14 March 2007

Imejan Teater "The Maids"






Teater 'The Maids'
Karya adaptasi. Karya asal aku tak tahu siapa.
Arahan Jamiah

09 March 2007

Kuih Gedong Chak

Masih cantik dan segar walaupun dah sejuk sebab di simpan sampai malam. Sibuk beb!

Dah dilondehkan kainnya sarungnya. Menunggu masa untuk dibaham.


Close up kuih gedong chak.


Dah mula beralih arah. Aku kuis. Air liur dah menitis.



Sisa-sisa yang masih tinggal. Itu pun sebab tak boleh di makan.

Kuih gedong chak adalah antara kuih tradisional Melayu Utara yang dah semakin dilupakan. Tak percaya, kalian boleh tanya pada tok-tokwan yang masih hidup. Kalau tanya generasi sekarang ni, aku boleh jamin kerat kuku bahawa ada yang tidak pernah dengar langsung nama kuih ni, apatah lagi merasanya.

Itu aku tak masuk lagi kuih tepung torak, tepung pelita, tepung gomak, yada... yada...yada....

Kapish?

Imejan Teater "Menyerahnya Seorang Perempuan"






Teater "Menyerahnya Seorang Perempuan"
Karya Usman Awang
Arahan Suhadai Hassan
Psss..... pun aku tak tengok habis. Rasanya semua teater bulan ni aku tengok tak habis.

07 March 2007

Imejan Teater "TiVi"






Teater "TiVi" yang tidak habis aku tengok. Antara adegan awal yang sempat di snap.
Karya Faisal Tehrani dari cerita asal Shahnon Ahmad.
Arahan Rozihan Hassan.

06 March 2007

Bulan Teater

Bulan ini sepertimana bulan-bulan yang sama pada setiap tahun, akan berlangsung festival projek tahun akhir Lakonan dan Pengarahan, Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia.

Tapi begitu malang bagi aku, kerana bulan ini juga aku maha sibuk. Sibuk dengan kerja hakiki, sibuk dengan projek Devian Dogma aku, dan menyebabkan aku terlepas persembahan yang pertama, The American Dream. Sayang sangat aku rasa kerana aku tak dapat belajar sesuatu dari persembahan tu.

Ada sembilan persembahan lagi akan datang. Tivi, Menyerahnya Seorang Perempuan, The Maid, Raja Lawak, Sesat, Blind Date, Bukan Bunuh Diri, Tukang dan Terdampar. Dan semua ini dalam laluan latihan intensif pementasan aku. Tak tahulah macam mana aku nak bahagikan masa. Mungkin ada yang akan aku lepaskan.

Jika kalian berminat untuk datang menonton, boleh hubungi aku di sini untuk keterangan lanjut. Akan aku beri petua dan plan.

27 February 2007

Tak Mainlah Keriss! Kuk kik, kuk kik!

Satu ketika (aku memang suka mula dengan ayat ni), aku dan beberapa orang rakan-rakan sedang lepak minum-minum di sebuah kedai makanan Siam. Tidak begitu ramai pelanggan mereka pada ketika itu. Tapi apa yang menarik perhatian aku adalah di satu meja ada empat orang gadis ala-ala minah rempit duduk lepak minum-minum. Mereka datang dengan dua buah skuter yang cap apa aku tak kenal.

Dan tidak jauh dari situ, ada beberapa orang lelaki ala-ala mat rempit sedang duduk bersembang. Tidak lama kemudian datang lagi beberapa orang rakan mereka dengan dua buah motosikal Kriss dan Honda.

Kuk kik, kuk kik, kuk kik gelak gadis-gadis ini.

Menarik perhatian ramai melihat mereka. Tidak tahulah sama ada tertarik atau meluat. Tidak lama kemudian, berlakulah percubaan mengorat oleh salah seorang lelaki dari meja yang aku sebutkan tadi.

Tiba-tiba saja terdengar suara nyaring salah seorang gadis itu. Bukan menjerit, tapi dengan nada yang mempunyai niat untuk memalukan.

