“The theatre is the only institution in the world which has been dying for four thousand years and has never succumbed. It requires tough and devoted people to keep it alive.” -John Steinbeck
15 February 2008
Bukan Prejudis Pada Cauvinis
Aku kata, tidak hilang bisa ular yang menyusur akar.
Sememangnya aku lemas perut dengan orang yang buta perut.
12 February 2008
Buat Baik Berpada-pada, Buat Jahat Jangan Sekali
Ini persoalan masyarakat kita, bangsa kita, bukan persoalan agama. Jika persoalan agama, pastinya menuntut kita berbuat baik sebanyak yang mungkin. Tapi kerana ini adalah pepatah Melayu, maka perkara yang aku timbulkan ini juga berkaitan dengan bangsa.
Ada orang berkata, buat baik berpada-pada, maknanya kalau buat baik itu biarlah berpada-pada. Cukuplah setakat yang termampu dan yang sepatutnya. Kerana kecenderungan sesetengah orang dalam masyarakat kita yang suka memijak kepala. Diberi betis nak peha, diberi peha nak dada, diberi dada nak kepala. Tidak pernah cukup.
Benarkah begitu? Apakah harus kita berbuat baik setakat yang perlu sahaja? Aku timbulkan persoalan ini kerana aku sendiri yang mengalami perkara ini. Iaitu bila berbuat baik pada orang, kepala kita dipijaknya. Ini adalah hasil berbuat baik berulang kali. Aku tahu tidak semua begitu, dan aku yakin pepatah Melayu pun tidak menggambarkan semua orang Melayu, tapi itulah situasinya yang membuatkan aku terfikir.
Dan ini juga membuatkan aku terfikir juga. Adakah buat jahat jangan sekali bermaksud jangan buat sekali, tapi buatlah dua kali atau tiga kali atau lebih. Pastinya akal logik kita menolak telahan ini, terutama jika kalian pejuang bangsa dan agama.
Tapi logik pemikiran orang-orang tua dahulu juga kita tidak tahu setakat mana hebatnya. Mungkin juga buat jahat jangan sekali bermaksud alang-alang berdakwat biar hitam, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Kalau buat jahat sekali, hukuman dunia adalah sama dengan buah jahat berkali-kali.
Bunuh satu nyawa, hukumnya mati. Bunuh tujuh nyawa, hukumnya mati juga. Curi komputer, hukumnya penjara. Curi satu kontena cip komputer, hukumnya penjara juga. Relevankah hipotesisnya?
Dan semestinya aku bercakap tentang hukum dunia, hukuman akhirat tidak aku pertikaikan. Cuma pepatah ini membuatkan aku berfikir. Apakah ada maksud di sebalik maksud?
Apa kata benak kalian? Apa kata hati kalian?
05 February 2008
Imejan Teater Cumbuan Dosa Semalam
Sessi memanaskan badan di auditorium sebelum bermulanya raptai penuh.
Mama menangis mengenangkan nasib diri yang ditinggalkan papa dengan anak yang tidak berbapa yang sah.
Babak 2, Kisah suami yang panas baran dengan isterinya yang terlalu baik hati.
Suami memukul isteri kerana isteri memberikan nasihat kepada suami.
Babak 3, kisah lesbian tegar yang dahagakan nafsu dan lesbian yang keliru antara cinta dan nafsu.
Lesbian tegar menggoda lesbian keliru.
Ibu nazak kerana meminum racun.
Babak 4, pasangan lakon kedua. Ibu tidak percaya dengan surat mati yang ditunjukkan oleh suami.
Suami kecewa dengan isteri yang masih tidak dapat menerima kenyataan walau anak mereka sudah 3 minggu meninggal.
Terima kasih kepada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Pulau Pinang yang membantu membuat jemputan ke maktab dan sekolah-sekolah hingga memenuhkan auditorium ketiga-tiga malam. Terima kasih kepada yang membantu secara langsung atau tidak langsung. Nantikan projek terbaru Bakawalee.
29 January 2008
Iklaneka : Cumbuan Dosa Semalam



Apa yang uniknya tentang pementasan ini, ialah aku bukan sutradaranya. Ha ha! Alangkah girangnya rasa hati. Bebanan tanggugjawab kepada keluarga dan juga bebanan tugas memaksa aku memilih mana satu yang lebih utama.Tapi aku tetap membantu sebagai Pengurus Produksi. Maka segala kerja artistik, aku serahkan kepada Butaseni yang dibantu oleh Jinggo dan juga rakan-rakan lain seperti Tegezoot, Dong dan ramai lagi.
Naskhah teater ini sememangnya mencabar lakonan pelakon-pelakon baru. Aku buat begitu kerana ramai nafas baru di dalam pementasan kali ini. Ada empat kisah yang berbeza, dengan satu maksud yang sama, iaitu manusia yang lupa pada Tuhan.
