07 November 2005

Cinta Madinah dan Geng Teater Kedah

Akhirnya..... aku berjaya menemui sebuah warung siber yang boleh aku kira laju juga talian internetnya. Dan akhirnya aku boleh menulis dengan rasa lega.

Mungkin tidak ramai yang menonton drama sempena Ramadan, Cinta Madinah yang ditayangkan di TV1 setiap malam Ahad dan Isnin, 10.00 malam. Aku sendiri pun tidak pernah. Tapi pada suatu malam tu setelah berada di kampung untuk cuti beraya, aku terpaksa juga menonton saluran teresterial kerana tiada ASTRO. Dan aku pun telah termenonton (jangan ikut perkataan ni, salah dari segi kosa kata) drama Cinta Madinah lakonan Seniwati Sarimah, Shukrey Hashim, Wardina, Zul Yahya dan ramai lagi.

Tapi yang amat menarik perhatian aku ialah lakonan yang aku boleh kira mantap dari beberapa orang geng teater Kedah yang aku kenal. Along, Zaheera, Ed Kota, beberapa orang lama yang aku tak ingat nama telah memberikan lakonan yang memberansangkan sebagai pelakon drama amatur. Aku cukup bangga. Kerana sebelum ini, para penggiat teater Perlis juga telah diberi peluang yang sama di dalam beberapa buah drama misalnya Sepi Angin Ke Kota London.

Ini membuktikan bahawa orang teater/bangsawan ini serba boleh. Mungkin lakonan drama dan pentas agak berbeza, tapi fundamentalnya tetap sama. Inilah yang memungkinkan mereka ini menghidupkan setiap watak yang diberi.

Harapan aku, moga-moga selepas ini para penggiat teater Tanjung pula mendapat peluang yang sama. Sebelum ini memang sudah ada, tapi rasanya tidak ramai yang berpeluang seperti lapis-lapis baru ini. Yang sudah menunjukkan bakat mereka cumalah beberapa orang yang aku kenal seperti Ann Nurbaya dalam drama terbitan Darling Ngasri dan Art dan Hani dalam iklan Maxis 3R (iklan pun jadi lah).

Tapi kalian harus memilih.........

3 comments:

artisticklytouch said...

Peluang jarang-jarang ler datang, bila datang pulak, bdak2 kita banyak sangat komitmen. semua kerja, mana leh tinggal. kalau nak mengulat pun aku rasa depa tak gamak, tak ada passion, berlakon sebab kawan2 jer. Kalau nak kira audition kat Kakiseni tuh berlambak! senang2 bleh dapat, aku kalau tak sangkut dengan actors studio nih dah lama p KL tapi sangkut dengan actors studio lagik best

lotsachi said...

kalau p kl, sangkut...tinggal kat penang, sangkut jugak. bezanya temporari atau full time. :)

Pegawai Khalwat said...

betul kata ko Art, betul kata member ko Art. Kat Penang ni lain skit. Kiranya komitmen membataskan. Part time or full time la.

(Aku dok tunggu VCD yang Man A.J. nak buat, kot la kita semua bole belakon. Mua ha ha ha ha!)