22 April 2008

Blog di RTM

Semalam, secara tak sengaja aku tertonton rancangan bual bicara bertajuk Blog di RTM. Rancangan bual bicara selama 20 minit tu menjemput seorang penulis blog yang berpangkat Dato’ untuk membicarakan tentang persepsi masyarakat tentang blog. Moderatornya pun aku tak kenal, maklumlah aku pun jarang tonton tivi. Masa yang ada cuma 20 minit tak termasuk iklan dan panggilan dari penonton, maka moderator pun terkejar-kejar menanyakan soalan.

Apa yang menarik perhatian aku, adalah analogi yang diberikan oleh tetamu jemputan iaitu mengibaratkan blog seperti sebuah kereta. Bagi kita bloggers ini, pastinya kita tidak memandangan serong pada blog dan penulisnya. Tetapi hasil daripa persepsi beberapa orang yang membaca blog berunsur politik terutamanya yang ekstremis, maka secara umumnya semua penulis blog dianggap begitu oleh sesetengah golongan masyarakat.

Hal ini pernah disebut oleh salah seorang bloggers kita sebagai over generalization iaitu main pakai sapu semua. Bagi masyarakat yang tidak biasa membaca blog, dan mungkin juga tidak berinteraksi secara langsung dengan internet, maka inilah persepsi mereka, hasil daripada komen sesetengah pihak ke atas blog berunsurkan politik.

Maka ramailah yang menuduh bukan-bukan tentang penulis blog, semuanya dikatakan mengancam ketenteraman negara. Sedangkan mengikut kata tetamu jemputan rancangan Blog ini, daripada 50 buah blog yang paling popular di Malaysia, hanya 8 yang berunsurkan politik. Malah blog yang menduduki tangga teratas hanya menceritakan tentang catatan peribadi.

Berbalik kepada analogi yang menarik perhatian aku, iaitu blog umpama sebuah kereta yang membawa kita ke destinasi yang kita mahu. Seperti juga penulis blog, pemandu kereta boleh membawa kereta dan penumpangnya ke pasar, ke masjid, ke pusat peranginan, malah ke rumah. Tapi apakah semua pemandu kereta harus dipersalahkan sekiranya ada di antara pemandu yang membawa keretanya untuk diletupkan di bangunan kerajaan?

13 comments:

Butaseni@Wan Raja said...

nak buat macam mana,kebanyakkan orang yang celik IT dan intelek sekarang ni lebih percaya blog dan sumber-sumber dari internet daripada media cetak tempatan.Sebab tu 8 blog teratas yg berbaur politik tu menjadi tempat persinggahan.

tapi tak kurang jugak blog-blog yang suka tunjuk bab makanan/restoren.tu pun best tu.

rajawali art studio said...

;)

jinggo said...

kena ingat jugak....
kadang-kadang kereta yang kita pandu tu boleh rosak dah pemandu hilang kawalan.....

Mak Su said...

saya tertgk gaks tapi dah ujung2 program ler, excited gaks. tapi sian kat caller, kena potong masa tgh berckp.

artisticklytouch said...

yang hang pi tengok RTM1 pasai pa? ASTRO kena potong ka? neverlah forum kat RTM1 itu berjaya mengupas sebarang persoalan tetapi sentiasa berjaya menyebarkan propaganda yang tidak relevan.

Pegawai Khalwat said...

Butaseni
Yang singgah tu takpa. Yang tak singgah tapi kata macam-macam tu macam mana?

Rajawali
Hoh

Jinggo
Tu kena servis selalu.

Maksu
Macam tu punya pendek baik tak payah ada caller, kan?

Art
Itulah yang bestnya. Sebab hari tu pengacara nak tune tetamu supaya sebar propaganda, tapi sebaliknya tetamu dengan selamba backing bloggers.

DeeN said...

HeHeHe ... bila senjata makan tuan. Kadang2 tuan kereta jugak tersilap masuk gear reverse.. huk alooo!!

Bunga Rampai said...

Salam,

Tak tahu pula ada rancangan bual bicara blog. Tapi lebih baik batalkan rancangan itu yang pada pendapat saya hanya membazir wang dan masa. Lebih baik ganti dengan rancangan yang lebih bermanfaat seperti sembang-sembang teater ke, bicara buku ke ...

Unknown said...

dah tu byk y x bleh disiarkan d tv dan akhbar... kita caghi la alternative len... kata negara demokrasi

pjoe said...

dulu dia cakap bloggers org syok2 sendiri

haaaaaaa

crunchyahcock said...

harap bloggers sekarang lebih terbuka dan matang.

Pegawai Khalwat said...

Nuraddeen
Tuan tu pakai kereta manual atau auto?

BR
Sembang teater dan bicara buku depa tak buat sebab kelompoknya kecik.

Halogamora
Ha ha ha

Pjoe
Syok yang mengena.

Ahcock
Termasuk hang.

izman said...

baguslah ramai dah sedar pentingnya blog dan blogger.