27 March 2008

Kiblat Sketsa Boria

Salah satu elemen penting di dalam persembahan boria selain daripada muzik, tarian dan nyanyian, adalah sketsa boria. Dalam sketsa boria ini, topik yang nak diperkatakan mestilah sama dengan rangkap karangan yang akan dipersembahkan di dalam boria.

Seperti mana dikir barat dan wayang kulit Siam yang menggunakan dialek Kelantan, Dondang Sayang yang menggunakan dialek Melaka, wayang kulit Gedek yang menggunakan dialek Kedah Siam, begitu juga sketsa boria yang lebih afdal menggunakan dialek Tanjung.

Di dalam Festival Boria Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM) 2008 baru-baru ini, sebanyak 10 buah universiti telah mengambil bahagian. Dan pastinya lakonan sketsa boria dilakukan bukan hanya oleh orang Utara, malahan orang Pantai Timur dan Selatan.

Usaha mereka untuk cuba menggunakan dialek Tanjung amatlah dikagumi dan dihargai. Meskipun pastinya tidak boleh 100 peratus sama dengan masyarakat di sini, tetapi usaha mereka patut dipuji.

Cuma sayangnya, rujukan tentang gaya bahasa nana dan mami agak kurang, menyebabkan kebanyakan mereka ini berkiblatkan filem-filem tempatan berkenaan budaya hidup dan bahasa di Tanjung ini, di mana ada di antaranya kurang tepat dan berlebih-lebihan (exaggerate) malahan ada yang sengaja dikomikkan.

Oleh itu, produk sketsa boria pada festival berkenaan, meskipun lucu, bermesej dan menepati tema sesetengahnya, tapi ada di antara watak-wataknya merupakan salinan kepada watak dalam filem-filem berkenaan yang tidak mencerminkan karakter masyarakat di sini secara total.

Sayang sekali.

10 comments:

Butaseni@Wan Raja said...

sumber rujukan yang kebanyakkan kumpulan sketsa ni ikut memang melencong.lebih-lebih.imej ini juga memberi gambaran buruk orang terhadap penduduk tanjung.seolah-olah orang tanjung memang cakap kuat-kuat,suka tolak kepala dan suka penaya orang.

ps:hang nak aku kena penggal kepala?

Bunga Rampai said...

Salam,

Mereka telah mencuba, dan usaha ini harus dipuji. Sekurang-kurangnya Boria terus dipersembahkan, tidak hilang dari persada seni tempatan.

Setuju. Kajian dan rujukan amat penting, apa lagi dalam usaha mengekalkannya sebagai salah satu seni tradisional yang akan diterajui pula oleh generasi baru.

p/s: 1) 'Bila lagi Kompang Berbunyi' - tajuk dan poster yang memikat. Tapi kecik sangat tulisan - tak nampak. Teater ini persembahan Bakawalee? Siapa penulis skrip dan pengarahnya?

2) Ada rancangan nak bawa teater ke KL tahun ni? Kalau ada,apa nama teater?

Tq.

artisticklytouch said...

tu dia...nana dah marah!! Orang Penang..

cakapnya meleret-leret
cakapnya golek-golek pala
cakapnya dengan tangan yang mencapah-capah menunjuk ke sana sini

eh, orang Penang memang cakap kuatlah
memang suka tunjai pala la

tapi orang seberang tak macam tu la
he he

cik bunga rampai....'kompang tuh dah lama berbunyi' ha ha

orang kampung said...

full colours nya hidup ni...

sinaganaga said...

Oit2! DBP kat Bagan suruh bawak MASKARA mari sana. Ermmm, kalu dapat berkerjasama dengan kumpulan hang alangkah baguihnya!

Oit2! Buat kat mana bagiuh na?

crunchyahcock said...

ni sume razak mohaideen punya pasai... sh***ke tul...

Faizal said...

rasanya kena ada tpt rujukan yang betul.. razak mohideen tak bley pakai.. over sgt filem dia tu. org utara main dk barat pon ada beb.. seni itu milik semua..

Pegawai Khalwat said...

Butaseni
Ada sesetengah macam tu, tapi tak semua.

BR
BLKB tu posternya besar, tulisannya besar, tapi bila dah di shrink, sebab itu jadi kecil.
Show tu Te.Ta.Mu. punya.

Ke KL tu memang ada hajat, tapi kalau tak ada sumber kewangan, terbantutlah jugak.

Art
Aku orang seberang. Ha ha ha....

Orang Kampung
tapi tak semua flying colors.

Naga
Boleh aja. Kalau nak kerjasama. Ada banyak tempat yang baguih, tapi kena tengok time yang sesuai.

DBP Bagan sapa pegawai projek? Khairiyah? Apa-apa contact e-mel aku.

Ahcock
Tak leh nak salah dia jugak. Sebab itu saja sumber rujukan paling mudah.

Pezt
Itulah. Sapa yang nak pegang tanggungjawab jadi tempat rujukan tu.

Penjejak Badai said...

bro x dak reja kosong ka?pulus dah x dak ni...kalau ada pape projek ulur2 sket

m i n e r a l . . . said...

lari tajuk skit...
sy pernah dgr dikir barat dlm bahasa hindi, mengalunkan irama bollywood, pernah juga dengar dondang sayang dlm bahasa inggeris,
errr tp sy belum pernah dgr boria dlm loghat bahasa lain... mungkin ada, tp sy tak pernh dgr lagi...
jap imagine, kalau boria dlm loghat kelantan, ermm camner rupanyer erkkk.....

[[ sy masih ingat, seorg cina, berbaju kurung, memakai nandek, bersembahyang dikuil india...di Ipoh, muhibbah malaysia ini]]