09 November 2007

Bunga Telur

Seumur hidup kalian, aku sangat pasti kalian mesti pernah pergi makan kenduri. Setidak-tidaknya sekali sepanjang jantung kalian masih berdegup. Tidak, rumah terbuka tidak di kira kenduri. Bohsia yang jadi hadiah pertaruhan lumba haram mat rempit pun tidak dikira kenduri. Maksud aku, kenduri kahwin dan aku khususkan pada kaum Melayu.

Kalau kalian kata tak pernah, maka berhentilah baca entri ini.

Baik. Kecilkan fokus. Aku tidak mahu bercakap bab mentara. Tempat lain aku tak tahu kalian panggil apa. Tapi kalau sebelah utara ni, mentara adalah sukarelawan yang datang tolong masak, cuci pinggan, angkat talam lauk pauk nasi dan sebagainya. Upahnya cumalah lauk pauk yang ada, rokok dan juga jaminan bahawa tuan rumah pula akan menolong mereka bila sampai giliran mereka kelak untuk berkenduri.

Aku nak bercakap tentang budaya bunga telur yang kalian mungkin tidak sedar signifikannya di dalam budaya Melayu. Biasanya, selain daripada pengapit, pengantin juga akan diapit oleh sejumlah bunga telur yang cantik-cantik yang biasanya akan diberikan kepada tetamu rapat tuan rumah. Bagi yang hadir menjamu selera sahaja, biasanya mereka akan diberikan juga telur walaupun bukan dalam bentuk bunga telur. Mungkin diletakkan dalam kotak, plastik, seramik, rotan dan sebagainya.

Tapi apakah kalian sedar sebab telur dipilih sebagai saguhati kepada tetamu yang sudi hadir? Sebenarnya, telur ini secara metaforanya merupakan satu harapan bahawa pengantin ini akan mendapat zuriat. Telur adalah lambang kesuburan. Tetamu yang menerima saguhati telur atau bunga telur berkenaan secara tidak langsung mendoakan kesuburan pasangan pengantin berkenaan.

Selain daripada itu, telur juga sebagai simbol peribadi tuan rumah. Telur yang bersih, di masak dengan elok, tidak separuh masak, lembik dan sebagainya, akan dinilai oleh orang tetamu yang menerimanya. Gopohkah, cermatkah, tergesa-gesakah, kedekutkah.

Aku rasa, tidak ramai yang sedar tentang perkara ini, meskipun keluarga pengantin dan pengantin itu sendiri. Pemberian bunga telur ini cuma dianggap merupakan amalan turun temurun dan digunapakai oleh keluarga Melayu yang membuat kenduri. Mungkin benar, tapi mungkin juga sebab musabab itu sekadar satu telahan kosong sahaja. Aku cuma ingin membuktikan bahawa Melayu ini kaya dengan budaya, yang ramai pandang remeh dan tidak ambil tahu.


Sekarang ini, bunga telur mungkin masih ada, tapi telur untuk tetamu biasa sudah diganti dengan gula-gula. Kian masa berubah, budaya pun berubah mengikut peredaran masa. Mungkin masa akan datang, orang akan berkata pula gula-gula berkenaan diberi sebagai tanda kenangan manis tetamu yang datang. Siapa tahu?

21 comments:

Butaseni@Wan Raja said...

oooooooooooooooo hoooooooooo hooooooooooo hooooooooooooooo. :D

Butaseni@Wan Raja said...

baguih info ni.nanti aku kawin hang anyam kat aku no?hehehe

Anonymous said...

salam.
en peg khalwat, tempat lain depa pangge mentara tu as 'penanggah'.
baguih gak noo..selama ni x tau pon. signifikan disebalik pemberian bunga teluq tu:)

hana

Anonymous said...

masa kenduri umah hang dulu ada bagi bunga teloq tak?

crunchyahcock said...

lani baru aku tau... trema kaseh pada kao wahai dewataraya.

nanti aku ingat nak bagi telur penyu, sebab penyu sentiasa balik ke tempat asal bila nak betelur. maksud aku nak bagi depa ingat dimana bumi di pijak.

