18 August 2008

Gelap lawan Terang

Ada pepatah yang berbunyi, ‘Hilang gelap timbul terang’.
Gelap selalu diberikan konotasi negatif. Gelap itu jahat, gelap itu tidak baik.
Terang itu baik, terang itu bagus.

Tetapi kalian perasan tak. Gelap boleh berdiri sendiri tanpa bantuan. Tidak seperti terang yang memerlukan sumber cahaya. Terang siang kerana matahari. Terang malam kerana lampu. Kalau terang bulan pun, kerana biasan dari cahaya matahari.

Kalau di alam semesta ni, ada partikel yang dikenali sebagai Dark Matter, yang lebih besar daripada galaksi dan memainkan peranan penting di dalam pembentukan dan evolusi sesebuah galaksi. Ada banyak lagi peranan Dark Matter ini. Betapa hebatnya kuasa Tuhan.

Seolah-olah pada masa yang sama, gelap itu sebenarnya sama penting dengan terang. Tetapi adakah peranan budaya sesuatu bangsa itu yang mengaitkan gelap itu kepada perkara yang tidak baik.

Dalam budaya kita sendiri, kerap kali dulu kita tidak dibenarkan keluar bermain waktu senja, iaitu waktu pertukaran cerah ke gelap. Dan gelap malam kita sering dikaitkan dengan hantu yang suka makan budak.

Bagi pasangan suami isteri, kalau mahu bersama pun, adalah lebih baik kiranya ada sedikit cahaya yang menerangi ruang kamar, bukannya gelap terus. Pastinya ada sebab yang tersendiri, katanya takut syaitan datang mengganggu atau mungkin juga takut tak nampak apa-apa.

Dalam filem, memang kerap gelap itu untuk perkara jahat. Filem Dracula, Interview With Vampire; Pontianak akan keluar bila gelap. Dalam Pitch Black, ada makhluk asing yang akan makan orang dan makan sesama sendiri bila gelap. Dalam Highlander 2, bumi diliputi satu jenis lapisan yang melindungi bumi, menyebabkan bumi jadi gelap, dan segala macam kejahatan terjadi kerana gelap. Dalam Sunshine, hidupan bumi hampir mati kesejukan, kerana matahari dah nak terpadam. Ada lagi, dan aku dah tak terfikir.

Pendek kata, seperti yang aku katakan tadi, gelap kerap memiliki konotasi yang negatif. Hitam lebih bernasib baik kerana dikatakan manis, elegan, menawan. Tapi itu pun hitam yang timbul di dalam terang. Cuba kalau hitam itu dalam gelap?

Bukannya aku mempertikaikan agama atau budaya. Cuma aku rasa perkara ini menarik kalau difikirkan bersama.

16 comments:

Butaseni@Wan Raja said...

uih!
tangan atas tangan bawah
tangan attas tangan bawah
tangan atas tangan bawah.

kalau aku melukis aku perlu cahaya,disamping tu aku pun perlu gelap untuk lukis bayangnya.

kaulah pelita seni tanjung

artsoul said...

cerah tak semestinya baik,gelap tak semestinya jahat...dlm cerah2 ada org p buat project kat tepi laut..dan dlm gelap anak2 hantu n bapak hantu dok skodeng dlm laut...

masyallah..

Sir Mute Key Chicks said...

pagi yang gelap...kini sudah terang...
haha..

ai suka la yg gelap.gelap ni.keskeskes

crunchyahcock said...

ubah persepsi... apa kata untuk project seterusnya, watak baik kita tekankan dlm tona gelap dan watak jahat kita tekankan dalam tona cerah.. macam batman.. "the dark knight" atau watak "night wing". Bayangkan betapa banyak soalan 'cliche' dan soalan yg mungkin mencabar kreatif kita dalam memberi jawapan bila sesi soal jawab. menarik kan???

Sayuti said...

mungkin kerana gelap itu penuh dengan ketidakpastian, maka diberi konotasi negatif. ketidakpastian menimbulkan ketakutan. ketakutan adalah perasaan yang lazimnya negatif.

tapi, gelap ada juga digunakan untuk menerangkan sesuatu yang positif.

ikhlas.

ikhlas itu diibaratkan seperti seekor semut hitam di atas batu hitam di tengah malam yang gelap gelita.

hmm...

menarik. menarik.

Ku Keng said...

Malahan dalam al Quran dinisbahkan gelap kepada kesesatan dan kejahilan. Terang kepada keimanan.

Saya tak pasti kesamaran dalam para 6 pula apa nisbah yang tepat.

Pegawai Khalwat said...

