22 November 2005

Sepagi di Istana Negara

Aku baru pulang dari Kuala Lumpur semalam. Dan macam juga tajuknya, memang aku ke Istana Negara mengadap SPB Raja Permaisuri Agong untuk menyerahkan foto-foto Pameran Imbas baginda. Dah tentulah bukan aku yang mengadap, tapi boss besar aku yang mengadap, aku ni pencacai bawa foto je.

Sememangnya aku berterima kasih di atas peluang yang diberi ni. Bukan selalu nak pijak kaki dalam Istana Negara. Kalau setakat melukut depan pintu besar tu lainlah, ditemani dua orang soldadu berbaju merah di atas kuda putih masing-masing (tiada kaitan dengan Four Horsemen).

Apa yang aku nak angkat di sini ialah ke'gah'an Istana Negara itu, sebagai lambang ketuanan Raja-Raja Melayu. Aku masuk ikut ruang pejabat Istana yang sedang diubahsuai, langsung ke ruang untuk pemberita (I think! Siap televisyen plasma lagi!), kemudian terus ke Dewan Kecil (namanya Dewan Kecil, memang kecil cuma tak macam dewan, lebih kepada ruang tamu yang teramat mewah).

Di situlah upacara penganugerahan berlangsung dan upacara penyerahan 1 daripada lebih daripada 40 buah foto Baginda. Protokolnya ada, tapi mudah saja. Entah mengapa orang selalu menggembar-gemburkan bahawa protokol Di Raja ini sangat menyusahkan, lebih susah daripada pesakit ulser menelan cokodok pisang. Tapi pada aku, bila dah terlalu ramai yang ambil tahu dan buat-buat tahu tentang protokol inilah yang menyebabkan kesusahan berlaku.

Dan untuk masuk ke Istana Negara pun tidaklah sesukar nak bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat. Tak perlu nak scan senjata, tak perlu ada guard dog, cuma perlu ambil pas pelawat. Betapa amannya negara kita.

Agak rugi juga sebab aku tak bawa kamera (aku mana ada kamera!), jika tidak boleh juga aku riak kecil dengan sahabat-sahabat kerana dah pernah masuk Istana Negara (masuk langkah kaki sahaja, entah-entah sahabat aku dah ada yang bersalam dengan SPB YDP Agong).

Riak kecil.... jangan tak riak... (syaitan menghasut)

6 comments:

Anonymous said...

uihh..uih,...kira ok ler tu..chewah2 masuk Istana Negara (IN)

ni kami nk pindah umah dah ni..ya la..dh siap bleh ler pindah bulan Januari 2006 nanti..umah sendiri kira ok ler..lgpun untuk Anas..

meh ler tolong..meh ler..meh ler..pc dh ok ker..??

artisticklytouch said...

Saper Anas? Sorrylah dah lama tak amek tahu pasal korang nih....

Eh, ini blog chorpekan....

Eleh takat masuk Istana Negara, aku dah masuk Istana Budaya tau.... hehehhe senang citer tak best la Istana Negara tuh? So, macam mana? diaorang cakap macam dalam citer bangsawan tak? berkiok2... susah2 sangat suh diaorang je berlakon bangsawan hehehehhe

bercakap mengenai bangsawan, minggu nih aku tak mai sbb mark dah start rigging and tech run

Pegawai Khalwat said...

Mana ada cakap kiok macam tu, semua tala serupa ja. Cuma yang bersembang dengan Tuanku tu control la skit.

Untuk fairygal, nak panggil minta tolong ni kena rasuah. Tu la, orang suruh turun gak tengok apa yang patut tak turun. Ni kalau orang tanya, depa tak join kita pun buat apa nak tolong nak cakap apa? Orang lama macam kami tak pa la, orang baru? Tak pa, jangan risau, yang penting ada rasuah. Bole jalan punya.

Art hang tak mai training? Elok la tu, aku pun dah letak jawatan SM sebab tarikh show clash dengan komitmen kerja aku. Rumours Man AJ ganti.

Anonymous said...

nak wat camnaaa..kan dh kata klu tak dak pa pa musti turun nyaa..sbb ada pa pa la tk turun..dulu lain la lain kna adjust betui2...ala 2,3 org cukup arrr kan banyak pun harta karun nih..

nih..abg Latt ada sms kata "Sepi Angin Kt Kota London" dh tayang..tp aparaaa tayang kul 5.30 pm org keja laa..pangkat housewife leh la layan tgok..pangkat keja2 nih..tak leh tgok la..tk pa laa..

Pc cam naa dh ok ka..??

Pegawai Khalwat said...

PC dah ok. Bole pakai.

artisticklytouch said...

ko betul ke nak rasuah ikan bakar fairy gal?