- G O R O - said...

Kaya sungguh bangsa Melayu kita ini.

Kaya budi bahasa
Kaya adat

Pegawai Khalwat said...

Butaseni
Dah tau? Tangan atas, tangan bawah.
Anyam apa pulak?

Penanggah
Belah mana yang panggil penanggah tu?

Anony
Ada....

Ahcock
Nanti? Humm... entah bilalah nak kena menanti tu.

Goro
Ya memang kaya.

Bunga Rampai said...

Bukan mudah menghargai budaya (terutama oleh generasi muda) apa lagi memupuknya kalau tidak memahami asal-usul dan sebab-akibatnya.

Menarik saya kira andai budaya seperti ini dapat diangkat dan dipertontonkan kepada khalayak oleh penggiat teater :)

Terima kasih tulisan ini.

Salam.

Farahz said...

info bagus.. tersgt la tersirat rupanya pemberian bunga telur ni,

jinggo said...

macam tu rupanyaaaaa......
baru aku taauuuuu...........
satu info yang baguih......

crunchyahcock said...

pegawai... nak ajak bebudak trening x bagi ramai 18nov nanti?tny butaseni skali...

Pegawai Khalwat said...

BR
Bagaimana nak menhargai kalau tidak tahu?

Farahz
Itulah kelebihan orang kita.

Ahcock
Nak ajak tu boleh. Tapi pastikan la yang sporting, tak mau macam dulu yang semuanya boring dan depa pun kena bawa pot of luck.

Qaseh Bidadari said...

skrg ni mcm2 ado..gula2,sapu tgn,buah limau n mcm2 lg...

blackpurple @ jowopinter said...

Kat tempat aku di Muar sana pun dah jarang yang bagi telur. Telur pindang lagilah...

Unknown said...

laaaa lagu tu kaaa? kesuburan? baru la ceq tau...byk tahun hidup baghu la tau haha....tp skang org dok bagi cokelat x pun gula2..bunga telur kat pelamin saja.

kalau kat johor/s'pore depa panggil mentara/penanggah ni...rewang...

DeeN said...

OHooOO.. lagu tu ka. Tapi skang nih selalunya org bagi gula2, takpun potpuri jer. Mungkin sebab mudah kot.

Ku Keng said...

Dulu telur diwarnakan merah. Ikut fengshui ke mereka? Disebabkan saya tak makan daging, selalunya saya akan makan terus telur itu bersama nasi. Ada yang mengatakan pula tak boleh kerana melanggar adat. Harap-harap perbuatan ini tak memandulkan pengantin!

Izariza said...

Salam,

Menarik isu yang dikupas. Dan lebih menarik persoalan di akhir perenggan itu. Apapun, itu suatu adat, adat dicipta manusia. Dan kerana manusia itu tidak fana, maka adat boleh berubah mengikut urf .. berubah dan berubah lagi ..

Tapi, rasa saya, hadiah bunga telur lebih manis dan bermakna daripada gula-gula atau sapu tangan sejengkal.

Pegawai Khalwat said...

Mama Ranggie
Mujur tak ada yang beri kondom.

BP
Itulah yang aku maksudkan.

Halogamora
Oh... rewang ya. Ilmu baru ni.

Nuraddeen
Mudah atau malas?

Keng
Kenapa Tuan Keng tak minta lauk kari ikan (biasanya ikan talang kering)?

Telur warna merah? Entahlah.

Izariza
Jangan keliru antara adat dan budaya.

Arcane said...

Sila ke http://islahkankesatria.blogspot.com ada cerita pasal budak2 Komander Kesatria Negara UiTM Shah Alam yg nak tiru perangai Pak2 Menteri yg gila kuasa...

DeeN said...

er..er.. malas? Er..er.. mungkin la kot. Tapi gula2 lebih sweet. Hak hak hak!!