08 October 2008

Antara Pucuk Rebung dan Pohon Beringin

Pada ketika ini, otak aku sedang menggelegak. Kalau diceduk agaknya lebih ceroi daripada bubur lambuk pasar Ramadhan. Semuanya bahana memikirkan konsep logo dan juga penataan seni arca untuk APEX. Ketua Turus kata, gunakan elemen pucuk rebung. General pulak kata, apa kata kita cadangkan pohon beringin kerana pengertiannya yang lebih kosmik.

Memang memeningkan.

Aku pernah bercakap tentang fungsi motif pucuk rebung di dalam kain batik Melayu beberapa ketika dulu. Jadi kalau kita merujuk kepada pucuk rebung semata, ia akan bermaksud hubungan antara lelaki dan perempuan serta kesuburan dan benih. Kiranya, ia merupakan suatu metamorfosis atau sebuah kitaran hidup. Pucuk rebung biasanya menjadi kepala kain, bila dah berkitar, barulah benih-benih itu akan bercambah di seluruh dunia. Dalam kes ini, aku rasa terhad kepada dunia Melayu berdasarkan motif kain.

Manakala pohon beringin pula, kalau dilihat dari segi penggunaannya lebih kecil berbanding pucuk rebung yang digunakan secara meluas di atas kain. Pohon beringin cuma digunakan dalam permainan wayang kulit. Ada banyak jenis pohon beringin, tapi konsepnya sama saja. Menggambarkan segala kehidupan yang ada di dalam alam ini. Sebab itu ada motif tumbuhan, burung, ikan, ular naga gajah atau kuda, lembu. Semuanya mewakili sesuatu. Burung itu angkasa/angin, ular naga atau ikan itu laut/air, gajah atau kuda itu belantara dan daratan, manakala lembu pula mendukung seluruh dunia kerana ada kitab kuno mengatakan bumi ini terletak di atas tanduk seekor lembu. Di dalam pohon beringin juga tidak ada motif manusia kerana pohon beringin adalah dunia sebelum kedatangan manusia. Sebab itu, pohon beringin akan dilayangkan dahulu dalam mana-mana permainan wayang kulit sebelum datang watak-watak manusia atau dewa.

Membuat pilihan memang memeningkan.

Kalau ikutkan logik dan kesesesuaian, pastinya pohon beringin lebih sesuai kerana konsepnya yang lebih universal , tidak terhad kepada dunia Melayu. Tetapi elemen-elemen Sanskrit kepercayaan karut yang tertempek pada pohon beringin buat aku sedikit ragu-ragu. Walaupun ada juga pohon beringin yang sudah tidak menggunakan motif haiwan seperti logo ASWARA, tetapi idea asalnya tetap sama, iaitu sebuah dunia yang didokong oleh sesuatu sebelum kedatangan manusia.

Manakala pucuk rebung pula, skopnya pula agak kecil iaitu dunia Melayu semata. Mana ada orang di Eropah pakai kain batik! Tetapi idea kitaran hidup itu lebih kental . Cuma mungkin agak tidak sesuai kerana pucuk rebungnya ada yang terjulur ke atas dan ada yang terbungkam ke bawah. Kalau memilih cuma satu, maka ideanya akan tidak sempurna. Akan nampak pula seperti segitiga, yang kalau silap tafsir macam Freemason pula. Walaupun aku lebih suka pucuk rebung kerana lebih Melayu, tetapi aku masih terpaksa mencari dalil-dalil yang kuat untuk menyokong atau menidakkan pilihan aku ini.

Memang memeningkan.

15 comments:

tegezoot said...

buat dua2 lepas tu bubuh dalil2 yg konkrit, lepas tu present suruh depa pilih.. settle!

p/s. kalau aku, aku pilih pohon beringin dgn corak pucuk rebung. dua2 boleh sumbat! kalau diaorang suka benda yg padat.

jinggo said...

betoi jugak kata si tegezoot tu....
gabungkan kedua-dua sekali....
gabungan kena kretif supaya tak nampak becamok.....

jinggo said...
This comment has been removed by the author.
pjoe said...

bereksperimen kadang2 luaskan skop minda
tapi jgn sampai terlebih batas

*
hanya pandangan

crunchyahcock said...

terpulang pada otak yg tengah mengelegak, tapi cuba buat sesuatu yg lain dari biasa....

The Island of NAMOYAKI, said...

Salam,
Apa kata;
Imej Pucuk rebung yang bertindih-tindih membawa maksud = Ramai, Masyarakat yg ramai, Imej bertindih + ada anak pucuk rebung yang bertindih2 jugak membawa maksud generasi yg bakal nak besar jadi pucuk rebung besar.