Butaseni
Apa? Nasi kandar pelita?

Cuba hang lukis dalam gelap, apa akan jadi.

Artsoul
Aku tengah cuba cari relevannya.

Semut
Semut hitam? Hmmmm....

Ahcock
Nilah idea hang yang paling bernas tahun ni akok.

Sayuti
Hummmm..... bole terima juga. Cantik.

Keng
Itulah sebaiknya rujukan kita. Kadangkala, tafsiran tanpa ilmu yang buat kita sesat.

PuTeRi CaHaYa said...

herm.. gelap. Ge lap..
puteri setuju ler dgn akok...

salam
(",)

Nyda Zamani said...

huhuhu
btol la
sgt menarik bila memikirkan semua ni
=)

wanie_agk said...

dalam kegelapan, kadang kala kita akan lebih celik.

azlishukri said...

kehitaman yang hitam..

Raja Azrul said...

hebat artikel ini!!

ternyata manusia sudah diletakkan pemikiran bahawa gelap itu negatif.

Tuhan punya kuasa, setiap kejadian ada sebabnya...

kita perlu percaya..terang akan menyerlah jika adanya gelap..

maka..peranan gelap sudah jelas disitu..
sinonim dalam dunia kita hari ini,...

Pegawai Khalwat said...

Putericahaya
Ada kala kita kena ada pendapat sendiri, bukan ikut kata orang saja.

Nyda
Sekurangnya dah ada sorang terpikir.

Wanie_Agk
Setuju.

Azli
Keputihan yang putih?

Raja Azrul
Terang sentiasa menyerlah. Apa nasib gelap?

artisticklytouch said...

hitam dalam gelap tuh hang!!! ha ha lariiiiikkk!!!!

ampunkan kami penunggu gua

alah, hilang gelap timbul terang or terang gelap terang gelap terang gelap

Bunga Rampai said...

Agak aneh, saya memandang positif pada gelap. Gelap menyimpan pelbagai jenis rahsia yang perlu diselongkar. Penyelongkaran rahsia memerlukan kegigihan. Kegigihan menjadikan jiwa dan raga kita mantap.

Salam :)

Pentas Teater JSBN said...

Salam Hormat - Sekapur Sireh

Hidup Bersama

Kita sudah sampai di lereng amat indah,
di bawah pelangi, dalam ufuk yang masih mencabar;
dan kita ikhlas berjanji untuk bermaruah,
tenang dalam segala uji cabar dan debar.
Kita mencari hanya yang tulen dan jati,
sekata hidup, mengerti dan berbudi.

Kita wajar mendaki lagi kerana puncak yang jauh.
Dalam gelora dan taufan tak tercalar tekad kita
kerana kemerdekaan mengasuh kita bersuara dalam sopan,
yakin menyanggah musuh, tulus menambah kawan,
inti tunggak dan menara kebahagian.
-A. Samad Said

"SELAMAT DATANG! - WELCOME HOME!"

Nota:
P.T mengucapkan Selamat Datang kepada semua Jurulatih Seni Budaya Negara (JSBN) ke laman web yang diberi nama: "PentasTeater,JSBN" di web: http://pentasteaterjsbn.blogspot.com/
Sila maklumkan
Nama Anda:
Nama Pena:
Nama Glamour: (Jika ada, he he he)
Nombor JSBN & Negeri:
Nombor JSBN & Negeri anda adalah yang paling penting sekali.
Sila maklumkan Nombor JSBN dan Negeri seperti yang tertera pada Kad Kuasa anda.
[Contoh: No.JSBN: 0888 Selangor]

Sebarang kemusykilan bolehlah diajukan kepada P.T di e-mail: pentasteaterjsbn@gmail.com

Nota lagi:
Untuk mewujudan laman web "PentasTeaterJSBN" ini, pihak P.T ada merujuk kepada semua pihak yang berwajib dan P.T dinasihatkan untuk menggunakannya secara berhemah dan bijaksana.
Jadi kita MESTI pandai untuk menjaganya dengan berhemah, bijaksana dan beretika.

Berhemah, Bijaksana & Beretika. Ketiga-tiga Perkara tersebut sudah kuat untuk menjadi Undang-undang Kefahaman atau "Rules & Regulations" atau "Term & Conditions" kepada "PentasTeater,JSBN" yang kita sayangi.

Salam Hormat.
-P.T
P/s: Tak sabar menanti kehadiran semua Jurulatih Seni Budaya Negara untuk menjenguk-jenguk ke pentas karya kita ini. Weeeeeee....
Selamat datang kepada semua jurulatih!
-P.T