"Brader, kalau takat naik Kriss, tak payah try la. Koman-koman ada 125Z baru kami layan!" kata gadis itu, dengan penuh emosi menghina.

Aku tengok muka lelaki itu dah jadi lain. Tapi dia sabar dan cepat bertenang. Dia pun berlalu.
Kuk kik, kuk kik, kuk kik gelak gadis-gadis itu.

"Pakai Kriss ada hati nak tackle!" kata salah seorang dari gadis itu lagi.

Kuk kik, kuk kik, kuk kik!

Aku memang rasa tercabar dan terhina juga. Mungkin kerana aku lelaki, tapi lebih kerana sikap mereka yang memalukan bangsa.

Maka, lelaki yang datang dengan Kriss itu pun beredar. Tinggallah beberapa orang lagi, termasuk lelaki yang dihina tadi. Lalu dia memanggil pelayan.

Dikeluarkannya not seratus, "Kak, kira sekali meja ni dengan meja tu, belen akak simpan."

Gadis-gadis itu terus ketawa. Mungkin mereka rasa lelaki ini mahu menunjuk-nunjuk, lalu sanggup menghabiskan seminggu gajinya.

Kuk kik, kuk kik, kuk kik.

"Terima kasih ya bang. Bawa Kriss tu elok-elok!" kuk kik, kuk kik, kuk kik.

Tapi tiba-tiba ketawa mereka terhenti. Senyap. Terpinga.

Lelaki yang dihina itu mengeluarkan kunci BMWnya, menghidupkan enjin 3 series dengan rim 19 inci. Seorang lagi dengan Perdana V6, juga rim 19 inci dan seorang lagi dengan Satria Neo.

Sebelum BMW itu beredar, lelaki itu sempat menurunkan tingkap dan berkata, "sama-sama!"

25 February 2007

Kesedaran Dari Tuan Punya Kucing

Hari itu, ketika anak aku sedang mengejar seekor ibu kucing dan anak kucing, aku bertembung dengan tuan punya kucing itu, seorang wanita India yang aku rasa sudah lebih separuh abad. Kami pun bersembang seketika.

Tuan Punya Kucing : Ini kucing sudah enam tahun saya bela tau. Dia beranak, mati. Beranak, mati. Dulu ada banyak anak. Sekarang sudah sikit.

Aku : Anak yang dah besar ada juga la?

Tuan Punya Kucing : Ada, tapi sudah besar semua lari dari dia punya mak. Saya ada enam cucu tau. Paling besar sudah sekolah menengah.

Aku : Jaga-jaga jatuh satgi!

Itu pesanan aku pada anak aku agar tidak terlalu ralit mengejar kucing, bukan pada wanita India tu.

Tuan Punya Kucing : Awak tengok, saya pun laki sudah lama lari tinggal saya. Ikut lain perempuan. Tapi saya tarak bunuh anak. Itu perempuan yang bunuh gila punya orang. Tarak otak. Mau marah sama laki marah la. Tapi anak-anak jangan kacau. Dia apa tau?

Tu dia! Betul bak kata Keng dan Bunga Rampai, ilmu, guru dan kesedaran ni boleh datang dalam pelbagai bentuk yang tak diduga.

16 February 2007

Imejan Rantau Budaya II di Bumbong Lima

Bengkel muzik wayang kulit

Bengkel lukisan, arca & cetak

Ibu-ibu gotong-royong menyediakan kenduri makan tengah hari

Hasil bengkel lukisan

Hasil bengkel arca (foto senget)

Ingat lagi aku pernah sertakan foto-foto Rantau Budaya di Merbok, Kedah? Ini koleksi terbaru Rantau Budaya II di Bumbong Lima, Seberang Perai Utara.

07 February 2007

Kebetulan Jumaat Itu

Bila orang bercerita tentang Jumaat, kebetulan aku pun nak bercerita juga. Kebetulan hari itu aku berjemaah solat Jumaat di masjid lain di Tanjung kerana urusan kerja. Kebetulan pula aku agak terlewat, masjid dah penuh, nampaknya terpaksa berdiri mendengar khutbah.

