Satu lagi kumpulan yang baru pertama kali menyertai Manifestasi Teater Pulau Pinang ialah Kelab Abet Budaya Politeknik Seberang Perai. Mereka bukan setakat pertama kali menyertai program ini, tetapi juga pertama kali berteater, dengan para pelakon yang pertama kali berlakon, pengarah yang pertama kali mengarah dan penulis skrip (yang juga pengarah) pertama kali menulis skrip.
Jadi pastinya banyak kekurangan di dalam pementasan yang diarahkan oleh Shahrul Nizam ini. Meskipun Shahrul Nizam bukanlah orang baru di dalam arena teater ini, tetapi inilah kali pertama beliau menulis dan mengarah. Rebah Di Tirai Besi membawa penceritaan yang non-linear. Plotnya tidak bergerak selari. Kalau kalian nak tahu macam mana, cuba tonton filem Susuk atau Pulp Fiction.
Teater ini mengisahkan Sudin yang cemburukan Samad yang berjaya mengetuk pintu hati Salmah. Ibu Salmah sebenarnya mahu menjodohkan Salmah dengan Sudin yang lebih kaya, tetapi Salmah memilih Samad yang serba kekurangan. Dek kerana itu, Sudin yang juga kawan baik Samad, telah memfitnah Samad melalui rompakan bersenjata. Tapi akhirnya, kebenaran terbongkar jua. Tapi (tapi lagi), disebalik itu, yang mengenakan Sudin ialah penyanyi kelab malam (aku lupa nama dia) yang mencintai Sudin tetapi tidak dibalas.
Secara keseluruhan, teater ini berjaya bergerak sebagai satu cerita. Bagi aku yang telah membaca skrip ini lebih awal, mungkin tidak begitu mengelirukan, tetapi aku tidak pasti apakah situasi yang sama dihadapi oleh audien lain yang menonton cerita ini secara mentah. Tapi aku berperndapat, jika tidak semua, sebahagian dari mereka dapat menjamah isi cerita ini dan ada sesetengah dari mereka yang mempamerkan kekaguman dengan menyuarakan, "ooo... begitu rupanya", "oooo... begini ceritanya".
Kekurangan utama pastinya terletak pada nilai baru; baru dalam segala segi. Baru berlakon, adalah penyumbang utama keterlambatan pacing cerita ini. Walaupun temponya agak baik, tapi pacingnya agak perlahan. Pelakon-pelakon pula sekadar memuntahkan dialog yang dihafal seketul-seketul. Tiada chemistry, kurangnya aksi-reaksi-interaksi antara pelakon. Kalau ada pun, mungkin dibuat-buat atau dipaksa-paksa. Di sinilah yang menjadi sukarnya kerana pelakon perlu meyakinkan audien bahawa beliau adalah penjahat, orang yang teraniaya, suami, isteri. Untungnya kerana meskipun di dalam kekurangan itu, aku rasa audien masih dapat memahami dan menelan watak-watak yang dicadangkan oleh pelakon. Dan untungnya juga kerana lesen besar mereka ialah kali pertama.
Dan kekurangan lain terletak pada kecelaruan konsep yang cuba ditonjolkan oleh pengarah. Kerana aku tidak pasti apakah teater ini bernahu realisme atau sebaliknya. Ada tiga ruang yang dijadikan latar oleh pengarah; pertama, ruang kelab malam, kedua ruang beranda rumah dan ketiga ruang serbaguna yang dijadikan mahkamah, kedai yang dirompak dan stesen keretapi. Menjadi masalah bagi aku bila ruang serba guna itu menjadi ruang yang betul-betul serba guna, dengan set suggestive dan lakonan yang suggestive juga. Keadaan itu menjadi kontradik berbanding latar kelab malam dan beranda rumah yang serba serbinya real. Analoginya seperti sebuah lukisan avant-garde dipamerkan dicelah-celah lukisan romantisme. Bukanlah tidak boleh, tetapi seperti tidak kena dan tidak menepati konsep. Jika ini adalah suatu eksperimentasi, ia sepatutnya berjaya meyakinkan, bukan menambahkan kecelaruan.
Walau bagaimanapun, pujian aku taburkan kepada kumpulan ini, kerana inilah satu-satunya kumpulan yang setelah beberapa tahun manifestasi teater dijalankan, berjaya membawakan seorang pelakon India untuk berlakon. Malahan beliau juga berlakon dengan baik, walau watak beliau sedikit.
