23 August 2011

Sleep No More - A Site Specific Theatre



Di Malaysia, aku cuma tahu ada dua pementasan teater site specific Oedipus oleh Fasyali Fadzly atau Vitamin di ruang depan Stor Teater DBP dan River Meets Light di Prangin Canal (dan beberapa lokasi sungai lain pada persembahan sebelumnya). Selain dari itu, mungkin tidak sampai ke pengetahuan aku.



 Tapi Sleep No More memang menarik minat aku. Aku terbaca artikel mengenainya di The Straits Times. Di pentaskan (aku tak tahu sesuai tak guna dipentaskan kerana bukan ada pentas pun) di tiga buah gudang yang digabungkan menjadi sebuah hotel 100 bilik 5 tingkat. Persembahan ini (mungkin lebih sesuai sebagai persembahan) adalah mash-up (rojak, pasembor, gado-gado, mash potato, apa saja. Maksudnya campur aduk) drama Shakespeare dengan mood noir Alfred Hitchcock dan Stanley Kubrick.



Penonton yang hadir, tidak dibenarkan bercakap sesama sendiri sepanjang persembahan, dan mereka dibekalkan dengan topeng untuk dipakai. Mereka akan bergerak dari site ke site tertentu, seolah-olah mereka sendiri berada di dalam cerita itu. Penonton juga bebas untuk memeriksa surat, buku dan apa saja yang berkenaan supaya mereka dapat merasa semua perincian. Seolah-olah kita ini halimunan yang hadir melihat perbuatan orang lain.


Nak tahu lebih terperinci cuba lawat di sini atau di sini atau di sini. Atau tanya En. Google.

3 comments:

Bunga Rampai said...

Sangat menarik! Satu info dan ilmu baru untuk saya. Terima kasih tulisan ini. Salam :)

Pegawai Khalwat said...

BR
Salam BR, dan selamat hari raya.

Bunga Rampai said...

Selamat Hari Raya juga buat Bro PK sekeluarga - maaf zahir dan batin :)