05 February 2009

Projek Koken 1 - Akhirnya Aku Boleh Melompat

Janji aku pada Namron dah tertunai. Hajat yang terbuku di dada pun dah terlangsai. Perbelanjaan RM 200.00 duit petrol, RM 97.00 duit tol dan RM 20.00 duit sumbangan masuk untuk menonton Teater Kompilasi Vol. 1 untuk Projek Komuniti Kental (Koken), memang sangat berbaloi aku rasakan.

Aku ni ibarat katak dalam bikar kaca. Dah beberapa tahun aku buat teater. Dah beberapa tahun aku mengarah. Aku rasakan puncak pengarahan aku setakat ini adalah pada dua tahun lepas, bila aku mementaskan Devian Dogma : Orang Minyak Mengganas. Itupun tidak ke mana, tapi aku puas. Selepas itu, aku rasakan pemikiran aku makin tumpul. Terutama bila aku makin kurang menonton pementasan orang lain. Nak tengok pementasan macam mana kalau pementasan teater sangat kurang di Tanjung ini. Kalau ada pun mungkin Projek Tahun Akhir Pelajar Lakonan & Pengarahan USM, tapi berapa kerat sangatlah yang dapat merangsang minda aku.

Jadi setelah menonton pementasan di Stor DBP ini, aku semacam terkena kejutan elektrik. Kejutan itu telah menyegarkan segala sinaps dan elektron di dalam kepala otak aku. Baik dari segi pengarahan, sinografi, lakonan, dramaturge dan yang paling utama sekali, idea dan isu yang dipaparkan, telah menyegarkan aku. Teater ini seolah telaga keremajaan yang mengembalikan rasa rindu aku untuk menghasilkan sesuatu yang segar.

Itulah untungnya berteater di Kuala Lumpur. Penontonnya lebih terbuka, sudi menggadaikan wang ringgit demi mengecas minda. Dan penonton yang hadir kebanyakkannya celik teater. Namun aku yang baru beberapa kali menonton teater di sana, melihat semacam ada jurang audien di kalangan mereka. Mungkin aku salah. Harapnya aku salah. Kenyataan ini sengaja dibiarkan tergantung sehigga bukti terkini dikutip.

Aku suka kejutan-kejutan di dalam pementasan kali ini. Mungkin bagi sesetengah org, dah biasa. Tapi pada aku, aku suka. Cuma babak akhir mungkin mereka sengaja menyiksa penonton agar menajamkan pemerhatian kepada apa yang ingin disebutkan dan disampaikan.

Sudah!

Berhenti memberi komen-komen dangkal kepada mereka yang ilmunya lebih dalam dari Jurang Mariana, lebih tinggi dari awan kumulonimbus, lebih padat dari adamantine. Tengok dan belajar!

Ada lagi yang aku nak kata. Tapi aku biarkan tergantung lagi di sini. Aku dah jadi katak yang boleh melompat.

11 comments:

Penjejak Badai said...

xkan 200 ja..rasa2 saya lebih...yang 200 tu termasuk bekal ka...

Aloy Paradoks said...

semakin gua menonton semakin gua malu dan terasa jahil,,,

koken best bagi mereka yang merasa,,
tapi bagi penonton teater yang tidak tegar,, aku khuatir,,,

tapi balik dari koken, sekali lagi aku berfikir, dan akal kecilku puas..

Butaseni@Wan Raja said...

hang katak yang boleh melompat pantas bak seekor belalang kunyit hahahaha

sampai hati kata devian dogma tak ke mana,hampir separuh semenanjung telah bergema!

tangan atas,tangan bawah,
tangan atas tangan bawah!:D

Pegawai Khalwat said...

Penjejak Badai
Tak termasuk bekal.

Aloy
Ya, itu pun mungkin juga. Koken beruntung yang datang menonton semuanya tegar. Kalau baru nak belajar, mungkin gelisah juga.

Butaseni
Bergema kosong macam dalam gua?

artisticklytouch said...

oh, hang pun rasa kesegaran ittew!!!

aku rasa seperti dilahirkan semula!!!

ayuh, bangkit semula...he he

Anak Antu Seni said...

x tau cerita sebab x da orang bawak p.. !

artsoul said...

anak antu...hang sapa dia nak bwk p?

ryann said...

terkena kejutan juga lepas tengok cerita ni

Pegawai Khalwat said...

Art
Rejuvenate!

Anak Antu Seni
Manja! Nak kena bawak pi baru nak pi!

Artsoul
Ang sapa?

Ryann
Part mana yang kejut tu?

ezanyelias said...

woit. kalu turn kl sekali sekale tue halo2 la kau kat sini. roy @ ezzany@gmail.com

Anonymous said...

lagu tema hari ini..

"lompat si katak lompat.. lompat la tinggi-tinggi"

sayang betul, katak tiada dalam senarai mini zoo saya.