Dan tahniah juga kepada kumpulan ini, yang berjaya menampilkan kerja-kerja artistik dan teknikal yang baik (bagi tahap kali pertama membut persembahan). Meskipun nampak kelam-kabut semasa pertukaran babak dengan menggunakan teknik kukus-gril-panggang-kukus-gril-panggang-kukus. Maaf, cubaan buat lawak yang tak menjadi. Pertukaran babak menggunakan teknik cerah-gelap atau tutup lampu/buka lampu, namun pertukaran ini berlaku dengan pantas sehingga mood audien berjaya dikekalkan. Tiada permainan semiotik, cuma pencahayaan digunakan untuk tujuan latar tempat sepenuhnya dan sedikit cadangan-cadangan emosi.
Pendek kata, adalah penting bagi kumpulan ini menerukan perjuangan mereka untuk berteater agar usaha mereka tidak terkubur begitu saja. Mereka punya potensi yang besar, selagi mereka berminat untuk terus berteater dan mahu belajar. Seni itu subjektif. Kritikan aku ini mungkin tidak dipersetujui oleh individu lain. Tetapi jika bercakap secara am, maka di sinilah arasnya. Jangan jadikan kritikan ini satu setback.
Sekali lagi tahniah kepada produksi ini, daripada pengarah, penulis skrip, pelakon dan ahli produksi lain. Kepuasan berteater tidak sama dengan kepuasan buat perkara lain, dan kalian telah pun mengecapinya. Aku menunggu komen lain dari kalian semua. Silakan!
10 comments:
salam..pada saya,walaupon kami pertama kali pentaskan teater..tp kami mempunyai semangat dalm satu kumpulan untuk menjayakan pementasan teater "Rebah Di Tirai Besi"...apa2 pon pada kami,kami telah buat yg terbaik selama 3 hari pementasan di Auditorium P.Ramlee..yg pntg kami enjoy dan berjaya pentaskannya..menang kalah itu rezeki masing2...sekian...
Trima kasih pd komen PK,komen yg sgt bmakna buat kami Abetian's utk trus bkarya & mperbetulkn kesilapan pd dmasa akn dtg. Jujurnya, kami msh mentah dan sgt perlukn input dr insan2 spt PK. Sekali lagi jutaan terima kasih pd semua yg myokong kami tanpa jemu dr mula hingga akhir pementasan..sekalung tahniah buat anak2 Abet & Miss D kerana komited dan positif dlm melestarikan pementasan ini..(Ade bengkel penulisan skrip, roger2 ler :) from: Jang Anon.
Anony
Ya, memang pastinya anda telah buat yang terbaik selama 3 hari pementasan. Itu tidak dapat dinafikan. Tahniah diucapkan.
harap dapat menonton lagi pementasan oleh Kelab Abet Budaya.
Jang Anon
Tak apa. Cuba ingat balik, kita juga mentah bila kita bermula dulu. Tapi kita tak pernah serik dan tak berhenti.
Yang penting kita buat.
Terima kasih...insyallah kalau ada pementasan teater dri abet budaya lagi..insyallah kami akn cuba buat lagi baek...biar kite mula dri awal..dri mentah..insyallah akan datang cantik n baek hasilnye...amin... bak kata mak intan "TERBAEK DARI LADANG... :)
Anony 2
Semestinya. Sangat di alu-alukan.
br terpanggil untuk memuntahkan komentar.
terima kasih atas pandangan tuan pegawai. sesungguhnya, pandangan itulah yang boleh membantu mengisi ruang kekurangan.
ya, memang kami akui, kami kurang dari segala segi. seminggu berkampung di jkkn untuk installation dan set-up membuka ruang kepada kami untuk lebih melihat realiti bidang ini. perjalanan kami masih jauh. otak ini masih perlu diisi. melihatkan pementasan yang lepas, ilmu kami nyata lebih dikit. jika hendak diukur, dengan rasa rendah diri, kami masih jauh di belakang.semoga lompong hitam diisi dengan penuh warna ilmu. Nyata sekali, komen membina seperti ini amat kami alukan.
Memetik kata-kata saudara Mamu Alpacino: "KLCC yang tinggi bermula dari seketul bata"
-Pengurus Produksi RDTB
Pengurus Produksi RDTB
Tiada siapa yang sempurna. Kumpulan yang veteran pun bermula dari bawah, merangkak juga untuk ke atas.
Meskipun sudah veteran, tapi tidaklah bermakna apa yang mereka buat itu sempurna atau terbaik.
Komen ini komen peribadi, berdasarkan pengalaman. Kalau orang yang memberi komen, pastinya agak berbeza, walau mungkin ada sedikit persamaan di sudut tertentu.
Yang paling penting, teruskan berteater.
Psss.. bagitau kat Mamu Alpacino, KLCC tak buat pakai bata, tapi pakai konkrit. Ha ha.
terkenang saat mengajar teater di Politeknik sekitar 2004. Pengalaman yang menyedihkan.
huh!
Semuanya hanya tinggal Kenangan...
Post a Comment