11 August 2009

Telur Ikan Tembakul

Betulkan kalau aku salah.

Mengikut legenda Batu Belah Batu Bertangkup, Mak Tanjung merajuk kepada anaknya Melor dan Pekan, kerana Pekan dengan suka-suka hatinya memakan panggu telur ikan tembakul yang sepatutnya di simpan kepadanya. Lalu Mak Tanjung merelakan dirinya ditelan batu belah batu bertangkup.

Ini bukan isu batu belah batu bertangkup.

Siapa di sini yang tahu apa itu ikan tembakul? Kalau mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, ikan tembakul merupakan ikan belacak.

Persoalannya, bagaimanakah rupa fizikal telur ikan belacak.

Dan persoalan kedua, bukankah di dalam legenda ini, ikan tembakul merupakan ikan darat atau ikan sungai?

Musykil.

Persoalan ini timbul bila aku bersembang dengan Prof. Madya Dr. Samat Salleh.

19 comments:

Anonymous said...

Bukan ikan belacak tu selalu orang buat minyak untuk besarkan otot-otot tersembunyi ke ?

Then Mak Tanjung.....?

Mmmm..abaikan Tuan PK ye

-ahmadfadli.wordpress.com-

crunchyahcock said...

solan tersembunyi.... apa hukum makan binatang dua alam? huhuhu

tegezoot said...

aku rasa penulis skrip cerita ni tak guna teknik tulis dan peram.

Aloy Paradoks said...

tembakul dan belacak mmg sama.... kg gua mmg byk ikan tu....

Anonymous said...

AWAT DAH TAK ULANG CITA TU AAH...CITA KLASIK LAIN ADA PLAK...
"batu belah batu bertangkup...ambil lah aku telan lah aku..aku kempunan telor tembakul"lalu memerahkan susu dan dibungkus kepada Pekan....


WAK

Anak Antu Seni said...

ya kalau lagenda semua benda pun leh jadi batu makan orang,darah jadi putih,orang jadi batu,orang jadi ikan,miskin jadi kaya, jebat jadi...

Pegawai Khalwat said...

Ahmadfadli
I don't know. You tell me.

Ahcock
hang pun dah boleh jadi pemikir!

Tegezoot
Aku rasa tak ada penulis skrip pun, sebab cerita lisan.

Aloy
Telur dia memang boleh dimakan ke?

Wak
Aku tak kerja stesen tivi.

Anakantuseni
Kalau hang jadi batu belah batu bertangkup pun ok jugak.

Unknown said...

bincang ilmiah namanye ni.
ikan tembakul = ikan belacak itu betul.
rupa telur ikan belacak mmg x pernah tgk lg.

jinggo said...

belacak boleh makan.....?
eerrrmmmm.....
ada org kata boleh makan.....
tembakul tu belacak jugak ka.....?

Sengal Ubi said...

orang kata ikan tembakul ikan dua alam, tak boleh makan. tapi buat apa mak tanjung gigih sangat nak makan telur ikan tembakul kalau ikan tembakul tak boleh makan? musykil di situ. hahaha!

patungcendana said...

sorry...aku ni...ikan belacak pun aku tak kenal...ada nama lain tak?

artisticklytouch said...

cerita asal tak di edit...setuju dengan kata azrul tuh, macam-macam boleh jadi.

jebat pun buleh jadi gay mamak..eh!! he he

abu musarrif bin abu bakar said...

telur dia,macam telur sotong sikit...

ryann said...

tahu pasal ikan tembakul itu ikan belacak. yang lain lain tak tahu

Bunga Rampai said...

Wow, saya terkedu membaca tulisan ini! Menggertak minda.

Biasanya dalam aktiviti bercerita, hanya sudut pengajarannya saja yang sering diketengahkan. Namun tulisan ini telah membuka ruang untuk melakukan kelainan yang boleh mencabar daya fikir kanak-kanak. Terima kasih entri ini!

Salam :)

Pegawai Khalwat said...

Halogamora
Aku pun tak pernah tengok.

Jinggo
Apa yang hang tak makan.

Sengalubi
Orang dulu kurang sikit pengetahuan agamanya. Agaknyalah.

Patungcendana
Ikan tembakul.

Art
Ha ha ha, Jebat ada darah Tun Ali.

Abu
Betoi ka auta?

Ryann
Sekarang tahu.

BR
BR selalu buat aku terharu.

Unknown said...

Ikan belacak mmg x boleh makan..tapi telurnya boleh kot..sama mcm telur penyu boleh jugak makan..

Jalani al-Barawiy said...

Ikan belacak halal dimakan kerana ia bukan amfibia seperti katak, hanyasanya ia dapat bertahan lama di darat
seperti Haruan Dan puyu, selama mana insangnya masih basah.

美女全裸自拍 said...

a漫卡通
a漫卡通
視訊裸聊聊天室
做愛圖片
情色視訊聊天室
a漫卡通
日本a片卡通版
無碼dvd無碼av
免費直播視訊交友聊天表演