11 April 2011

Antara Pelakon Popular Kita Yang Berlakon Teater Dengan Pelakon Popular Mereka Yang Berlakon Teater

Tidak dinafikan, kita ada ramai pelakon teater yang bagus. Secara professional, bukannya secara amatur. Ada pelakon amatur pun yang mungkin lebih bagus dari pelakon professional. Pelakon profesional seperti Nam Ron, Zahiril Adzim, Sherry, Fauziah Nawi, Juhara Ayob (sekadar menyebut beberapa nama) merupakan pelakon teater profesional yang bagus. Tetapi mereka ini belum masuk kategori popular. Kalau popular pun sekadar masuk tivi dan ada beberapa saja yang lepas ke filem seperti Fauziah Nawi dan Nam Ron. Kalau di KLPAC atau mana-mana premis The Actor's Studio, mungkin ramai juga yang bagus, tetapi cuma di dalam kelompok mereka. Jarang yang ditemui di tivi atau filem. Dan tidaklah popular kalau sebahagian besar populasi negara tidak mengenali mereka.

Itu yang bagus.

Yang popular tetapi berlakon tidak cukup bagus (mengikut pendapat personal aku, lakonan teater di pentas, bukan sekadar di tivi atau filem) pun ramai juga. Terutamanya yang berlakon di Istana Budaya. Tak payahlah aku menyebut nama, tetapi gunakanlah enjin mencari, cari pelakon-pelakon popular (yang hampir satu negara kenal), yang berlakon di Istana Budaya. Tanyalah orang-orang teater pendapat mereka.

Sekarang masuk isu.

Aku tahu, adalah tidak adil membuat perbandingan dengan Amerika Syarikat. Industri teater mereka sudah maju. Lupakan isu nilai atau komersil, kita cuma bercakap tentang kualiti lakonan. Siapa yang tidak kenal Denzel Washington (Philadelphia, The Book Of Eli, Malcom X, Remember The Titan, Training Day, Crimson Tide) atau Alfred Molina (Spiderman 2, The Socerer's Aprentice, Prince Of Persia, Frida) ataupun Jude Law (Enemy At The Gates, Artificial Intelligence, Repo Men, Sherlock Holmes) atau Liev Schreiber (Manchurian Candidate, X-Men Origin : Wolverine, Salt, The Sum Of All Fears) ataupun Christopher Walken (Sleepy Hollow, Catch Me If You Can, Hairspray, Pulp Fiction). Persamaan mereka semua ini ialah, mereka tercalon sebagai Persembahan Terbaik Oleh Pelakon Lelaki Utama Di Dalam Drama di dalam Tony Awards. Setidak-tidaknya salah seorang dari mereka ini, kita sendiri boleh akui kehebatan lakonan mereka. Itu tidak termasuk lagi Chaterine Zeta-Jones yang memenangi anugerah Persembahan Terbaik Oleh Pelakon Wanita Utama Di Dalam Musical. Kalian semaklah sendiri di dalam lawan sesawang itu.

Seperti yang aku nyatakan, ini adalah tidak adil untuk membuat perbandingan. Tetapi kalau dalam industri filem, Hollywood sudah menoleh ke Jepun, Korea dan Thailand, adalah tidak mustahil jika perbandingan ini menjadi biasa pada masa akan datang. Pada masa ini, kenapa tidak boleh pelakon yang bagus di dalam teater, juga adalah pelakon yang bagus di dalam tivi atau filem, dan juga pelakon yang popular? Kalau ada pun pada masa dulu dan kini, hanyalah Nam Ron, Fauziah Nawi dan Eman Manan. Mungkin Khir Rahman juga termasuk dalam senarai, cuma beliau belum cukup popular di kalangan penonton filem dan tivi Malaysia. Apa jadi dengan pelakon popular yang lain? Popular sajakah?

Apa kata kalian?

4 comments:

m i n e r a l . . . said...

mgkin FINAS ptt dedahkan atau organise sesuatu anugerah utk penggiat teater, xpose di TV...

bak kate seorg teman,
"biar tak kacak, tp jgn pekak"...

errrr ku rasa
"biar tak popular, tp jangan buta"

Pegawai Khalwat said...

Mineral
Finas tak mahu langgar territory orang.

Halimi MN said...

Saudaraku. Ayuh kita bergerak sebagai tidak mahu untuk popular. Ini akan menjadikan kita POPULAR. Langkah pertama mari kita round Malaya buat free show bertajuk MARI MEMBACA di hadapan POPULAR BOOK STORE. Jangan marah....

namoyaki said...

'ada gundah dalam bicara',