Sejak dari sekolah rendah, hingga sekolah menengah, hingga ke universiti, arwah ayah aku dan emak aku memang tidak pernah tepuk tangan jika aku dapat apa-apa kejayaan. Tapi aku tidak pernah kecil hati. Kerana mereka akan sentiasa berada bila saja aku mengecap kejayaan dan bila saja aku memerlukan.
Hingga kini pun aku sangat jarang tepuk tangan. Kalau aku tepuk tangan pun, kerana aku rasa sesuatu perkara ini selayaknya mendapat tepukan. Pada aku, hadir secara fizikal untuk menyokong itu sudah cukup baik. Jadi janganlah mudah kecil hati jika orang lain tidak bertepuk tangan kepada kita. Kehadiran orang-orang itu sudah cukup baik.
5 comments:
hoho.sy perasan tu :)
ye, 'physical present' dan kata-kata lebih bermakna, yo :)
tak tepuk tangan pun tak per
asalkan hati tu berdoa yang baik2
aku pernah tengok hang tepuk tangan
Art
Ya ka? Cerita apa?
Post a Comment