MANA ‘STAGE HAZARD’ DI
Sesekali diterjah dengan keras sebegini sakit juga rasanya. Tapi sakit lagi bila pemain-pemain teater di atas pentas jatuh ke bawah, bengkak kaki muka gara-gara lantai yang tidak rata. Hendak pula kerana deretan parcan dan Fresnel yang berlonggok di laluan kaki
Inilah senario yang melanda pentas-pentas teater amatur kita di seluruh negara. Bukan semua, tapi cukup untuk buat semua faham bahawa situasi sebegitu wujud banyak di antaranya. Kalau-kalau ayat-ayat ini tidak jatuh kelepuk ke atas dahi sendiri, maka cuba-cubalah jengok tempat orang lain pula, mungkin sipi-sipi akan kena juga bahu anda.
Stage Hazard, yang tidak tahu penulis tukarkan ke bahasa Melayu kerana tidak ada terjemahan yang paling tepat untuk hazard, adalah satu perkara yang sangat dipinggirkan oleh ahli pengurusan pentas, aktivis teater mahupun tukang akademik. Apakah hazard itu merujuk kepada bahaya? Apakah ia bermaksud risiko? Atau mungkin juga gabungan kedua-duanya sekali.
Malah tidak keterlaluan jika penulis mengatakan bahawa keselamatan di pentas bukanlah suatu amalan. Barangkali orang yang kerjanya berpasak di pentas juga tidak ada yang tahu apa yang dimaksudkan dengan stage hazard. Bahaya di pentas pada ahli pengurusan pentas barangkali cumalah api yang menyala, dan mungkin anai-anai yang sekali-sekala melanda.
Tapi sebenarnya pentas ini ada dua dunia; dunia persembahan dan dunia belakang pentas. Hazard pada dunia persembahan itu sendiri begitu banyak. Kerusi yang mungkin patah, skru yang terkeluar mungkin melukakan anggota badan, lampu ‘KELUAR’ yang kerap ditutup untuk mendapatkan kegelapan total mungkin mengakibatkan penonton tidak dapat mencari pintu keluar kecemasan, tangga dalam auditorium yang tidak berlampu menyusahkan audien untuk menapak bila ada kecemasan, dan berjela lagi senarai hazard yang penulis pasti ramai yang alpa mengenainya.
Begitu juga dunia belakang pentas; dengan lampu tanpa tali keselamatan, barang-barang yang tidak berkenaan berlonggok di kiri kanan pentas kononnya ketiadaan ruang simpanan, scaffolding yang tidak diselenggara dengan baik, catwalk tanpa guardrail yang sesuai, bahagian lantai yang tidak rata tidak ditandakan dengan baik, membuat kerja pemasangan set sewaktu kerja-kerja rigging sedang dijalankan dan banyak lagi, banyak sangat hingga tidak tersebut di sini.
Inilah perkara-perkara yang penting tapi terabai sehingga kini. Mungkin kita belum dengar kes-kes sebegini yang begitu kronik, hingga menyebabkan kematian. Kalau adapun mungkin tidak dihebahkan oleh media
Lihatlah sendiri di semua institusi pengajian tinggi di
Kasihanilah pengamal seni persembahan pentas kita. Kita punya persembahan yang bermutu tinggi, kita punya pentas yang boleh dibanggakan, tapi kita tidak punya penyeliaan dan pengawasan yang baik. Persoalannya kini adakah kekurangan kesedaran atau kekurangan ilmu atau apakah kerana kekurangan kedua-duanya sekali. Pada penulis, kita mula dari akar. Kita perlu sedar dahulu. Jika ada yang sudah sedar tentang stage hazard ini, maka sama-samalah kita menyedarkan orang lain. Ilmu cuma boleh datang jika orang sudah sedar. Jangan sampai dah terhantuk baru mengadah. Dalam kes ini, bukan setakat terhantuk, mati pun boleh agaknya.
Artikel ini telah diterbitkan di dalam majalah Pentas, Mei & Jun 2007, Jil. 2 Bil. 3 2007, Halaman 59
Aku kini di dalam proses penyelidikan mengenai stage safety and hazards di Malaysia (maaf kerana tiada istilah yang sesuai di dalam Bahasa Melayu). Sesiapa yang ingin berkongsi ilmu dan pengalaman bolehlah menghubungi aku di e-emel pegawai_khalwat@yahoo.co.uk dan sila letakkan tajuk e-mel STAGE HAZARD DI MALAYSIA.
4 comments:
very, very interesting.
Lenny
Minta tolong nanti ya, sebagai pakar rujuk. Susah betoi nak cari bahan tentang benda alah ni.
terima kasih..
Good start P.K,
Post a Comment