Kesemua pucuk-pucuk rebung (muncung yg tajam) menghala ke satu arah, maknanya menghala ke arah matahari untuk proses tumbesaran (Zahirnya), Jikalau dilihat pada (lahiriahnya) semua pucuk rebung imej bertindih menghala ke satu arah (cahaya matahari) ertinya berlum-lumba untuk mengejar sesuatu, kekayaan, ke'besar'an, cepat naik, TETAPI, lunas-lunas dan ketertiban (satu arah) masih perlu diikuti, jika tidak ikut, maka ia akan membesar di luar tabii pembesaran pucuk rebung itu sendiri. Ikut arahan alam.

Boleh?


Ok,
last sekali, esok kita dua, makan gulai masak lomak pucuk rebung kat kedai nasik permatang nibung, dah tentu dapat idea lagi baiiikk punya.
:D hehehehe

Butaseni@Wan Raja said...

aku cadangkan poohon beringin.sebab pucuk rebung lebih sesuai kat benda lain :D

artsoul said...

tk pening la,hang kan pro..

Nurbaya Hassan said...

saya jua setuju dgn pohon beringin!!!

ryann said...

tapi rebung unik. kena kaji betul simbol motifnya ni

Puteri Ezza said...

Assalamu'alaikum...

Tumpang lalu ye (^_^) Saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

Link saya dah bertukar kepada: http://puteriezza.com/ ye.

Pegawai Khalwat said...

Tegezoot, Jinggo, Zul Rahman
Memanglah boleh digabungkan kedua ideanya. Tetapi kalau cuma huruf atas kertas memang boleh digabungkan.

Tetapi kalau mengikut prinsip rekabentuk logo, mestilah jelas supaya senang dicam dan dingati. Pertindanan segala benda akan menyebabkan logo itu menjadi semak.

Yalah, memang rupabentuk visual sukar digambarkan dengan kata-kata, kecuali pemaknaan di dalam visual itu.

Pjoe
Batas sawah kita boleh nampak.
Batas etika orang akan menegur.
Batas eksperimen mana nak cari?

Ahcock
Aku dah cuba buat lain dari biasa sejak dulu lagi.

Butaseni
Benda apa?

Artsoul
Tak pening?
Hang pro jual jam pun pening tak dak customer.
Suka-suka hati kata orang pro, suka-suka hati kata tak pening.

Nurbaya
Ikut butaseni ka?

Ryann
Dah kaji, mungkin tak cukup.

Puteri Ezza
Amin!

artisticklytouch said...

gabungkan aje dan hasilkan sesuatu yang baru dengan hujah-hujah yang dibelitkan...haha jalan mudah menyelesaikan masalah...win win situation katanya..

kalau diteliti terlalu dalam sekalipun, apakah mesej dari logo itu akan sampai kepada khalayak?

pucuk rebung nampak lebih signifikan kerana yang utamanya orang Eropah tidak berkain batik, tidak kenal pucuk rebung yang mana satu di kain batik (hehe orang Malaysia pun tak tahu ok!) pilih pucuk rebung yang terjulur ke atas kerana signifikan apex itu harus terus menuju ke atas bukan ke bawah...ooohhhhh...tolonglah jangan nak gabung2kan...ingat eksperimen teater ka...rojak itu ini...keep it as it is, dah cantik dah!

The Island of NAMOYAKI, said...

Dah setel ke belum,

Pilih PUCUK REBUNG...
-Telekom Tower dekat2 Mid Valley MEGAMAL pun pakai konsep Pucuk Rebung, (Rujuk: Arkitek)
-Twin Tower pun sama , konsep bertingkat2 bucu tajam ke atas,
-Burj Al-Arb, pun sama bucu tajam ke atas macam pucuk rebung (Tu pucuk rebiung negeri Arab la kot..)
- Pucuk rebung atau apa benda yang meruncing tajam keatas menunjukkan kejayaan.

Nota: Imej Pucuk rebung yg bertindih-tindih tu saja la nak habaq umpama politik dimana-mana yang sememangnya bertindih-tindih untuk memuncungkan pucuk pimpinan mereka ke atas... tak salah, teruskan perjuangan, cuma mahu tahu untuk apa memuncungkan pucuk yang tingi-timggi itu?..

Tapi, Tabii' pucunk rebung menuju keatas untuk mencari cahaya.. cahaya untuk apa? untuk proses fotositesis makanan, makanan untuk hidup, cahaya menghasilkan makanan, cahaya itu milik siapa? Jadi kita tahu sememangnyalah pucuk rebung menunjuk keatas, tabii'nya itu mencari apa dan tasbih nya untuk siapa.

:)
situ dulu..
jumpa lagi..


Salam hormat,
ZR

- G O R O - said...

Salam.

Check out my latest entry.

Jemput yer.