28 January 2009

Produk Kami Saja Yang Halal dan Suci

Sebenarnya aku dah hilang hormat pada sebuah kompeni produk keluaran bumiputera yang boleh dikatakan berjaya. Minumannya digemari ramai dan diiklankan di tivi. Bak kata orang, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Cuti yang lepas, ada satu taklimat oleh jurujual merangkap ejen produk kompeni berkenaan di kampung mentua aku. Aku tahu tentang taklimat itu, tapi aku tak ambil peduli kerana aku tak berminat dan pada masa yang sama aku pun dah nak bertolak pulang ke kampung aku. Cuma mak mentua aku yang hadir bersama beberapa puluh orang kampung yang lain.

Bila aku pulang, maka mak mentua aku pun bercerita. Katanya dipasang satu tivi besar (aku rasa mungkin plasma tivi atau skrin dengan projektor) dan ditunjukkan satu filem seekor lembu diproses hidup-hidup. Dan yang paling tidak seronoknya bila ejen yang memberi taklimat tu berkata, “makcik pakcik semua jangan dok beli burger lain kat Malaysia ni. Daging burger yang semua dok makan macam tu la depa proses,” merujuk kepada lembu yang dikisar hidup-hidup.

Aku beristighfar, ada juga orang yang berniaga sampai macam ni, merujuk kepada ejen dan kompeninya itu.

Dan mak mentua aku bercerita lagi, “kesian kat mayat-mayat yang sebelum ni, sebelum ditanama lepas dimandi dengan sabun lemak babi. Semua sabun kat Malaysia pakai lemak babi. Sabun kami saja yang halal dan suci.”

Aku istighfar lagi.

Yang paling berjaya membuatkan mak mentua aku ragu-ragu, “makcik pakcik tau tak sup ekor yang ramai dok suka makan tu? Mana depa ambik banyak-banyak? Depa pi cari lembu malam-malam atau lembu yang tak ada orang jaga, lepas tu pi kerat ekor lembu tu.” Maka mak aku pun terfikir, selama dia hidup, tak pernah pula dia jumpa lembu hidup yang ekornya kontot.

Maka selepas itu, pakat pulunlah orang-orang kampung ini yang percaya dengan taklimat ejen ini, mendaftarkan diri agar mereka boleh mendapatkan produk kompeni ini dengan lebih mudah, halal dan toyibah. Tak termasuk mak mentua aku dan beberapa orang yang masih ragu-ragu terutama selepas itu ada pula sesi tilik tapak tangan cari penyakit dan belilah ubat yang dijual untuk legakan penyakit.

Aku dah hilang hormat pada kompeni ini. Namun aku masih bersangka baik, bahawa pengurusan atasan kompeni tidak tahu menahu tentang metod ejen-ejen mereka. Aku tidak kisah mereka menjual produk dan mempromosikan produk bumiputera yang halal dan suci. Tapi memperlekehkan produk lain dan mengatakan produk mereka terbaik, bukanlah strategi pemasaran yang baik.

Harapnya situasi ini akan berubah. Sayang, kerana kompeni ini ada potensi yang jauh.

11 comments:

Sastri said...

produk apakah ini? dasat betul ejen-ejennya sampai buat macam tu sekali... kot ye pun nak dapat sales, jangan la sampai buat cerita yang tah hapa-hapa...

artisticklytouch said...

apa lagi...kasi repot tribunal ar..ini boleh bikin filem

jinggo said...
This comment has been removed by the author.
jinggo said...

eeerrmmm......
aku rasakan art.....
sikit hari lagi ada la cita ni atas pentas.......
hihihih......

geliga ba** boleh jadi ostart.......
hahahah....

si kecik tu pon boleh jugak........
hahahaha........

Bunga Rampai said...

Ya ampuuuunnn! Ada lagi strategi macam ni?

Harapnya ada pihak yang membuat aduan kepada pihak atasan kompeni. Sayang kalau kompeni berpotensi tapi lumpuh kerana cara-cara promosi yang tak betul mnacam tu.

Salam :)

Anonymous said...

banyak-banyaklah mengingati yang MAHA ESA siapa kita di dunia.....jangan sampai kita terpesong AKIDAH....

Suara lantang tidak berbunyi....yang bisu mendapat nama..

Butaseni@Wan Raja said...

aku rasa dalam diam diam hang ikut mega hebat pi belajar kat satu darul shifa lah.
hang rasa betoi tak jinggo?

Unknown said...

Salam..
Ape nama kompeni tue? Nak boikot. Gile dasat racun orang kampung. Kalah yahudi laknat.

TWS said...

Salam..tumpang lalu ya. Saya memang anti org yg 'over sell' dan buat 'marketing gimmick'yg terlampau ni. Ish ish ish..sampai ekor lembu kena potong pun dia boleh masuk dlm promosi!Ramai diluar sana yg kuat 'over sell' tapi Allahamdulillah, Allah masih kuatkan iman saya agar berpijak dibumi nyata dan buat perniagaan seikhlas yg boleh..InsyaAllah. Amin.

artsoul said...

sapa???

Pegawai Khalwat said...

Sastri
Produk apa, aku tak mahu sebutkan dalam public. Kerana mungkin nila setitik ni bole rosakkan susu sebelanga.

Art
Orang kampung mau ka naik turun tribunal? Banyak kerja lain mau buat ooo...

Jinggo
A

BR
Nak buat aduan kena ada bukti.

Anony
Apa ada pada nama dan suara. Semua hanya sementara.

Butaseni
Pasai apa hang nak kena minta sokongan jinggo pulak?

Flyo
Biarlah aku saja yang tahu. Kalau betul berhajat, konteklah aku secara personal.

TWS
Alhamdulillah, begitulah adat orang berniaga dengan betul.

Artsoul
Sapa apa?