07 August 2009

Dusta Pada Skala 1 Hingga 10 - Cerita 4 Peringkat

Dusta Pada Skala 1 Hingga 10 yang dipentaskan pada festival tempoh hari, dilihat dari kaca mata yang berbeza, oleh penonton pelbagai peringkat usia, ilmu dan mentaliti. Itu pun tidak ramai yang menonton dek air bah yang melanda. Banjir naik sejurus sebelum cerita bermula dan tamat beberapa ketika selepas cerita berakhir.

Aku meletakkan cerita ini pada empat peringkat.

Peringkat pertama, yang ditonton dan dibaca pada lapisan luar oleh sesetengah audien. Aku biarkan audien membaca paparan cerita ini sebagai sebuah cerita yang memaparkan sifat manusia yang mementingkan diri sendiri, terutama pada waktu yang teramat mendesak. Pada ketika ini, apa saja boleh terjadi. Maka yang mereka lihat adalah watak dan perwatakan, serta kaitan antara watak itu dengan diri mereka. Sangat penting bagi aku menerbitkan rasa ini, agar mereka akan terfikir, adakah aku manusia seperti itu. Dan lebih baik jika sampai ke tahap mereka meletakkan diri mereka dalam situasi itu, dan berfikir apa yang akan mereka lakukan.

Peringkat kedua, bila lapisannya dikupas oleh sesetengah audien lain dan melihat kepada metafora yang dilampiaskan di dalam cerita ini. Metafora ini tidak semestinya terhad kepada keadaan semasa sahaja, kerana sebenarnya ia relevan dalam dunia kita yang kucar-kacir ini. Dalam kes cerita ini, sememangnya aku mengaitkan situasi sosial dan politik semasa ke dalam cerita ini. Ini adalah lumrah dalam mana-mana penulisan, tidak kira ianya skrip teater, novel, puisi atau sebagainya. Cuma mungkin dalam teater, ada sesetengah penulis melindungkannya dengan pelbagai perlambangan. Tidak terkecuali aku dan hampir kesemua naskhah teater yang aku tulis. Jadi dalam cerita ini, aku meletakkan pelbagai lapisan masyarakat, daripada pemerintah, borjuis, marhaen, artisan, artistokrat, kepada ekstremis. Di dalam sebuah strata sosio-politik yang pelbagai ini, apa saja sanggup dilakukan demi mencapai sesuatu, terutama dalam keadaan yang mendesak.

Peringkat ketiga, ialah intipati penulisan ini. Ada sesetengah audien, yang pada pendapat aku tidak ramai, yang melihat sedalam-dalamnya intipati penulisan cerita ini dan pementasannya di atas pentas. Sebenarnya, intipati ini terletak pada mata pandang audien itu, bukannya pada penulis atau pengarah teater. Tetapi pastinya kerja pengarah adalah untuk menjelaskan seboleh-bolehnya intipati cerita itu biarpun secara terlindung. Dalam cerita ini, intipati sebenarnya adalah kisah pengorbanan. Berkorban atau mengorbankan. Dan intipati itu aku bawa ke dalam kehidupan, sama ada dalam produksi ini mahupun ke dalam kehidupan audien yang menonton dan menilai. Sejauh mana pengorbanan yang kita sanggup lakukan untuk mencapai sesuatu, dan sejauh mana kita sanggup mengorbankan orang atau sesuatu untuk mencapai sesuatu.

Dan peringkat yang keempat, adalah nawaitu tunggal aku membikin semua skrip teater dan juga mementaskannnya. Iaitu berfikir. Aku suka kalau kita jadi masyarakat yang berfikir. Aku mahu jadi sebahagian daripada usaha untuk melahirkan masyarakat pemikir. Pemikir dalam erti kata masyarakat yang mampu membuat penilaian yang kritikal terhadap sekecil-kecil perkara, sehingga ke sebesar-besar isu. Bukannya sekadar telus menelan dan menghadam apa yang dilonggokkan depan mata. Masyarakat kita akan menjadi lesu dan tepu jika malas berfikir.

Nah, inilah dia yang aku palitkan di pentas sebagai penulis dan pengarah. Sekarang terpulang kepada audiennya. Sebab itu aku selalu berpesan, lihatlah dari mata burung, bukan dari dalam tempurung.

15 comments:

Aloy Paradoks said...

m. nasir arrrrrr.....

Claire said...

good!

Anonymous said...

FIKIRMAN....


WAK

Aloy Paradoks said...

projek KoKEN volume 2...
amacam? lu mesti datang ye tak?
boleh belanje gua teh ais segelas.

Butaseni@Wan Raja said...

ooooooooooooo
baru aku paham

Bunga Rampai said...

Tulisan yang membuka mata fikir.
Padat dengan cerita dan pesan! Tabek!

Salam :)

Deana Amane said...

ini jadi rujukan saya, TQ!

Anak Antu Seni said...

sebab itu lah teater memanusiakan manusia.. dan teater memanusiakan aku...walau pun pada hakikatnya aku ialah anak antu..

Anonymous said...

saya baca entri ini secara berperingkat peringkat.. :)

Pegawai Khalwat said...

Aloy
Lu punya entri pun macam M.Nasir, lagi mau sembunyi aaa...

Claire
Good?

Wak
Wakman.

Aloy
Koken 2 gua cuba. Kalau gua datang gua halo lu.

Butaseni
Hang saja simpan kuku. Maklumlah bekas pensyarah fesyen.

BR
Tulisan BR apa kurangnya. Kerap membuka mata hati.

Misa Amane
Rujukan?

Anak Antu Seni
Hang kena repair interpersonal skills.

Rena
Tak apa. Baca pun dah cukup baik.

Anonymous said...

-AKHIRNYA PEGAWAI KHALWAT MENUNJUKKAN DIRINYA(IDEA DARI WAN GENDUT)

-WAN AZRUL,ANAK ANTU KG.MELAYU...gila-gila rah


WAK

Anonymous said...

saya tak bijak dan cuma mampu baca artikel ini pada peringkat satu ja...

-ahmadfadli.wordpress.com-

Sengal Ubi said...

dah kata dulu skrip pegawai khalwat boleh pergi jauh. dulu tak percaya, sekarang percayakah? hahaha!

Arjuna said...

Skrip Dusta ni idea dari filem Saw ke? Sebab bila baca skrip ni teringat kat filem Saw.

www.77yum.com said...

h漫卡通a漫卡通
成人情色18禁
情色影音室
少婦自拍不雅照
免費色情聊天室
免費提供視訊交友
h漫卡通a漫卡通
動畫卡通中文字幕
少婦自慰偷窺人網站