Pementasan Rumah Boneka, karya Henrik Ibsen, arahan Fiza Noh. Watak Nora Helmer oleh Hayatie, Torvald Helmer oleh Taufiq Apek, Kristine Linde oleh Cik Faiz Akmal, Krogstad oleh Sheikh Rahman, Ann-Marie oleh Eyta Laila dan Dr. Rank oleh Kayrol Uncle, adalah pementasan kedua untuk Projek Tahun Akhir Pelajar Lakonan & Pengarah, Pusat Pengajian Seni USM, sempena program RINTIS : SHIFT.
Taufiq Apek (Torvald) dan Hayatie (Nora)
Cerita ini cuba mengekalkan period naskhah iaitu pada tahun 1879, Copenhagen, Denmark. Itu adalah suatu kerja yang amat sukar, meskipun untuk sebuah grup teater amatur, apatah lagi sebuah produksi projek pelajar seperti ini. Justeru itu, aku kagum dengan usaha yang dilakukan oleh produksi ini. Sinopsis? Sila Google atau Yahoo! Namun, seperti di dalam mana-mana teater dengan aliran Realisme, produksi ini menghadapi kesukaran memberikan kepercayaan tinggi kepada audien, bahawa mereka ini hidup di dalam period itu. Tambahan pula skrip ini diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, maka laras bahasanya menjadi agak janggal. Nyaris-nyaris seperti menonton telenovela alih bahasa. Nyaris-nyaris...
Eyta Laila (Ann-Marie) dan Hayatie (Nora)
Kekurangan utama pementasan ini adalah apabila para pelakon kelihatan bertungkus-lumus untuk menghidupkan watak masing-masing. Mereka kelihatan tidak selesa dengan watak masing-masing, sehinggakan pada satu tahap, seperti sekadar memuntahkan dialog untuk dijamah oleh audien. Kekurangan ini agak menganggu aku. Ditambah lagi kurangnya permainan pentas yang menyebabkan aku seperti melihat lukisan dinding yang kaku.
Kayrol Uncle (Dr. Rank), Nora dan Kristine (Cik Faiz Akmal)
Kekuatan pementasan ini terletak pada kesungguhan produksi ini, yang sedaya upaya mengekalkan originaliti persembahan, selain daripada menterjemahkannya kepada Bahasa Melayu. Langkah ini sebenarnya memberikan nyawa kepada pementasan ini. Pastinya lebih mudah jika naskhah ini dipentaskan di dalam nada kontemporari, tetapi itu bukanlah pilihan produksi ini.
Sheikh Rahman (Krogstad) dan Kristine
Secara keseluruhan, pementasan ini masih dikira berjaya kerana ia berjaya mengekang penonton daripada keluar awal, sedangkan tempoh pementasan mencecah hampir 2 jam. Cuma suhu panggung yang terlalu sejuk, agak menganggu audien yang hadir tanpa persediaan. Mungkin mereka cuba mendapatkan mood Krismas agaknya, kerana cerita ini bermula pada waktu Krismas.
Ahli produksi Rumah Boneka.
4 comments:
terima kasih banyak2 en usop..
in sha Allah kalau diberi peluang lagi akan sy perbaiki di masa akan dtg..
thanks..;)
saya suka sekali menonton teater, ini sejenis teater bukan? sepertinya menarik
Honeylizious
Yup, ini satu bentuk teater Realisme.
senyum2.. diblog ini...
Post a Comment