21 March 2011

Menonton Teater Kerana Kawan-kawan

Agak lama juga aku tidak menulis entri baru. Pada ketika ini pun aku sangat sibuk dengan tugasan hakiki, tapi demi desakan jiwa, aku menulis juga entri baru. Ada dua persembahan teater yang aku tonton tapi belum dapat diulas iaitu, teater Si Tenggang dan Bangsawan Siti Zubaidah. Itu aku akan ulas lain kali.

Hari ini kita cerita menonton teater kerana kawan-kawan.

Sebelum aku mementaskan Manusia Raja 3, Si Tenggang telah mengambil tempat yang sama seminggu sebelum itu. Ada 3 pementasan dan setiap malam secara purata penonton yang hadir adalah seramai lebih daripada 200 orang (kalau tak silap perkiraan aku). Dan bermula dari malam pertama, aku telah pun lekatkan poster Manusia Raja 3 di lokasi strategik agar penonton yang hadir ini tahu adanya pementasan teater di tempat yang sama minggu hadapan.

Tapi apa yang berlaku? Yang hadir cuma jemputan khas, rakan-rakan yang mengenali aku, para pelakon dan persatuan aku, serta para pelajar seni. Penonton yang sama, yang hadir pada pementasan sebelumnya itu, kalau hadir pun mungkin kurang dari 10 orang.

Hipotesis aku, kebanyakan mereka ini menonton kerana kawan. Ada kawan yang berlakon di dalam teater itu, mereka datang. Atau mereka ikut kawan mereka yang ada kawan berlakon di dalam teater itu. Ataupun mungkin selebriti yang mereka kenal berlakon, maka mereka pun datang.

Aku tidak nafikan promosi aku tidak begitu agresif. Tapi aku yakin setidaknya seramai 600 orang tahu pementasan yang seterusnya akan berlangsung. Tapi nak dapatkan 1/3 pun tidak berjaya. Agaknya kelemahan pada poster aku, yang tidak cukup menarik hati penonton. Atau mungkin memang kebanyakan penonton baru, menonton teater kerana kawan-kawan.

Apa kata kalian?

14 comments:

MALAU said...

Salam sauadara bro pegawai khalwat. Saya tertarik untuk bersuara tentang hal ini. Pada pandangan saya, hal sebegini berlaku di mana-mana lebih2 lagi untuk teater yang di luar kawasan KL. Pengalaman teater saya di Melaka rasanya lebih kurang sama di Pualau Pinang. Malah rasanya di Pulau Pinang lebih kerap dan banyak persatuan yang mengadakan teater berbanding Melaka.

Ayat dan pendapat saya ini mungkin betul dan tidak. Mungkin sesuai dan tidak. Bergantung kepada situasi setempat dan pembikin.

Saya tidak bersetuju jika saudara menolak tentang kawan datang tengok teater kawan. PAda saya hal itu adalah penting. Ada beberapa senarai semak yang boleh digunapakai sebelum pemilihan skrip, sebelum pembentukan produksi :
- Jenis penonton yang kita ada.
- Jenis penonton yang kita nak.
- Penonton yang sedia ada.
- Persembahan berkepentingan setempat. Ada kena mengena ngan sekeliling.
- Adakah persembahan untuk popular?
- Sejarah persembahan persatuan kita. Show sebelum ni macam mana? Belajar dari show terdahulu.
- Bolehkah ahli terlibat itu sendiri yang dijadikan bahan promosi.
- Bolehkah ahli itu sendiri menarik penonton untuk datang. Yang part ni ahli produksi tu penting. Ni lah yang bro cakapkan tadi pasal kawan2 tu. Di tempat saya, saya akan selitkan beberapa orang yang ada geng ramai. Contohnya, di KYM, ada geng budak band yang ramai. Jadi saya selitkan sorang dua budak band sama ada sebagai pelakon atau pemuzik. Jadi secara tidak langsung mereka akan ajak member diaorang.

Maaf sebab ayat saya ni macam kelas plak. Mungkin orang lain ada pendapat lain. Kalau boleh, pakai, kalau tak boleh kisar.

Anonymous said...

akum En Usop...
Kalau kita ada di Penang mesti kita pi tgk.Hasil karya En. Usop mungkin orang x leh trima tp pd saya ia adalah makanan jiwa. Diorang dah kenyang kot atau mungkin x reti 'mkn' 'lauk' yg En. Usop hidang. Yg penting org yg hadir dapat mesej yg cuba disampaikan dan puas ati.biasala...dunia seni mmg mcm 2...

Shikin X-USM

crunchyahcock said...

aku setuju jugak bila ang kata cam tu.. tapi dari pemerhatian aku... generasi sekarang sudah kurang dibukakan mata mereka dgn teater..

usop, tlg la aku dapatkan rakaman show kita dulu, show dari bakawalee,tetamu,resdongs dan sume yg kita rasa ada kick... aku akan datang amek sebab aku nak sgt promote...

Aloy Paradoks said...

beberapa bahagian yang diutarkan oleh Malau dekat atas tu ada relevennya.. cuma menonton sbb kawan pun juga ada relevennya..

Penjejak Badai said...

bro..ikot bisnes teori 30% je yang akan dtg daripada yg diinvite..secara teorinya la kan...maaf kalau salah..

Pegawai Khalwat said...

Malau
Ya, sememangnya pendapat hang itu betul, tetapi bergantung kepada situasi dan lokasi.