Ada kisah lesbian tegar, ada kisah sebumbung mengandung tanpa nikah, ada kisah tak mengaku anak mati, ada kisah panas baran tak sedar diri. Intipati dalam semua kisah ni, adalah mereka yang lupa pada Tuhan, dan kisah ini semuanya kisah kehidupan yang aku kutip, yang aku cerminkan dari kisah benar.
Menggunakan format lakonan realisme dan set suggestion (bajet tak cukup!), aku yakin naskhah garapan Butaseni, pengarah baru orang lama ini, pastikan akan menyentuh hati orang yang menontonnya.
Jadi pastikan temujanji anda dengan kami,
1, 2 dan 3 Februari 2008 ini,
di Auditoirum P.Ramlee, Pulau Pinang.
Masuk Percuma
Sebuah Produksi Bakawalee Penang
25 January 2008
Mak Tak Izinkan Kau Pakai Tudung!
Rakan aku ni bekerja sebagai seorang guru. Dia menyewa bilik di sebuah kampung. Sekolah pun sekolah kampung. Bilik dia ditingkat atas. Ruang bawah dimiliki oleh tuan punya rumah. Punya keluarga. Dengan anak yang masih bersekolah menengah.
Rakan aku ini, baru saja menyewa di situ, dan tidak pernah berjumpa lagi dengan semua ahli keluarga tuan rumah, kecuali tuan rumah. Isterinya mengusahakan gerai makan. Katanya menjual cucur udang dan beberapa jenis kuih yang lain. Anak-anaknya semua dah besar, ada yang sudah bekerja, ada yang melanjutkan pelajaran, kecuali seorang yang masih bersekolah menengah di situ.
Ketika rakan aku masuk rumah, isteri dan anaknya bercuti di kampung. Bila buka sekolah baru mereka balik. Itu pun masih tak sempat bertemu muka.
Tapi pada satu hari itu, rakan aku berkata, adalah hari yang paling dia tidak akan dapat lupakan. Hari itu ada rasa marah, geram dan malu yang teramat. Ketika dia bersiap hendak ke sekolah sebelah paginya, dia terdengar suara lemak merdu anaknya memprotes. Makin lama makin kuat. Pada mulanya, dia tak mahu ambil tahu. Tapi lama kelamaan, apabila terdengar butir perbualan anak beranak itu, dia terdesak untuk mendengar.
Anak : Kenapa saya tak pergi macam ni mak? Apa salahnya?
Mak : Tak boleh nak, engkau memang tak boleh ke sekolah macam ni.
Anak : Kawan-kawan sekolah saya ramai yang dah berubah mak.
Mak : Kawan-kawan engkau yang mana satu ni?
Anak : Kawan-kawan sayalah……
Mak : Cakaplah! Mak nak tahu kawan-kawan kau yang mana satu yang engkau maksudkan tu?
Si anak diam seketika.
Anak : Apa salahnya saya pakai baju kurung mak? Apa salahnya saya pakai tudung?
Si emak hilang sabar, lantas meninggikan suara.
Mak : Engkau mak tak izinkan kau pakai baju kurung ke sekolah. Pakai tudung pun mak tak izinkan!
Anak : Kenapa mak?! Kawan-kawan saya dah ramai yang berubah, pakai tudung.
Mak : Mereka tu nak pakai tudung, mak tak peduli! Tapi engkau mak tak benarkan kau pakai tudung! Faham tak!
Rakan aku yang mendengar kata-kata emak itu, terus rasa terbakar. Emak jenis apa yang tak benarkan anaknya berbuat baik. Pakai tudung pulak tu. Selepas itu, rakan aku terus mendengar anaknya menangis merayu-rayu. Emaknya tetap dengan pendirian, tidak membenarkan anaknya memakai tudung!
Hilang sabar, rakan aku turun ke bawah, niatnya nak membetulkan keadaan. Dia tidak peduli apa kata tuan rumah nanti. Dia tidak peduli jika dia terpaksa pindah. Kerana ini perlu diperbetulkan.
Dia ketuk pintu. Kuat-kuat.
Rakan : Makcik! Makcik! Assalamualaikum! Saya ada benda nak cakap ni makcik!
Isteri tuan rumah itu pun datang, buka pintu. Cuba untuk senyum, mungkin marah masih berbekas. Tapi rakan aku hilang sabar. Nampak saja muka isteri tuan rumah, terus dia bersuara dengan lantang.
Rakan : Makcik ni mak jenis apa ha? Anak sendiri nak pakai tudung makcik tak benarkan? Apa salah dia nak menutup aurat? Dia pun dah besar, memang patut pakai tudung! Makcik suka nak tayangkan kecantikan anak makcik tu? Orang macam makcik inilah yang merosakkan anak sendiri! Buat dia orang terjerumus ke gejala sosial, lepaskan salahkan guru-guru.
