18 August 2009

Ulasan Yang Terpulas - Projek KoKen Vol. 2

Pementasannya 11-16 Ogos 2009. Pementasan matinee cuma ada pada 15 & 16 Ogos 2009. Itu saja ruang yang dapat aku booking bersesuaian dengan kelapangan aku. Kerana kata Faisal Mustaffa masa lain dah habis ditempah. Lepas tengok show, Namron meluahkan perasaan kesalnya pada orang yang booking tapi batal minit terakhir. Booking dengan air liur, itulah masalahnya.

Rebiu aku, dua buah cerita yang menjentik semangat perjuangan dalam diri aku. Tak kiralah perjuangan itu kiri atau kanan. Legasi sebuah cerita yang menarik. Tapi bergerak agak perlahan. Macam air sungai mengalir lesu. Sebelum tiba-tiba mengalir deras di jeram. Lakonan watak-watak utama itu baik, tapi bagi tahap KoKen, aku meletakkan lakonan mereka di bawah par. Namun tetapi lebih baik bagi kebanyakan teater lain yang aku pernah tonton. Bukan apa. KoKen Vol. 1 telah meletakkan satu kayu ukur yang cukup tinggi bagi sebuah lakonan dan juga isi pementasan, maka aku hadir ke KoKen Vol 2 dengan harapan yang sama.

Chong (nama dia susah nak sebut walau katanya dia budak Gelugor), memilih mengangkat isu perjuangan (sekadar aku yang naif dan daif seni ni nampak). Perjuangan demi kebenaran, atau perjuangan yang diiktiraf. Serta orang muda yang buta perjuangan. Ya. Orang muda terutama yang berpendidikan tinggi, cuma melihat perjuangan sebagai sebuah kajian, dan selepas itu diangkat sebagai bijak pandai negara. Itulah yang aku nampak. Subteksnya, nanti aku fikirkan. Kalau ada.

Tapi bagusnya, kerana periodnya itu terasa. Terasa benar seolah aku berada di era UPSI masih SITC. Penataan cahaya membangkitkan mood serta penataan busana dan rias turut membantu dengan baik. Menarik.

Naturalisasi pula karya Namron, arahan Fared Ayam (ya, jejaka yang suka buka baju), seperti biasa membawa trade mark Namron; gelap, darah, seks. Cuma kali ini tiada darah, cuma gelap dan seks. Aku lebih suka yang ini, bukan kerana elemen seks, tetapi kerana lakonan yang lebih meyakinkan. Rasa pada lakonan itu ada. Mungkin juga watak mereka lebih mudah kerana berlatarbelakangkan zaman sekarang berbanding Legasi. Tapi pokok pangkalnya, rasa itu ada.

Apa-apa pun, berbaloi menonton KoKen Vol 2. Cuma seperti biasa RAT kedekut nak fotostat brosur untuk audiennya. Tiket pun main cop kat tangan saja, macam nak clubbing pulak. Semua benda yang ada di atas meja di depan pintu masuk, semuanya untuk dijual. Betul-betul korporatlah kau orang semua ni. Tapi tak apa, buat lagi, aku tetap akan datang lagi. Aku bukan jenis booking tapi tak datang. Dan lain kali iklankanlah awal-awal apa yg dijual, baru aku bawak duit banyak sikit.

6 comments:

Anak Antu Seni said...

ya sepatutnya kita pun boleh buat macam tu.. boleh memang boleh.. yang tak boleh tu sebab kata tak boleh..boleh boleh boleh tapi x reti pun jadi tak boleh gak..tu tak boleh ni tak boleh semua tak boleh mana nak boleh..buat tu tak boleh ni tak boleh pinjam tu tak boleh ni tak boleh mana nak boleh.. boleh lah.. boleh blah !

Raja Azrul said...

nida ada ajak aku join, tapi masa tak sesuai lak..memang teringin nak jumpa team bakawalee kat KL..

tapi tak mengapa, ada masa kita akan jumpa lagi!!

artisticklytouch said...

eleh tipu, hang bukan ada duit pun nak beli he he

oooooo....tak ajak aku sekali naaaa...aku tau agenda hang

GELIGA...GELIGA

*larrriiiiiiikkkkkk

Bunga Rampai said...

Maaf, komen bukan berkaitan entri.

Ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa.

Salam :)

tegezoot said...

Usop dewa tangan berjuta menyambut Ramadhan.

Paradoks said...

Gua mewakili seluruh ahli PARADOKS mengucapkan selamat ber Ramadhan kepada kalian dan moga Ramadahan kali ini menjanjikan seribu kerahmatan buat kita semua. amin.
-Aloy Paradoks