Hipotesis yang aku kemukakan sebenarnya terhad kepada situasi yang aku ceritakan itu sahaja. Di mana aku menganggap seramai 600 orang penonton membaca dan melihat poster aku yang aku yakin diletakkan di lokasi strategik, tetapi yang hadir tidak sampai 3 peratus.

Aku berkarya kerana 3 perkara (semua yang berorientasikan audien, bukannya peribadi)
i. Berusaha mendidik audien agar menerima teater dengan pelbagai genre, idea, konsep, tema dan sebagainya, agar mereka tidak menanggap teater itu sketsa boria atau lawak jenaka Senario semata.

ii. Berusaha mendidik agar audien yang hadir tidak hanya mencari hiburan tempelan, tetapi mahu berfikir sedikit tentang karya yang dipentaskan.

iii. Sebagai pentas pelapis baru pelakon dan ahli produksi.

Maka bila aku (dan persatuan) berpegang kepada 3 perkara ini, banyak bahagian yang hang utarakan itu terpaksa diabaikan. Kerana semua itu secara automatik akan mengabaikan norma komersialisme.

Harapnya semua yang tadi menjawab senarai semak yang hang kemukakan.

Dan juga aku tegaskan, bahawa aku tidak menolak menonton teater kerana kawan. Teater oleh Bakawalee sendiri ramainya dihadiri oleh kawan-kawan dan kenalan yang mengenali pelakon. Dan ada ketikanya bila pelakon itu tidak berlakon, maka kenalannya pun tidak hadir.

Isu utama di sini ialah, biarlah kita sendiri mendidik kawan kita, agar tidak hanya menonton persembahan kita kerana kita kawan mereka, tetapi juga menonton persembahan orang lain kerana teater itu untuk semua.

Panjang lak... hehe.

Syikin
Dah letih nak menjamu setiap jiwa yang datang. Kerana setiap kali mesti ada jiwa baru yang perlu ditatih.

Ahcock
Generasi dulu (selepas bangsawan) pun bukan ramai yang sedar adanya teater. Sekarang dah makin baik dari dulu. Tapi pada masa yang sama, makin banyak pulak pilihan.

Aloy
Ya, memang ada relevannya. Tapi, kita ini dikekang oleh 2 perkara; nafsu berteater dan komersialisme. Kedua-dua ini boleh bergerak seiring, tapi masalahnya, akan berkuranglah nilai salah satu daripadanya.

Akan dibincangkan nanti.

Penjejak Badai
Itu teori kalau diinvite. Tapi ini ada 600 kepala yang tahu akan ada pementasan seterusnya selama 3 hari. Kemungkinan apakah seramai 590 orang itu tidak dapat hadir ke salah satu hari pementasan Manusia Raja 3, selain daripada tidak berminat dengan teater yang bukan dipentaskan/dilakonkan oleh kawan-kawan.

ryann said...

membaca ini tiba-tiba terfikir strategi dan teori prof razak mohideen & david teoh pulak.hmm

Pegawai Khalwat said...

Ryann
PM Razak Mohaideen dan David Teoh berfikir cara bisnis. Filem yang mereka buat mesti boleh jual. Setidaknya balik modal.

Raja Azrul said...

setuju dengan beberapa komentar diatas. Masyarakat kita masih belum faham apa itu jiwa teater.

Penekanan utama mungkin perlu melalui promosi dan juga media. Faktor lokasi juga memainkan peranan. Saya tidak nafikan ada teater yang berjaya kerana ada wajah komersial. Tapi karya bermutu, tajuk teater yang catchy, serta isi teater yang kuat pasti boleh menarik ramai ke panggung.

Di kuala lumpur, teater hanya dipentaskan di khalayak tertentu, dan hanya golongan tertentu sahaja yang datang. Orang biasa ( bukan penggiat teater ) hanya akan datang kalau ada artis takpun percuma ( itu pun belum tentu).

Jadi..fikirlah sendiri..chow

Pegawai Khalwat said...

Raja Azrul
Setuju. Tapi selalunya kita tak boleh dapat semua dalam satu.

Akin Muhammad said...

Berdasarkan pengalaman saya sendiri sepanjang menjayakan produksi yang berlainan dan tahun berlainan, di tempat yang sama:

Teater 1 - Pelakon dan krew yang terlibat ramai. Penonton yang datang pun boleh tahan, dan ramai kawan-kawan pelakon yang datang.

Teater 2 - Pelakon 2 orang sahaja. Krew 3 orang sahaja. Yang datang 2+3=23 sorang sahaja untuk dua malam. Haha.

Jadi, faktor menonton teater sebab kawan-kawan memang wujud.

Pegawai Khalwat said...

Akin
Semestinya. Faktor itu penting untuk produksi kita. Tetapi kita patut ajar kawan-kawan untuk turut tengok prokduksi orang lain.

Anonymous said...

kalau setakat poster ja tak cukup utk menarik perhatian org dtg melihat pementasan kdg2 terlepas pandang,,mujur saya ada kawan yg berlakon dlm pementasan tue bgtau kalau tidak tak tahu saya ada teater sdg berlangsung jadi faktor kerana kawan penting jugak tue...lagi satu saya memang minat teater kalau yg tak minat tue kawan ajak pi la mcm mana pun tak pinya dia...

Pegawai Khalwat said...

Anony
Terima kasih atas info. Kesimpulannya ada juga yang mungkin terlepas pandang poster dan mungkin juga poster itu saja tak cukup untuk menarik perhatian orang. Maklumat diterima.

Tapi kalau macam yang hang kata, datang juga kerana minat teater, itu juga membantu. Kalau tak minat, kita tahu takkan ada di situ.