Kebetulan masjid itu terletak dekat dengan restoran nasi kandar terkemuka dan besar pula. Kebetulan ada beberapa orang makcik-makcik, kakak-kakak meminta sedekah. Kebetulan pula ada ramai kanak-kanak sedang berlari riang.

Kebetulan restoran nasi kandar itu katanya setiap Jumaat menyedekahkan berpuluh bungkus nasi kandar pengganti pisang. Kebetulan ketika aku lalu mahu masuk masjid, pekerja restoran itu datang membawa bungkusan nasi kandar. Kebetulan peminta sedekah ada di situ, kebetulan kanak-kanak ada di situ.

Dan bukan kebetulan bila nasi itu tiba-tiba diserbu oleh kanak-kanak itu, ambil tiga empat bungkus sekali, dan bukan kebetulan si peminta sedekah terus meminta sedekah kerana mencari makan.

30 January 2007

Beckham

Sempena Tahun Melawat Malaysia ini, seorang sahabat menjadi tourist guide separuh masa tak bertauliah. Hari itu dia menelefon aku, gabra sungguh nampaknya. Mujurlah aku pun ada berdekatan, lalu aku bertemu dengan dia dan satu pasangan Ingggeris.

Sahabat : Tolong aku oi, aku tak faham apa dia nak.

Aku : Hang kan boleh speaking, apa masalahnya?

Sahabat : Masalahnya aku tak faham!

Aku : So how can I help you sir, mem?

Orang Putih : Oh..... we are looking for men beckham.

Aku : Beckham?

Orang Putih : Yes.

Ah.... Sudah. Aku pulak pening.

Aku : You mean someone with Beckham as his name? Like David Beckham?

Orang Putih : No... no..... no! I don’t want David Beckham. Men who do beckham. You never heard of beckham?

Aku : I’m not sure I follow you sir. I do know David Beckham, but men beckham?

Orang Putih Seorang Lagi : You see, they use horn to draw out blood from someone’s body. Some said dirty blood, I’m not sure what does dirty means, is it contaminated honey?

Orang Putih : I have no idea.

Aku : Oh..... bekamlah! Not beckham!

26 January 2007

Kadar Buta Perut

Suatu ketika seorang pakar ekonomi sedang bersembang dengan aku. Katanya ada beberapa perkara yang diukur untuk menentukan tahap kemajuan sesebuah negara. Kalian boleh betulkan aku kiranya aku salah.

Antaranya katanya, pendapatan perkapita serta perbandingan dengan kuasa beli, KDNK atau KNK mana satu aku pun tak pasti, dan kadar buta huruf.

Maka aku yang masih kelabu dan tidak faham pun bertanya,

"Kadar buta perut tak masuk sekali ke bang?"

23 January 2007

Astro & Bola

Kawan-kawan aku selalu membebel kerana hak penyiaran Liga Perdana Inggeris diberikan kepada Astro. Bukan itu saja, Serie A, Bundesliga, dan La Liga juga dimonopoli oleh Astro.

Jadi bila aku beritahu suatu ketika dulu, yang aku pasang Astro, maka malam itu ramailah kawan-kawan datang buat lawatan mengejut.


Kawan-kawan : Kami mai ni nak tengok Astro.

Aku : Laa...... awat tak habaq nak mai. Peti ais aku kosong ni. Dahla mai lenggang saja.

Kawan-kawan : Takpa, kami mai nak tengok Astro saja.

Aku : Ikut suka hangpalah.

Kawan-kawan : Mana remote?

Aku menjuihkan bibir ke arah remote yang terletak di sebelah televisyen.

Kawan-kawan : Bola channel berapa?

Aku : Bola?

Kawan-kawan : Oh..... lupa, hang baru masuk Astro, tak hafal nombor channel lagi. Bak sini buku panduan.

Aku : Tak payah nak buku panduan.

Kawan-kawan : Hang ingat ka nombor berapa?

Aku : Tak payah ingat. Pasai aku mana bubuh channel sukan.

Kawan-kawan : Laaa........ awat tak habaq awai-awai?

Malu bertanya sesat jalan.