Muka makcik tu dah berubah, dah tak manis. Dia terus masuk ke dalam, tanpa berkata apa-apa.
Rakan : Makcik nak ke mana tu? Saya belum habis cakap lagi ni!
Makcik itu datang balik, membawa anaknya yang sedang menangis. Ketika itulah muka rakan aku jadi pucat lesi!
Rakan : Ini anak makcik ke?
Makcik : Ya, ini anak makcik! Nama dia Mohd Shahrin. Tapi dia lebih suka orang panggil dia Edora.
Dan aku tidak tahu apa yang terjadi selepas itu, kerana aku dah ketawa terbahak-bahak, terguling-guling.
18 January 2008
Api Yang Basah
Jerit si gadis.
Maka sang jejaka pun datang membawa air, yang dinantikan si gadis.
Dan mereka pun basah bersama, kesejukan.
Api terus membakar menjulang.
(Entri ini adalah komen blog Paranormal)
15 January 2008
Pintu
Aku : Aku nak tanya sikit ni.
Sahabat 1 : Tu nak pekena orang lagi la tu.
Aku : Pernah jumpa tak pintu yang kalau 3 atau 4 orang tolak pun, tetap tak terbuka.
Sahabat 2 : Ha aku pernah jumpa....
Aku : Tapi pintu ni tak berkunci, tak rosak dan serba serbi elok.
Sahabat 2 : Aku baru nak jawab pintu bilik kebal.
Aku : Sebenarnya hangpa pernah jumpa tapi tak perasan.
Sahabat 1 : Pintu apa? Pintu hati?
Aku : Pintu yang tertulis tarik la. Ha ha ha.......
Sahabat 1 : Eh... mana boleh. Ada pintu yang tulis tarik tapi boleh tolak jugak. Macam kat bank tu. Macam kat stesen minyak tu.
Aku : Ceh..... nak menang kat dia jugak.
07 January 2008
Tujuh Kaki
Aku : Hang pa tau tak bila masa manusia akan berkaki tujuh?
Rakan 1 : Dia mula dah, soalan pelik-pelik.
Aku : Berfikir di luar kotak la sama bang.....
Rakan 2: Alahh.... kacang saja tu. Bila manusia tu berkawan dengan kaki ekor, kaki bola, kaki mabuk, kaki perempuan, kaki apa lagi? Kiranya cukup tujuh kakilah.
Aku : Kurang tepat, cuba lagi.
Rakan 3 : Tu nak dekat lah tu. Nak mai dah la tu. Nak mai dah!
Aku : Nak mai kot mana? Tak betoi lagi tu.
Rakan 2 : Abih? Apa jawapan dia?
Aku : Ha ha ha.... bila manusia tu berdiri di kaki lima la. Maka adalah tujuh kaki. Ha ha ha.....
Maka hari itu aku terpaksa bayar sendiri kopi yang aku minum.
31 December 2007
Aku Damba Komik Kepahlawanan Melayu
Antara komik yang aku kumpul hingga tamat adalah Wira-Wira Keinderaan dan Teman Pendekar Helang Sakti karya Tony Wong, diambil ceritanya dari novelis tersohor China, Jin Yong. Aku juga mengumpul komik Pedang Setiawan dan Raja Rimba oleh Ma Wing Shing, tapi dah tak terkumpul kerana episodnya belum tamat hingga kini.
Di sinilah aku melihat bagaimana komik bukan sekadar satu industri, tapi juga sebagai medium pengembang budaya kepada masyarakat luar. Aku rasa aku lebih mengetahui Art of War Sun Tzu daripada Hikayat Abdullah Munshi. Aku rasa aku lebih tahu Hikmat Kebal Loceng Emas Shaolin daripada pecahan buah di dalam Silat Sendeng.
Dan aku rasa aku bukan bercakap bagi pihak aku seorang. Ramai lagi insan yang mengikuti perkembangan komik ini yang mungkin akan bersetuju dengan aku. Mungkin semua itu hanya fiksyen, tapi penerapan realiti budaya itu sebenarnya amat berkesan, terutama kepada generasi muda.
Sayangnya kita tidak ada industri komik yang sebegitu.
Dulu aku masih ingat lagi, ada usaha menerbitkan komik yang harganya 50 sen senaskhah dan memaparkan kisah kepahlawanan Melayu. Walaupun tidak seberapa, tapi usaha itu pada aku sangat baik. Tapi malangnya telah berkubur.
Kartunis Zoy, antara kartunis yang aku kagumi kerana menghasilkan kisah kepahlawanan Melayu di dalam Berita Minggu, setiap minggu. Walaupun mungkin sekadar fiksyen, tapi masih lagi bercerminkan dunia yang nyata. Watak Lang Kuik Si Kuda Hitam dengan ilmu Apungan Dewa dan Macan Semarang dengan ilmu Sapu Angin memukau aku.
