita nak buat produksi pun susah. Atau nak selang-selang dengan produksi lain yang tak berapa ada tu.
Malau
Apa yang hang cakap itu betul. Dan aku pun buat macam apa yang hang cakap. Cuma kajian setempat dan bereksperimen dan 10 tahun aku dan Bakawalee cuba buat. Dan hasilnya, seperti entri ni. Malahan yang paling meletihkan bila terpaksa menyusu audien baru yang muncul secara majoriti setiap kali pementasan. Sebab itulah aku selalu mengambil pendekatan buat cerita yang orang boleh faham, tetapi pada masa yang sama oleh boleh berfikir. Cuma masalahnya tetap sama, cerita yang orang terpaksa berfikir (sedikit) ni pun susah nak dapat audien. Audiennya ada, tetapi tidak mencukupi dan kerap kali juga kurang berkualiti (tetapi aku bersyukur dalam tempoh 10 tahun ini, kualiti audien dah semakin baik).
Deana
U pilih idealisme/idealogi, dan kita semua (you know who) pun begitu. Masalahnya, teater yang lebih menonjolkan idealisme kerap kali membosankan audien baru terutamanya. So macam mana? Nak suruh audien baru ni pergi tengok teater lain, apakah adah pementasan teater (Melayu) lain?
Penjejak Badai
Kita memang buruh teater. Masalahnya ialah sesetengah orang dah melatih audien kita untuk mengenali dan mencintai teater dalam bentuk hiburan (kalau ada mesej pun, hiburan yang bermesej). Memang teater itu sendiri adalah hiburan, tapi sejauh mana nak berhibur ni. Dari tv, pawagam, club, kedai mamak, telepon jenama buah, semuanya berhibur. Dan satu lagi bila IB dijadikan benchmark. Dan IB pula menjadikan Broadway dan Westend sebagai benchmark. Sedangkan di sana mereka bukan sekadar buat muzikal (dalam erti kata muzikal sebenar), tetapi turut mementaskan karya Hemingway, Tenesse Williams, Arthur Miller malahan karya-karya baru. Pelakon-pelakon teater di sana (yang hebat) juga adalah pelakon filem yang berjaya. Memang kita ni buruh.
aku sokong penjejak badai......
hidup buruh teater......
erm...saya setuju dengan pendapat semua di atas...
pape pun..nak tnye...kat perlis mmg x de kelab teater eh?
Jinggo
Hidup!
Husna
Itu kena tanya orang Perlis. 10 tahun lepas rasanya aktif juga teater di Perlis tu. Tapi ramai aktivisnya dah jadi artis. Mungkin masih ada grup baru di sana. Cer tanye JKKN Perlis.
dilemma . . .
Post a Comment