Karya sebeginilah yang harus diangkat, dan kartunis baru juga harus mencuba. Tapi ke mana mereka?
Kalau yang ada pun, identiti kartunis muda ini banyak dipengaruhi komik Jepun dan Hong Kong. Maksud aku kartunis yang lahir selepas era Rejabhad, Dato' Latt, Ujang, Gayour dan ramai lagi.
Tidak kisahlah. Persetankan dahulu bab identiti itu. Yang penting produknya itu. Kiranya ada produk komik tempatan yang setaraf dengan komik alih bahasa ini, aku yakin ramai anak muda yang akan berminat mendekati dunia persilatan Melayu.
Dan kiranya komik ini dapat dibawa ke pasaran antarabangsa dan dialih bahasa pula, nah bukankah kita dapat mempromosikan budaya kita? Apakah cukup sekadar mengharapkan kerajaan dan korporat membawa penari menari di luar negara katanya mempromosikan budaya, dan sesetengah filem kita yang mungkin entah apa-apa di mana-mana festival filem dunia, memaparkan budaya kita masa kini yang makin parah.
Budaya tradisi?
Kita ada jalan, tapi jalan itu mungkin tidak cepat mendatangkan untung. Maka ke kuburlah juga jalan itu.
Sudahlah, tak usah berangan menggapai langit antarabangsa. Cukuplah kiranya karya-karya sebegini dapat membangkitkan kembali semangat budaya kita di kalangan generasi muda. Bukannya Jurus Pedang Tanpa Nama Kegeraman Tidak Terhingga, atau Hikmat Bom Asap Ninja atau Jurus Tendangan Tanpa Bayang.
26 December 2007
Bukan Pepatah Kita?
Bila keranda diusung, barulah air mata bercucuran.
Ini adalah dua pepatah yang paling kerap aku jumpa di dalam komik-komik Cina alih bahasa seperti Pedang Setiawan, Raja Rimba, Dewata Raya dan sebagainya.
Persoalannya, wujudkan pepatah ini di dalam bahasa kita?
11 December 2007
Ulasan Yang Terpulas - Bangsawan Tengku Puteri Salasiah
Tengku Temenggung yang gila kuasa dan gila nafsu. Memperkudakan mak inang untuk kepuasan dan kepentingan dirinya.
Menggantikan extra turn. Aku tak tahu apa istilah bagi benda ni.
Tengku Puteri Salasiah sedang menuntut haknya untuk menduduki takhta. Lihat wajah Tengku Temenggung, bapa saudara tengku puteri yang amat jahat itu. Menggambarkan rasa tidak puas hati.
Babak silat tidak boleh diketepikan. Panglima Mendaling berbaju cerah dan berkulit cerah sedang bertarung dengan Tuan Tanah celaka yang berbaju gelap dan berkulit gelap. Berlaku penindasan di kampung-kampung oleh Tuan Tanah dan pegawai istana. Tengku Puteri Salasiah turun sendiri bersama Mak Inang dan Panglima Mendaling untuk menyiasat.
Inang-inang sedang bergurau senda.
Pakatan jahat antara Tengku Temenggung bersama Orang Kaya Laksamana, Orang Kaya Shahbandar dan Orang Kaya yang aku tak ingat namanya, untuk merampas takhta agar Tengku Temenggung menjadi Sultan yang sah. Lihat muka jahat Tengku Temenggung itu.
Mak Inang dan Panglima Mendaling sedang bercengkerama, bercinta-cinta sambil dihendap oleh Tengku Puteri Salasiah.
Tengku Puteri Salasiah dibebaskan dari penjara oleh Mak Inang dan Inang, dan sedang berhadapan dengan bapa saudaranya.
Pertarungan maha ganas daripada Orang Kaya Laksamana dan Panglima Mendaling yang sama-sama hebat. Masing-masing harimau berantai Tengku Puteri dan Tengku Temenggung.
Giliran Tengku Temenggung pula menunjukkan kehebatannya kepada Panglima Mendaling. Malangnya, Tengku Temenggung bukan orang baik, maka dia kalah di tangan Panglima Mendaling dan diberkas.
03 December 2007
Break A Leg
Oleh itu, bagi menggantikan "good luck" itu, maka digunakan "break a leg".
Sebab itu jangan hairan kalau ada yang mengucapkan "break a leg" pada ahli produksi satu-satu pementasan.
Tapi aku rasa, penggiat teater di Malaysia ni tidaklah percaya kepada perkara yang supersitious macam ni. Kalau menyebut "break a leg" pun sekadar satu ikutan.
Kita ni kan suka mengikut orang. Kan? Kan? Kan?